lucah jugak cikgu aku ni.

hari ni gua sempat bukak blog, sekian lama tak bukak.
sebelum ni menyempatkan diri pegi cc semata nak tengok facebook gua je, tunggu orang komen picture gua. mana tau ade anak dara yang berkenan dengan gua.

tapi gua pelik, mana gambar2 kat entry gua sebelum nie? mana dia menhilang?
penat gua search kat tenet gambo2 tersebut. gambar kenapa orang jepun kene kurus2.
tanya otak jap, nak cari balik ke tak. nak ke tak.

malas.

****************************************

tadi aku lepak kat umah, duduk diam sambil memerhati adik aku yang sebok mengemas buku.

gambar ini google mari.

"rajin kau dik."

dia senyum sinis, sambil mereply.

"aku rajin, bukan malas macam kau."

damn. menusuk kalbu. takpe, aku selaku abang aku cool je. sebab betul jugak. memang time2 budak cuti sekolah ni memang seronok suruh dieorg buat itu ini. nasib korang la.
ekekeke (gelak jahat).

tibe2 aku ternampak 1 buku yang mengimbau kembali sejarah lama. pergh, ayat sastera taknak kalah.
buku teks tingkatan 1, "kemahiran hidup".

ini antara subjek favorite aku. bukan sebab aku suka menukang ke menjahit ke amende, aku suka sebab cikgu yang ajar aku best.
orang kata the best teacher will make the best learning. tak gitu? walaupon aku tibai je ayat tu.

cikgu aku lebih lawa dari ini. 

aku namakan cikgu ni cikgu ros (bukan nama sebenar). seorang cikgu kemahiran hidup, 20-an, cantik (sebab cikgu lain semua tua2), dan sporting.
yang paling best dia suka bercerita.

*******************************************

satu hari tu dah abis periksa, aku memang ingat taknak datang sekolah, tapi memandangkan budak kelas aku ade buat liga main pingpong belakang kelas, aku datang.

gua ingat lepas rehat, cikgu masuk kelas.
damn. liga gua tergendala. dah la turn gua. sungguh potong stim.

"memandangkan exam da abis, ape kata kita borak2?"

semua angguk. nak tak nak dengar je la. takkan nak ajak cikgu tu join liga pingpong. konfem kena bagi menang. bazir la 50sen aku.

"cikgu nak bagi teka teki hari ni. tapi teka teki ni ala-ala lucah sikit. korang semua open minded kan?"

angguk lagi. budak2 kelas dengar lucah2 ni makin dieorg suka. semua axcited nak dengar.

"dalam banyak2 pertandingan, pertandingan apa yang perempuan takkan menang lawan laki sampai bila?"

semua senyap seketika, memikirkan semua kemungkinan jawapan yang ada.

"lumba lari!"

"salah"

"lari panjat pagar lepas tu serong sekolah!"

"salah"

macam2 jawapan ada, sampai kering otak budak2 ni cikgu kerjakan.
sampai satu masa semua giveup. malas nak pikir.

"jawapan nye ape cikgu?"

cikgu senyum, gelak sorang2 dulu baru bagi jawapan.

"jawapannye, pertandingan kencing dalam botol. komfem laki menang."

********************************************

damn. aku tak faham (masa tula tak faham). tapi bebudak lain semua dah gelak bagai nak roboh kelas.
ape la yang kelaka sangat. setakat kencing dalam botol.

pergh, innocent gila aku.
korang2 ni jangan la cakap korang tak faham.

next.

"ok, seterusnya, dalam banyak2 binatang, binatang apa yang paling banyak telur?"

yang ni pon aku tak tau, yang aku tau adik aku punya teka teki je, binatang ape telur kat leher. jawapan, kuda kepang sebab kita punya "telur" ade kat leher kuda kepang tu. kuda kepang tu binatang ke?

ah, gua give up. gua malas nak pikir. gua serahkan je kat kawan2 gua tuk pikir.

macam2 jawapan jugak yang budak ni bagi. tapi semua salah.

"dah2, semua jawapan salah. jawapan nya...."

*
*
*
*
*
*

"naga!"

kenapa?

"yela, korang tengok la masa hari raya cina tu, kan ada naga2. kalau 10 orang buat tarian naga tu dah ada 20 telur dah naga tu"

damn.

ok murid2, mari kita kira naga ini ada berapa telur?



p/s : lepas tu cikgu aku ada cerita tentang seekor penyu yang mengembara pada musim mengawan. bapak kelaka. sok lusa la aku post.


Sila Mengomen.