Showing posts with label internet. Show all posts
Showing posts with label internet. Show all posts

Tips2 yang best dalam penggunaan google dengan berkesan. korang tau?

walaweh. gua dah habis exam, sekarang gua leh enjoy!

pergh, tak beradab betul aku yer, orang suma bagi salam aku bagi walaweh je. assalamualaikum, apa khabar semua? sehat? (1st time aku buat baik macamni)
aku nama je dah abis exam, tapi masih takleh balik umah. banyak noh aktiviti.
well, menjadi seorang jaksa ni memang kena busy la sikit kan. wah, punya bangga.

hari nih aku dengan suka dan citanya aku nak mengajor anda2 semua apa yang ada kat google yang mungkin anda semua tak tau lagi. kalau tau pon baguslah.
hari2 kita bukak google dan search kat google kan, tapi ada jugak orang yang tak reti nak search2 maklumat yang diaorang nak.

well, aku tiap2 masa menggunakan google. kira aku ni menyapot google habis2san la kalau nak compare dengan yahoo atau sesahabat dengannya. sebab google ni sebenarnya ada banyak gila function dia.
so, aku yang tak bape power ni, nak tunjuk kat korang apa yang ada kat google sebenarnya yang korang mungkin tak tau.

antaranya.

Google boleh jadi kalkulator.
google ni sebenarnya boleh jadi kalkulator jugak. cuba korang taip unsur2 math kat google, contohnya 20 * ((30+40)*2) apa yang keluar?


kat komputer/laptop pon ada jugak kalkulator sebenarnya, tapi kadang2 aku malas bukak, memandangkan aku nih 24 jam duk depan tenet.

Google boleh jadi kamus.
ni aku rasa semua orang tau. dan memang aku selalu praktikkan pon. tapi yang aku selalu praktikkan macamne nak eja sesuatu tu. contohnya macam bawah ni.

Hah, faham fungsinya?

Penggunaan "site:"
penggunaan ni sebenarnya nak search kat blog tertentu sahaja. contohnya korang nak cari maklumat apa2 dalam blog aku, korang just letak jela site:khairulanuarazman.blogspot.com.


so, kalau nak cari maklumat ke apa kan senang.

Google boleh jadi jam dunia.
google pon leh jadi jam dunia. contohnya korang nak tau kat bangladesh sekarang pukul berapa, korang just letak je "time NEGARA". contohnya : time bangladesh


kat semua negara boleh. bahkan kat negeri2 pon boleh.

Google boleh jadi currency convertion.
korang tak yah susah2 nak kira pakai kalkulator RM150 bape dalam dollar bagai. korang letak je macam contoh bawah ni.


semua mata wang pon boleh, dengan syarat betul la korang eja. kalau salah ko tunggu la 3-4 tahun tak berhasil nyer.

Penggunaan " " dalam search.
kalau korang taip ujian semester memang berterabur. memang susah la nak search. kalau korang letak "ujian semester", so dia akan search ujian semester tu tanpa pecahkan ujian dan semesta.


so dia memang akan search ujian semesta je. cara ni memang sesuai la nak cari maklumat tuk kerja projek. search pon takde la trabor.

Penggunaan tanda "-"
penggunann ni sebenarnya macam taknak benda tu keluar. contohnya kalau kita taip david beckham, mesti ada keluar victoria kan? so, kalau taip macam ni "david beckham" -victoria, search korang takkan langsong keluar pasal victoria.

Search fail dalam bentuk dokumen.
dalam pencarian dokumen, korang kena selitkan perkataan ni filetype:TYPE FILE. contohnya, filetype:ppt. selalunya orang akan cari ppt untuk powerpoint, doc untuk microsoft word dan pdf.


then, korang download je fail2 tu. aku selalu nye hantar projek copy paste dari benda nih la. wah, kantoi!

Penggunaan .. untuk sesuatu range nombor.
tips ni sesuai la untuk korang yang tak ingat sesuatu event tu. so, korang letak 1990..1994, nanti akan keluar semua tarikh antara tu. korang takyah letak panjang2 macam ni 1990 1991 1992 1993 1994. just letak 1990..1994 sahaja.


ok, tu jelah aku nak bantu rakan2 aku yang suka mengoogle nih. semoga korang dapat mengoogle dengan baik di masa akan datang.
wakaka.

p/s : google ni best dari yang lain, betul tak?

No Strings Attached

ok, ini entry selingan sahaja. bukan apa, ni first time buat benda ni. macam best.
so aku nak try buat la. saja2 time2 berblogging dapat jugak sikit income, tak gitu.

So, kalau korang tengok tajuk kat atas tu, apa la korang pikir yer?ada unsur yang tak elok ke kat kepala korang ni? kalau ada baik la korang tobat cepat2, nak exam ni tak elok pikir bukan2.
so merujuk kepada perkara diatas, aku nak cerita pasal p1w1max broadband sebenarnya.
sekarang ni p1max dah ada broadband, dah takyah berwayar bagai.


kelebihan tidak berwayar ni banyak, senang nak bawak kemana2, mudah nak bawak. tahan lasak. bermacam2 la. kalau kita buat servey pon, memang akan ramai memilih jenis broadband (tanpa wayar) ni daripada berwayar. tapi berwayar tu ada kelebihan jugak, bukan takda.

nak story sikit la pasal p1max brodband ni. tuk kepada yang nak beli broadband, memang disyorkan la beli.
tak mahal + berbaloi. kalau nak tengok pakej dia, dia ada 2 pakej. prepaid dan postpaid. ni hah aku ada listkan.

ni untuk prepaid

dan ini untuk postpaid.

murah tak? berbaloi kan. dan yang paling penting, sangat mudah nak guna p1w1max broadband ni. semudah ABC je. chewah. ayat dari mana ntah aku kebas tu. so, kalau ada apa2 masalh, korang boleh je pegi website mereka sendiri.

well, internet sangat penting sekarang. lagi2 untuk yang kuat berfacebook, kuat berblogging. tak ada tenet 1 hari hidup macam tak sah je. ada je benda tak kena.
betul tak?
pon untuk pelajar u sekarang, semua nota kena download ikut internet. tak ke susah kalau tak ada internet ni. so, sapa2 yang nak beli broadband, cuma la try beli p1w1max ni. 



Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

Malaysia punya ptc - 1st advertiser in malaysia.

Di era globalisasi dan moden ini (ayat standard dalam karangan form5 aku), kita dah menjadi semakin pandai dalam mencari duit, lebih2 lagi cari duit online.
nuffnang, advertlets, inniti, adsense, and macam2 lagi la.
dan yang terbaru mylook. memang femes giler mylook ni, kalau tengok kat mana2 blog pon, ada entry pasal tu.

info payperclick cari duit malaysia PTC info Malaysia PTC info

tapi betul ke mylook tu bukan scum? iklan pon takda macamna nak bayar aku yang dah rm9 lebeh dalam account mylook tu? tu baru aku, kat malaysia ni berjuta orang weh, baru malaysia. kalau dah USD tu mesti international kan. bape juta dia nak bayar?
penah terpikir tak?

****************************************************

yang terbaru aku nak cerita pasal Malaysia 1st PTC (pay to click). Siap bubuh 1malaysia lagi.

info payperclick cari duit malaysia PTC info Malaysia PTC info

Sebelum menyentuh pasal tu, meh aku terangkan apa itu PTC atau nama panjangnya PAY TO CLICK.
PTC ni sebenarnya macam advertisment2 lain jugak. cuma konsep dia, tak macam nuffnang atau advertlet, yang memerlukan orang lain klik kat blog kita.
konsep nya terbalik. kita yang kena klik dan tengok website pengiklan. selalunya, kita diwajibkan stay untuk melihat website tu dalam 30-45 saat, then kita akan dapat duit. bape hengget tu aku tak tau la.
menarikkan dan mudahkan?

Berbalik kepada 1st malaysia PTC ni. memang senang nak buat duit. free je jadi member.
nak upgrade tu kena bayar la.

So, ni antara info2 yang dapat aku share.

Apa itu Malaysia pay to click?
Malaysia pay to click ni cuma advertiser biasa la. pengiklan akan bayar kat diaorang, then dia akan bayar kat kita setiap kali kita tengok iklan yang dibayar tu selama 45 saat.

Macamana nak jana duit dengan Malaysia Pay to click?
ada dua cara, pertama, korang surf sendri dengan klik kat butang SURF ADS, dan klik beberapa iklan kat situ. then kena stay kat web tu selama beberapa saat (45saat). secara automatik RM0.03 akan dikreditkan kedalam account korang.

macamni. mula2 pegi kat SURF ADS.

info payperclick cari duit malaysia PTC info Malaysia PTC info

then, klik je iklan yang ada kat situ. nanti akan keluar macamni.

info payperclick cari duit malaysia PTC info Malaysia PTC info
klik untuk pembesaran.

so, kalau korang tengok, dia akan suruh tunggu selama beberapa saat. dan korang tunggula sampai dia keluar DONE. automatik RM0.03 sen dikreditkan untuk korang.


cara yang kedua, cari orang masuk benda ni. then korang akan dapat RM0.01 setiap kali diaorang buat seperti cara yang pertama.

cuba tengok earning example ni.

Earnings Example
» You click 20 ads per day = RM 0.6
» 90 referrals click 20 ads per day = RM 18
» Your daily earnings = RM 18.6
» Your weekly earnings = RM 130.2
» Your monthly earnings = RM558
» Your total annual earnings = RM6696

*wink2*


Minimum duit yang kita boleh keluarkan, dan macamana nak keluarkan?
minimum duit boleh kita cashout ialah RM10. dan untuk cashout, dia akan masukkan ke dalam account maybank sahaja. dan segala proses cuma melibatkan account maybank. proses yang akan diambil ialah 2 hari (maksima)

Benda2 yang tak boleh buat?
1)tak boleh ada lebih dari satu account.
2)hanya untuk rakyat malaysia sahaja. so kalau orang negara luar join, account dia akan dilupuskan.

Adalah ini scam dan satu penipuan?
aku rasa tak. sebab yang paling konkrit, segala pembayaran menggunakan account maybank. nak upgrade ke member pro pon kena submit kat account maybank admin.

Cuba tengok. siap ada nama penuh admin lagi. dan kita perlu bayar dulu, then tampilkan slip pembayaran kita. macamtu sistem dia. ada macam scum ke?

Then, ada forum, ada soal jawab. dan yang penting admin involve kat semua benda tu. dan semua iklan2 yang ada. iklan2 yang diiktiraf kat malaysia. macam iklan AIR ASIA, blog2 pribadi.

dan yang sama penting, join free je. nak join pon takyah nak masukkan account maybank lagi. mungkin bila dah nak cashout baru bagi.
apa lagi? join la jom.

**********************************************

Aku pon baru join. dan baru ada 40sen. jom la korang. join tuk dapatkan duit poket lebih.(:


p/s : ok gak benda2 macamni. dari duk membontot tak buat apa2. baik aku tekan iklan orang. dapat jugak duit. segala risiko anda tanggung sendiri. dan yang paling penting, korang kena singgah selalu untuk mengklik iklan2 yang ada. duit tak datang bergolek, kena korbankan sikin masa untuk duit yang korang akan dapat.

Kemaskan shortcut di desktop anda.

Aku akui aku memang hebat dalam menciplak game2 kat cc.
letak la password ke, block user ke, hide ke, aku tetap boleh copy.
tak caya tanya aim. *saje pomot blog kau.

*************************************************

So, ini salah satu software yang aku ciplak dari cc.


actually, software ni untuk menyusun shortcut2 yang ada kat desktop.
yela, ada sesetengah orang, pakai banyak software, pastu tak tau nak susun macamana.
macam bawah ni hah.


ada jugak, sesetengah orang, pakai rocket atau object dock untuk susun desktop diaorang.
nak bagi kemas.
tapi sory to say la. pakai rocket2 ni memang lembab time nak startup tu.


Tapi software yang aku nak citer ni lagi simple. pakai satu shortcut je, pastu korang pandai2 la susun.
just masukkan shortcut dalam folder je.
berminat? korang cuma perlu follow step ni.

PERTAMA.
korang download file dia kat sini. Download (mediafire). Download (4shared)

KEDUA


korang perlu extract apa yang korang download tu, pakai winrar, atau software lain yang boleh extract. tak da winrar? download.

KETIGA
dah extract, cut folder tu. pergi c://, pastu klik kat program files, paste.


Pastikan anda paste dekat program file ye. kang tak dapat run.

KEEMPAT
Ok, lepas korang dah paste, open folder tu, korang akan nampak 1 folder, "shortcut". ada tak?
then korang klik.
korang akan jumpa folder2 lain.


Ok, kat situ la korang nak paste shortcut2 korang. nak letak application, lagu, movie pon boleh.
nak letak tu ikut kretiviti korang.

KELIMA.
Korang create la "application" yang gambo katak tu jadi shortcut korang kat desktop.



*********************************************

Korang tengok la, dari bebanyak shortcut, tinggal satu je kat desktop korang.
kan lebih tersusun.

Sapa2 yang ada masalah, komen2 dan bagitahu la ye.

Review.



p/s: aku suka curik game kat cc, tapi tak main pon.

Cantikkan facebook dengan background2 yang cool.

Kalau sebelum ni aku dah cerita pasal getpersonas.com, pasal cantikkan firefox dengan background2 yang ada hari ni nak cerita pasal background facebook pulak.

***************************************************

Apa yang membezakan facebook dan myspace?
salah satunya adalah background dia. kalau myspace, colourful gila kan.
dan facebook plane dan simple je.

background facebook background get-styles.com
plane putih dan simple mimple

Pernah korang bayangkan facebook ada background?
meh aku ajar korang menghiasi facebook korang.

background facebook background get-styles.com
LANGKAH 1.
Korang pegi kat www.get-styles.com.

background facebook background get-styles.com

LANGKAH2.
Download dan install plugin2 yang ada. kat situ ada cara2 dia. korang baca jela.

background facebook background get-styles.com

LANGKAH3.
Dah install, dah apa, korang pilih jela background apa yang korang nak. hah, dah siap.

Mudah kan?
sekarang facebook aku pon dah ada background. sedap sikit mata memandang.

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Background facebook aku.

Cool tak facebook aku? aku memang suka warna biru =.='
fullstop.



p/s : korang buat2 la, tak jadi bagitahu aku.

Ada apa dengan captchas.

Hari aku nak bawak kamu semua mengenali captchas2 yang ada kat muka bumi ni.
apa itu captchas?
bagi aku captcha tu annoying, sebab aku malas nak taip apa yang dia suruh.

funny captchas funny captchas kelakar
Captchas ini sebenarnya untuk memastikan yang mengisi borang itu adalah orang. bukan kuman atau virus2 jahat yang ada.
ok la. alasan munasaah, maklumla, banyak sanagt virus yang boleh ceroboh kedalam server kalau tak buat captchas ni.
pon senang kena tipu kalau tak buat. sumber palsu.

**************************************************

Captchas ni random, kadang2 dia men tulis je apa kat situ, kita pon taip la.
tak tahu, wat next captcha. buang masa.

dan kadang2 dia macam nak menyampaikan benda2 pelik je.
macam kat gambar atas tu. retard. soalan tersirat dari google "hai awak, nak ngorat2 dan raba2 boleh?"

funny captchas funny captchas kelakar
 Google juga cuba nak cakap jangan menunjukkan isyarat lucah kepada mereka.

funny captchas funny captchas kelakar
Captcha kadang2 boleh jadi seronok jugak. khas untuk kanak2 bawah umur.

Ini captcha paling celaka dalam dunia. cuba korang assume apa yang dia tulis? kalau macamnie aku boleh bukak contest meneka captcha nie. konfem tak ada yang menang.

funny captchas funny captchas kelakar 
Ini juga antara yang macam cilaka jugak. kalau korang lepas memang la korang sangat hebat ok.

funny captchas funny captchas kelakar
The best captcha ever. aku yang ambik bidang math pon  agak ragu2 nak jawab. macamana? sesuai untuk yang kuat belaja sahaja.

funny captchas funny captchas kelakar
Captchas macam air. as cleas as water.

Apa la dia nak sampaikan ni. no komen.

Captcha paling kejam. ada berani nak buat?

Amacam? best tak captcha2 yang ada? yang mana satu favorite korang?
fullstop.

Cantiknya wallpaper ni - best wallpaper 2010

Semasa berjalan2 mencari wallpaper untuk desktop aku, aku terjumpa wallpaper2 yang sangat cantik ni.
so aku nak share kat korang, memang cantik gila la.
yeke?
korang tengok la sendiri, dan komen sendiri.

 
  
 
View
Dalam ni ada 39 best wallpaper la bagi aku. sangat cantik.
korang download kat sini : mediafire

Cantik tak? grafik+colour+perspektif dia memang fullmark lah.
apa lagi? download la.
sudah!
 

getpersonas.com - cantikkan firefox anda.

Anda pakai browser apa?
chrome? explorer? firefox?
kalau aku, aku pakai firefox, sebab senang dan best..
pakai chrome sebab dia cantik, ada background belakang.
getpersonas.com cantikkan firefox
Tapi sekarang firefox pon dah ada background smart2.
macam aku punya bawah nie, pakai naruto punya background.
macamana nak buat? senang je, pergi la kat getpersonas.com, pastu korang install plugin dia.
then pilih jela background apa yang korang nak.
senang dan mudah.

getpersonas.com cantikkan firefox
Inilah background aku. dah aku minat naruto, background pon naruto.

Korang cuma pilih je backgound apa yang korang nak. berpuluh2 ribu background korang boleh pilih.

Senang kan? sekarang dah lawa da firefox aku. 
sudah !