Rahsia kanak kanak

berbekalkan sepeket biskut tiger coklat sekuat harimau dan sebungkus nescafe ais yang agak kelat dan pekat, aku meletakkan jari jemari di atas keyboard laptop acer aspire 4315.

ok.

rahsia. aku rasa semua orang dalam dunia ni ada rahsia mereka tersendiri. tak kira tua muda remaja lelaki perempuan pondan pengkid, aku rasa semua ada rahsia mereka sendiri. sesuatu yang mereka simpan daripada pengetahuan orang lain. yelah kalau bagitahu orang lain, namanya tak rahsia la kan? rah sia-sia mungkin.

"kalau kau buat sesuatu tu, kau terus terang je lah. sebab sebenarnya, takde rahsia dalam dunia ni. lambat laun orang akan tahu jugak cuma masa je yang membezakannya. lebih baik kau bagitahu sebelum orang lain tahu sendiri" nasihat mak pada aku satu ketika dulu.

ahhh. aku tahu tu semua propa mak aku je. permainan psikologi . bajet nak gertak gertak aku bagitahu apa yang aku buat. mula mula cakap tak marah kalau bagitahu tapi bila aku bagitahu kemain macam singa jadinya. nasib baik aku ni pesen sayang kat mak, jadi aku biarkan jelah asalkan dia bahagia dan tak lupa untuk masukkan duit jajan aku tiap tiap minggu. kehkeh..

*hirup air nescafe kejap.

haaa pernah dengar rahsia zaman kanak kanak?


cerita ni jadi dua hari lepas, lokasi rumah ku syurgaku dan semestinya bukan rumah orang lain.

masa tu aku tengah syok tengok cerita the voice kat channel 701. ntah apa nama channel tu pon aku lupa. ala realiti show nyanyi nyanyi tu takkan korang taktau? oh aku tengok cerita tu bukan sebab aku nak tengok sape suara sedap ke apa, aku tengok sebab ada cristina aguilera. punya la cun si aguilera tu.


okay cuba teka yang mana satu cristina aguilera? sape jawab yang botak pakai spek mata tu memang aku pikir nak libas dia pakai raket tennis.

tengah syok syok melayan perasaan dihadapan tv bersaiz 39 inci tu, aku terdengar nama aku di panggil bertalu talu. tepat menorobos eardrum aku. eh betul ke eardrum? maklum la aku ni lemah sikit subjek sains.

"abanglong... abanglong...!"

tu tak lain suara adik bongsu aku yang paling gemok tu. ijal namanya. karang kalau aku buat buat tak dengar, terasa macam abang yang tak berguna dan abang yang tak bertanggungjawab menyahut panggilan adik adik pulak. kan? sebelum aku kena cop "abang tiang lampu", baik aku bagi la respon sikit. dengan itu aku segera menyahut.

"amende gila?"

"along... aku ada satu rahsia ni. rahsia besarrrr..."

"besar sangat ke rahsia nya?"

"besarrr sangat. kalau aku bagitahu kau. kau janji jangan gitau orang lain?"

"yelah, amende?"

"janji tak bagitahu orang lain?"

"ye, janji.."

"betul janji?"

"sebelum aku berjanji pakai kaki, baik kau bagitahu je amende".

pergh kalau baca mesti korang ingat aku ni garang kan? jangan risau. aku ni baik je orang nya. sopan santun pulak tu.

"okay aku bagitahu kau, kau jangan bagitahu orang lain. meh dekat sikit aku nak bisik"

aku ni pon sangat la innocent bak kata omputeh. aku ikutkan jela. perlahan lahan aku mendekatkan telinga aku dekat mulut dia. adalah lah lebih kurang setengah inci jaraknya. ni mesti rahsia besar dan kritikal sampai taknak orang lain dengar ni. bisik hati aku.















"sebenarnya... dragon ball ade 7 biji semua nya..."





Sila Mengomen.