Lucah sangat ke si wanita gila itu?

Peningnya kepala aku hari ni, tak tau kenapa. rasa macam nak pecah je.
tang2 nak exam ni la macam2 penyakit datang, penyakit demam, batuk2, pening2.
yang paling besau penyakit malas.

kalau aku pegi jumpa doktor semata2 nak mintak ubat penyakit malas, memang dan konfem2 free2 aku dapat tapak kasut.
tak kat muka kat mulut.

Tiba2 aku teringat cerita lawak bodoh+lucah kawan aku. bodo2 jugak la cerita dia.
memang boleh menghepykan jiwa yang duka dan lara.
sapa2 tengah sedih tu, baca la ye..

************************************************

Tersebut kisah di sebuah kampung, tayibbb... ada seorang perempuan, timah namanya (hanya rekaan). pergh. nak cakap dia ni memang cun gila. body pon cantik.
nak compare kalah era fazira. kalah siti. han ye seul? mesti la han ye seul menang bro.
tapi nak kira memang menjadi wajah idaman setiap jejaka di kampung la.

Tapi sayang der, dia ni gila. nama sendiri pon kadang2 dia lupa.

So, pada suatu hari, mak si timah suruh timah ke kedai pak mat tempe. kedai pak mat tempe tu tak jauh pon, dekat je.
kalau jauh konfem mak dia tak suruh. kang alih2 sampai london dia jalan.

"timah, kau pegi kedai pakmat kejap, belikan mak kelapa sebijik. ni mak nak masak ni. ambik duit atas meja tu pegi beli."

Timah ambik duit, terus chow pegi beli kelapa kedai patmat. sesampai kedai pakmat, dia pon kata la kat pakmat.

"pak su, nak kelapa sebijik......"

"weh timah, aku dah bape kali cakap nama aku pakmat, bukan paksu. paksu tu bapak kau, dah lama mati. faham?!"

timah gedik2 je senyum. tak de respon lisan pon.

"hah timah, hari ni aku buat offer, kalau kau panjat pokok kelapa depan kedai ni, aku bagi 10 kelapa free kat kau. amacam? ada bran ke timah?"

timah dengar je benda tu, terus panjat. dia tak pikir apa dah. dengar benda free je, tanpa pikir panjang, dia panjat.
maklum la, timah kan gila.


dia berjaya panjat pokok kelapa tersebut.
gila2 dia pon lepas la jugak panjat. bukan main suka lagi dia dapat 10 bijik kelapa free. dengan membawa 10 biji kelapa yang penuh ditangan, timah cepat2 balik rumah nak menceritakan yang dia dapat kelapa free dari pakmat. setelah dia bersusah payah panjat pokok kelapa.

sesampai di rumah.

"mak, tengok ni, apa kat tangan timah.! tengok la mak..."

"mak ai, banyak nye kelapa kau bawak. mana kau dapat ni? kau curi ye timah?"

"mana ada la mak, ini usaha timah sendiri tau. pak mat bagi, selepas timah bersusah payah."

"apa yang kau susahkan tu timah oi"

"yela, pakmat buat offer kat timah, dia kata kalau timah dapat panjat pokok kelapa depan kedai dia tu, dia bagi 10 kelapa ni kat timah. timah panjatla."

mak nya tepuk dahi. siap berkerut2 lagi.

"ya Allah, timah oi. pak mat kau tu saja nak mengusha spender kau ni. kan kau pakai kain. sah2 la kalau kau panjat pokok tu dia boleh tengok dari bawah. open sangat timah oi....."

timah tersenyum. dan kemudian dia gelak.

"fuh, nasib baik mak.."

"ape yang nasib baik nye?"

*
*
*
*
"nasib baik timah tak pakai spender.."




p/s : pompuan kampung dulu pakai kain tiap2 hari, mana pakai jeans.kesian kat timah, jahat betul pakmat kan?


Sila Mengomen.