adamaya? erm, boleh la.

Lama jugak aku tak berbelog. ada yang rindu aku tak?
bukan tak de idea nak merepek apa, cuma takde sumber tenet. dah balik umah cuti sem kan.
tak ada duit nak beli berukben la der. ada sapa2 nak belanja aku berukben angkat tangan!

 rangking no 1 di laman alexa aku. (tipu)

******************************************

Tula, dunia tak ada intenet ni memang bosan gila. baring, pusing2 kan badan. bangun, baring balik. pusingkan badan lagi. tu jela kerja eden.
hah, ada lagi satu. bukak laptop, melayan cerita adamaya.


sejujurnya aku ni tak bapa nak minat cerita melayu nih. takleh masuk kepala la. ada je macam aku tak puas hati.
tapi drama adamaya ni macam lain sket. macam best je. (mungkin sebab aku suka lisa. )
mula2 pelik jugak, ramai betul kawan2 aku nih asyik meng"post" kat fb je pasal adamaya ni.

"benci si dani ni. eee benci benci...."

takpon

"i love you adam. suka kat adam!"

eee, menyampah aku. apa hebat sangat ke adam tu? (nada jeles).
tapi gua respek la sama dia. dia cool dalam buat keputusan rumah tangga.
well, zaman sekarang ni mana boleh paksa2, kalau kena caranya, konfem tak kemana. setuju?
satu yang aku suka kat cerita ni, sebab selamber je jalan cerita dia. scrip pon selamba je.
lagi2 si dani si keparat tuh.

walaupon ramai tak suka kat si dani tuh, tapi aku rasa dia la punca cerita tu jadi best.
sampai ada lagi fan club membenci dia. pergh, gua respect la. bukan senang nak buat orang benci kat kita beb. eh, susah ke?

tapi aku memang tak puas hati betul dengan kawan2 perempuan aku nih.
ada ke patot dia kata takda orang wujud kat dunia sebaik adam?
ada ke patot?
ni aku nak bagitau korang. ada la weh, malah lebih kacak dari adam, lebih baik dari adam.
nak tau sapa?

aku laaaaaaa...


p/s :  tadi aku dapat mesej member aku secara tiba2, "eh! perangai kau sebijik macam mika adamaya". erkkk...

Sila Mengomen.