bila datang musim exam ni la macam macam bala dan masalah datang, time ni la nak kena hantar assigment bagai, time ni la nak kena buat laporan kerja macam macam, time ni la jugak la nak bertungkus lumus studi, padahal sepanjang 1 semester aku tak belajar apa-apa, sehari sebelum exam tu baru nak bukak bab satu, dan cakap "ohh macamni rupanya nak buat."
ok, semua tu memang tak dapat la derr. hanya mampu ternganga dalam exam. sambil nyanyi lagu "insyaAllah-maher zain" dalam hati. redha dan tawakal.
cinta? ape tu? entah. aku pon tak penah nampak macamana bentuk dia, leper ke, bulat ke, pesegi ke, trapezium ke.
Cinta merupakan satu ukuran asas pengalaman manusia yang memberikan antaranya, perasaan kasih sayang, tarikan, asas kemesraan dan keserasian antara perorangan, rela berkorban untuk orang lain, perasaan tertarik dan hubungan kepada alam, benda hidup ataupun makhluk lain. Ia dapat ditunjukkan melalui perasaan, emosi, kelakuan, pemikiran, persepsi dan sikap. Ia mempengaruhi, mendasari dan menetukan pola utama hubungan antara perorangan dan pengenalan diri. -wikipedia
entry ni bukan aku nak explore atau terangkan apa itu cinta, sebab aku pon taktau. cuma nak cerita sikit. ni hah, pasal member aku ni, dilamun cinta bagai nak rak. tapi kesian, dia macam kecewa je sekarang. kesian aku tengok dia. macam tak betul dah sekarang. ikut hati nak je aku hempuk kepala dia.
so nama dia Carl (samaran), dia member baik aku. apa yang terjadi kat dia, dari kaki sampai ke rambut, aku tau. semua dia share dekat aku. dia nak gelak, gelak dengan aku. nak sedih, pon sedih dengan aku. nak senang citer memang semua rahsia dia aku pegang. dan dia selalu cerita kat aku tentang perempuan yang dia suka.
dan dia ni ada satu masalah, dia malu, ego, takut dengan perasaan dia, tapi selalu poyo kata dia dr cinta yang tak pernah ada masalah cinta. ya, aku pon selalu cakap aku dr cinta padahal tak pon. sebab tu aku jadi kawan baik dia. wahahahaha.
bila orang lain tanya dia, kau suka ke ellie (awek idaman dia)?, dia akan dengan yakin dan konfiden cakap tak depan semua orang, ellie tu kasar la, ellie tu takde ciri ciri idaman wanita yang dia nak la, dia tak mudah jatuh cinta kat orang la, macam2 alasan dia bagi nak pangkah. bajet dia takda perasaan langsung kat si ellie tu. yes, dia ego melampau. tapi untuk aku, dia akan jawab jujur, jawapan dia macamni.
"mustahil dia suka kat aku.."
bila aku pegi bilik dia, kalau aku nampak dia tengah berfesbuk, mesti tengah stalk wall si ellie tu. kalau tak stalk sehari tak sah. tergelak gelak, tersengih sorang sorang bila tengok wall si ellie tu, semua benda gila dia buat. macamtu kau kata tak suka?
"kau cakap jela yang kau suka dia, taknak mengaku plak kau ni. kang kau melepas baru padan muka, ntah2 dia pon suka kat kau.. no dia bukan kau takde.. mesej, cakap yang kau suka dia, senang. tutup buku."
tu ayat yang aku, dan member member lain selalu bagi. tapi dia still nafikan yang dia tak suka si ellie, tak cinta kat ellie, yes, aku tau kalau aku pon susah aku nak luahkan, just like investment, kena amik risiko untuk berjaya atau gagal. dan dia tak berani nak hadapi kemungkinan untuk gagal, maybe.
"lagipon dia dengan aku pakai kau aku je, kadang2 siap panggil nama binatang lagi, bukan main kasar cakap dengan aku, macamana nak suka"
ok, tu jawapan dia.
baru baru ni, aku tengok dia rancak mesej dengan si ellie,sebelum ni takde pon. tapi aku tau, dengan mesej si ellie tu buat dia sangat gembira. tengok muka je aku dah tau. bila bunyi "tut tut" tu, muka yang masam tak dapat buat latihan statistik pon bertukar jadi hepy nak mampus. hebatkan kuasa cinta tu?
"khai, nak tau satu benda tak?"
"apa?"
"ellie dia kata nak cuba couple dengan aku"
"hah, gila la, serius ke nak prank aku?"
"seyes la"
"hah, bagus la tu. grab the change, bukan senang kau nak dapat. haha."
"tapi, tula, aku rasa dia bukan suka kat aku, mungkin dia lonely, kau tengok la status fesbuk dia, duk asyik cakap sunyi je, siap kata kalau aku taknak dia nak tanya orang lain pulak.. hah, lagi satu, dia kan asyik post yang dia tu geram dengan ex dia la, taknak ex datang dalam hidup dia la, ntah2 dia jadikan aku tempat nak lupakan ex dia tak?"
"kau ni komplikated sangat la, apa salahnya? mana tau dia suka kat kau satu hari nanti, kau taknak?"
"nak nak. haha. tapi, aku dengan dia cakap bukan main kasar kot, kau aku, kadang2 bongok la, tambi la, keling sesat la. tak ke gila"
"tu la kau, starting salah, camtu bukan cuba nak bercinta bro, tu cuba untuk menjadi sahabat yang baik, jangan sampai jadi macamtu sudah"
"haha kasar2 la best, unik, lain dari yang lain. haha"
ok. sukahati dia, asal dia hepy, dah buat aku hepy. ye dak? lagipon dah lama sangat dia membujang, kawan kawan yang lain semua dah ade awek. dia ni duk kata jeles je tengok orang dating. takpe, tak lama lagi boleh la kau dating kan?
tapi tadi, aku tengok dia pelik, dia tido je, plan baik punya cadang nak studi, studi ke mana, buku kemana. haram. aku kejut bagai nak rak ajak studi. punya liat haram.
"weh bangun studi!"
"aku takde mood la studi...."
"hai, orang bahagia takde mood nak studi? pelik. bangun la cerita apa jadi"
dia bangun. tu pon dengan gaya gaya malas dia.
"aku terasa apa yang kau cakap betul la"
"yang mana?"
"yela, aku dengan ellie, bukan macam orang cuba nak bercinta, tapi macam jadi kawan baik"
"then?"
"aku cakap kat ellie macam tu, kau nak tau apa dia cakap?"
"apa?"
"jadi kawan baik pon leh jugak.."
"hahaha style gila jawapan dia. dah tu, takyah jadi balak dia, kau jadi kawan baik dia je dah la. haha"
"ermm aku memang dah decide macamtu pon, biarla, malas pikir"
opst, aku dah tersalah cakap. macamana ayat tu boleh terlepas dari mulut aku, tak support member betul. carl, bangun la, teman aku study. carl oii.. studiiiiii..
dia taknak bangun. guys, tolong nasihat dia sikit, supaya lupakan jela awek tu dulu, sekarang fokus kat studi. exam dah dekat ni. tolong aku nasihat dia. dia degil. keras kepala.
p/s : aku tau dia akan baca blog aku. khai, be prepare.
Sila Mengomen.