Tiada lagi kisah cinta pandang pertama di KTM.

Sapa pegi YOUTH10 angkat kaki! amacam? gempak tak festival tu?
bagi aku ok la. nak kata bosan tak da la bosan sangat. kalau rating 10 gua kasik 7 la.

yang penting, gua dapat tangkap gambar dengan awek cun. siap bergurau2 lagi suh beli album dia.


eh, bukan ni. nie awek cosplay yang amik kesempatan peluk aku masa aku mintak amik gambar dengan dia. auuu...
(gambar muka ditutup sebab nnti korang kata aku buat muka stim. damn!)


hah ni baru betul. bakal awek gua ke-498. sori la bienda, saya takda duit la nak beli album awak. nanti kita kawen hari2 saya leh dengar suara awak.
gatal, damn lagi.

***************************************************

ok la, sebelum pergi festival tuh, perasaan suka campur excited.
dah sampai, erm, ok la. masih berada dalam mood steady and cool.
tang yang balik tu, memang bengang tahap gaban.
mana tak nya, setelah hampir 45 min aku tunggu tren kat bandar tasik selatan, takleh naik. sebab penuh.

tak kesah la kalau setakat tren penuh, sebab ramai orang. nie kes tak puas hati sebab koc depan belakang tu penuh tahap gaban. yang tengah tu macam kosong je.
aku rasa kepada yang bawak bantal, tilam memang terbaik landing kat situ.
korang tau kan koc tengah tu koc apa? koc wanita.



koc wanita ni baik sebenarnya, senang tuk perempuan. takda la kes2 perabaan berlaku lagi.
tapi kalau still ade kes2 raba ni, be aware la yer. pompuan sekarang pon ada jugak yang suka sentuh benda yang sebenarnya diaorang pon ada.
oppsst.

************************************************

yang aku peliknya, dah ada dah koc wanita tuk perempuan2 ni, tapi asal penuh je perempuan kat koc depan, koc belakang?
macam tak da function je koc tengah tu, menyusahkan kaum lelaki lagi ada.
aku cadangkan 1 koc tuk pompuan, 1 koc tuk laki, dan 1 koc tu pasangan suami isteri dan orang2 tua.

"yela, couple2 nak berkepit 24 jam. kang lepas nanti takut sesat ke, apa kes. risau kot, abistu couple2 ni nak naik koc ape?"

apa kata kau suh balak kau beli kete, aeroplane ke, helicopter ke. apa barang nek KTM. kata couple.


p/s : KTM dah takleh, aku buat cerita cinta pandang pertama kat LRT ke, monorel ke.. apa susah...


Sila Mengomen.