Showing posts with label Perangai. Show all posts
Showing posts with label Perangai. Show all posts

Rahsia kanak kanak

berbekalkan sepeket biskut tiger coklat sekuat harimau dan sebungkus nescafe ais yang agak kelat dan pekat, aku meletakkan jari jemari di atas keyboard laptop acer aspire 4315.

ok.

rahsia. aku rasa semua orang dalam dunia ni ada rahsia mereka tersendiri. tak kira tua muda remaja lelaki perempuan pondan pengkid, aku rasa semua ada rahsia mereka sendiri. sesuatu yang mereka simpan daripada pengetahuan orang lain. yelah kalau bagitahu orang lain, namanya tak rahsia la kan? rah sia-sia mungkin.

"kalau kau buat sesuatu tu, kau terus terang je lah. sebab sebenarnya, takde rahsia dalam dunia ni. lambat laun orang akan tahu jugak cuma masa je yang membezakannya. lebih baik kau bagitahu sebelum orang lain tahu sendiri" nasihat mak pada aku satu ketika dulu.

ahhh. aku tahu tu semua propa mak aku je. permainan psikologi . bajet nak gertak gertak aku bagitahu apa yang aku buat. mula mula cakap tak marah kalau bagitahu tapi bila aku bagitahu kemain macam singa jadinya. nasib baik aku ni pesen sayang kat mak, jadi aku biarkan jelah asalkan dia bahagia dan tak lupa untuk masukkan duit jajan aku tiap tiap minggu. kehkeh..

*hirup air nescafe kejap.

haaa pernah dengar rahsia zaman kanak kanak?


cerita ni jadi dua hari lepas, lokasi rumah ku syurgaku dan semestinya bukan rumah orang lain.

masa tu aku tengah syok tengok cerita the voice kat channel 701. ntah apa nama channel tu pon aku lupa. ala realiti show nyanyi nyanyi tu takkan korang taktau? oh aku tengok cerita tu bukan sebab aku nak tengok sape suara sedap ke apa, aku tengok sebab ada cristina aguilera. punya la cun si aguilera tu.


okay cuba teka yang mana satu cristina aguilera? sape jawab yang botak pakai spek mata tu memang aku pikir nak libas dia pakai raket tennis.

tengah syok syok melayan perasaan dihadapan tv bersaiz 39 inci tu, aku terdengar nama aku di panggil bertalu talu. tepat menorobos eardrum aku. eh betul ke eardrum? maklum la aku ni lemah sikit subjek sains.

"abanglong... abanglong...!"

tu tak lain suara adik bongsu aku yang paling gemok tu. ijal namanya. karang kalau aku buat buat tak dengar, terasa macam abang yang tak berguna dan abang yang tak bertanggungjawab menyahut panggilan adik adik pulak. kan? sebelum aku kena cop "abang tiang lampu", baik aku bagi la respon sikit. dengan itu aku segera menyahut.

"amende gila?"

"along... aku ada satu rahsia ni. rahsia besarrrr..."

"besar sangat ke rahsia nya?"

"besarrr sangat. kalau aku bagitahu kau. kau janji jangan gitau orang lain?"

"yelah, amende?"

"janji tak bagitahu orang lain?"

"ye, janji.."

"betul janji?"

"sebelum aku berjanji pakai kaki, baik kau bagitahu je amende".

pergh kalau baca mesti korang ingat aku ni garang kan? jangan risau. aku ni baik je orang nya. sopan santun pulak tu.

"okay aku bagitahu kau, kau jangan bagitahu orang lain. meh dekat sikit aku nak bisik"

aku ni pon sangat la innocent bak kata omputeh. aku ikutkan jela. perlahan lahan aku mendekatkan telinga aku dekat mulut dia. adalah lah lebih kurang setengah inci jaraknya. ni mesti rahsia besar dan kritikal sampai taknak orang lain dengar ni. bisik hati aku.















"sebenarnya... dragon ball ade 7 biji semua nya..."



Perempuan tu kadang kadang sangat komplikated.

kadang kadang aku pelik dengan sesetengah manusia ni. aku bukan apa, lately, aku tengok banyak sangat kes macam "kasut crocs kalimah Allah", "putrajaya dan penubuhan malaysia agenda illuminati", yang terbaru pulak kes baju graduasi universiti nak disamakan dengan pakaian paderi yahudi. aku bukan tak percaya benda tu, illuminati memang la ade, cuma kadang2 rakyat Malaysia (orang melayu) ni suka amik bulat bulat apa yang dia baca, telan terus takde kunyah kunyah. kalau makan pon kalau tak kunyah tercekik. alahai. aku nak kutuk melayu sangat pon tak guna jugak, sebab aku melayu. or memang iman aku tak sekuat orang orang yang "paranoid" tu. erm ntahla.


sebab bagi aku nak takut illuminati tu kenapa? macam la apa yang terjadi kat dunia semua ni dibawah kuasa yahudi. semuanya dibawah kuasa yang MAHA kuasa rasanya. dah la. malas aku nak celoteh panjang panjang bab tu. sebab aku rasa baik ustaz or alim ulamak je yang mengulas. kan? lagipon aku bukan jenis curi trafik dengan tajuk entry yang murah macam tu. hihi.

******************************

perempuan? ye. bagi aku kaum sangat pelik or kata lain dia komplikated. sekejap nak ni, kejap taknak. kejap nak tu, kejap taknak. mak aih. pening kepala aku. yang mana satu dia nak pon aku taktau. ni aku bagi example kecik je.

sabtu lepas aku balik rumah. yela, mak aku dah merajuk rajuk sebab aku dah lama tak balik. sampai aku kol pon dia buat suara tacing je. takleh. aku dah dengar sore mak aku lain macam aku terus balik. well, mak. 1000 tahun aku hidup kat muka bumi ni pon tu jela satu satunya mak kandung aku. so kalau dia dah merajuk memang aku tak dapat buat ape. kang aku tak dapat duit belanja, aku nak makan apa?

so macam biasa la, sampai rumah, rilek2, tengok tibi, makan apa yang ada kat rumah. hidup kat rumah memang bez, sebab aku tak penah pikir nak studi kat rumah. eh? kat kolej pon tak pikir jugak, melainkan esok nak exam, malam tu baru kelam kabut. memang stok buat kerja last minit punya. kalau aku studi awal awal ni memang member kata macam ni.

"buang tebiat nak mampus ape khai?"


malam tu, aku tengok adik aku yang perempuan ni dok berkepit dengan henset dia. bukan main lagi, ibarat menunggu suami call mengatakan dia selamat dari berperang. muka mengharapkan sesuatu datang.

"iya, kau mesej dengan bf ke? macam mati laki je kau ni"

"takde la. mesej kawan la. mana ade bofren"

kawan? takde nya kalau mesej kawan sampai buat muka mengharap macam tu. kan? tipu ahh. nak tipu aku memang tak dapat la.

"long, kau kata kau dokter cinta kan? aku nak tanya ni"

"ape dia?"

"macamana kita nak tau yang laki ni suka kat kita?"

"laki ni simple je. kalau dia suka, dia cakap je dia suka. kalau dia cakap dia suka kau tu. dia suka la kot. mana aku tau. laki yang mesej dengan kau ni ke?"

"aah. dia kata dia suka aku. dah setengah jam aku tunggu dia reply mesej aku, tak reply reply pon."

"kau suka dia tak?"

"taklah. aku anggap dia kawan je. kawan je ok"

"kalau kawan kenapa kau menharap sangat dia reply mesej kau? rilek sudah"

"aku dengan dia kawan je ok!"


tut tut. henset dia bunyik. muka dia berubah terus. tersenyum lebar. macam dapat iphone 4 free. dia angkat kaki, gerak terus masuk bilik dengan ghairahnya.


ok, laki tu dah reply mesej dia kot.



p/s : dah suka cakap jela. nak tipu aku konon.

Tips menghadapi kritikan, kemarahan, kemakian, etc..

tut2.

"khai, nak tanya. khai kalau marah macamana ye? tak pernah nampak khai marah walaupon orang asyik mara kat khai. tak de perasaan ek?"

********************************************************

Aku rasa dah selalu dah aku dapat soalan macam ni. aku bukan tak berperasaan la, cuma malas nak bergaduh.
orang marah aku, aku buat dek je. api mesti dibalas dengan air, betul tak?


Sekarang ni banyak betul kes2 memaki hamun kan? kes2 menyamun tak yah la cerita. lagi banyak.
Lagi2 tentang kes anonymous ni. kalau korang suma rajin blogwalking, banyak je cerita tentang anony ni.

"Anonymous pengecut. tak sedar diri. ingat diri dia bagus sangat." *ada penambahan oleh aku

Ya. aku sokong. mereka memang seorang yang penakut. bro, kalau nak sound orang sila tonjolkan diri anda.
baru gentle.

*****************************************************

Back to story. ari ni saja nak share apa yang aku rasa, patot kita buat masa menghadapi situasi2 macam ni.
Tipula korang tak pernah kena kritik, kena marah ke. seumor hidup mesti penah punya.
kalau tak, tak normal. punya seyes penyakit.

kalau ada point korang nak attack balik, attack je. bagi diaorang senyap. ni masalah wujud bila takda point nak attack balik.
So, ini lah idea aku.

PERTAMA - paling penting, cool,cool dan cool.

Pemaki : " Kau ni dah la tak hensem, berangan nak jadi hensem. weh, aku menyampah la."

Hah, ni macam selalu aku dengar. apa yang boleh korang aku buat, rilek je. tak yah nak sound balik "wei, asal kau ni, kau ingat kau hensem ke hah!?". tak da faedah nak mara2. so jawapan cool yang paling sesuai korang bagi kat dia macam ni.

Dimaki: "Kau tak rasa aku hensem ke? tapi ramai kata aku hensem. kau jeles ye"

konfem dia rasa berapi dan nak hentak muka korang lepas tu.

*********************************************************

KEDUA - jangan keluarkan ayat2 seruan, keluar ayat tanya je.

Jangan la letak "!" kat hujung ayat korang tu.

cth : "kau celaka!" *opsts terlebeh sudah.

korang akan menggambarkan korang sedang kalah, dan dia menang. apa yang oleh korang buat, keluarkan la ayat2 tanya (?) dan buat2 tak faham je walaupon korang faham.

Pemaki : "Seyes khai, aku fedup dengan perangai kau yang macam orang tak da pelajaran ni"

Di maki : "Hah, betul ni? fedup yang macamana wei? tak faham la. boleh jelaskan?"

***********************************************************

KETIGA - selitkan dengan nada/buat lawak sengal2 ubi korang.

Yang ni memang aku selalu praktikkan. buat lawak2 bodo bila kena maki.

Pemaki : "Khai, aku menyampah la kau letak gambar awek kau kat blog. kau ingat kau sorang je ke ada awek?! shit!"

Dimaki : "HAHAHA yeke? nanti aku letak muka mak kau kat blog aku. mesti kau akan cakap best. HAHAHAHA"

note : "Hahahahaha" tu yang penting. tapi jangan buat lawak melampaui batas pulak. makin haru jadiknya nanti.
pandai2 la pikir lawak2 yang sesuai untuk dia.

******************************************************

KEEMPAT - mengiyakan aje apa yang diaorang cakap. dan berterima kasih.

Ini kita guna time dah tak tahu nak cakap apa dah. kadang2 salah kita jugak, so tak guna nak melawan.
mengiyakan lebih baik. baru diaorang diam.

Pemaki : "Wei, saya tengok awak ni selekeh je, belajar taknak, bersukan taknak, ape nak jadi dengan awak ni?"

Dimaki : "Oh, terima kasih sebab sedarkan saya. saya terharu sangat. eh, awak pulak macamne? bila nak belajar?

Tambah la sindiran2 sikit, nak bagi ayat korang tu menusuk kalbu beliau yang mengkritik.
Mana tahu semakin rapat hubungan korang kan. dari kawan jadi kawan baik, dari kawan baik jadi.........

**************************************************

KELIMA - buat2 tak dengar, tahu dan ambik tahu.

Ini cara paling simple untuk menghadapi semua alah ni. buat tak tau dan tak dengar je.
tak pon sumbat dua tiga kapas kat telinga korang. diaorang membebel pon korang tak dengar.

aku dengar bebelan kau, kau sakit hati, aku pon sakit hati. baik takyah dengar.

Anyway, better korang dengar dulu apa yang diaorang nak cakap, mana tahu ada faedahnya korang dengar.

******************************************************

Apa2pon, kritikan tu elok sebenarnya untuk korang, dia menyedarkan apa2 yang kita tak sedar.
kita ni kan mudah lupa diri, bagusla ada yang menyedarkan, tandanya mereka sayang kita. tak gitu?

ada tak sapa2 nak sedarkan aku yang tak sedar diri lagi nih?
fullstop.


p/s: kalau korang perasan, aku tak tulis pon "minta maaf" kat atas. sebab aku rasa sekarang ni, kalau kita mintak maaf pon, sama je, tak ada yang berubah. pendapat?

Malangkah diri aku ini?

 
  
  
  
 
 
 
  
  

****************************************************************
Sesungguhnya, dalam dunia ni tuhan kita memberi bermacam2 dugaan dan cubaan untuk kita. jangan lah kita sesekali berputus asa, dan menganggap diri kita adalah orang paling malang sekali, kerana semalang2 kita, ada diluar sana yang lebih malang, dan lebih tabah menjalani kehidupan mereka. Sesungguhnya, kita adalah insan bertuah di muka bumi ini.
****************************************************************

Kita tengok siapa lagi cepat. Perempuan ke laki?

today joke perempuan dan lelaki khairulanuarazman 
 today joke perempuan dan lelaki khairulanuarazman 
 today joke perempuan dan lelaki khairulanuarazman 
 today joke perempuan dan lelaki khairulanuarazman 
 today joke perempuan dan lelaki khairulanuarazman 
 today joke perempuan dan lelaki khairulanuarazman 
 today joke perempuan dan lelaki khairulanuarazman 
 today joke perempuan dan lelaki khairulanuarazman 
 today joke perempuan dan lelaki khairulanuarazman

****************************************************************
Kesimpulannya, perempuan ke, laki ke, sama je. kalau lambat, lambat jugak. kalau malas, malas jugak.
****************************************************************

Suasana balik kampung masa cuti.

Cuti seminggu, mesti la aku balik rumah. sabtu ahad setiap minggu pon aku balik nie lagi kan cuti seminggu.
entri ni aku nak cerita kan sikit ke"bes"an balik cuti raya cina ni.
persoalan nya, best ke?

Ok, aku balik jumaat, so konfem kena tolak lepas semayang jumaat, lelaki kan.
so, dalam pukul3.30 aku bertolak dari teratak bilik aku tuh, untuk menuju ke rumah.
benda pertama aku buat tunggu bas kat tepi kolej aku, tapi ok la, tak sempat lagi membontot bas dah sampai, kira aku takyah la tunggu lama2. dan terus menuju ke KTM (Kereta api Tanah Melayu).

balik kampung perasaan seronok KTM cuti tahun baru cina
milo free!
Sesampai di KTM, aku nampak kaunter tiket tuh dah macam kaunter bagi milo free dah. punya panjang. time tu la aku membaca semua doa yang ada, jangan la time aku beratur ni KTM sampai. Memang tensi la kalau jadi macam tu. Jadi betul la kata sunbae2 aku, lain kali beli Touch n Go, senang nak balik, tak yah nak beratur.
Punya la ramai kat KTM tu, semua stok nak balik kampong, tunggu 5min, tren pertama sampai, penuh. tak naik. lepas 20minit, tren kedua sampai, penuh jugak, tak naik lagi. Tunggu 30minit, tren lagi sampai. kali nie aku nekad aku nak redah je. lantak la. lelaki ke, perempuan ke, aku redah je. terseksa jiwa aku beb dalam tren.
berhimpit2, dah la sekeliling aku pompuan. aku tak tahu siapa aku peluk, siapa peluk aku dalam tren tu. aku anggap darurat je. tak de feel pon peluk orang dalam tren ni. macam2 bau ada. aku rasa ikan sadin tu lagi bebas dari aku masa dalam tren tu.

balik kampung perasaan seronok KTM cuti tahun baru cina
"mana la tren ni, dari semalam tunggu ni"
Ok la, memang sangat terseksa dalam tren tu. tapi aku tahan jela. dengan karenah abang2 mengorat kakak2 yang ada kat depan aku, dengan orang borak2 kuat2 lagi. memang tension la dalam tren tu.
tapi ada benda best. sepanjang perjalanan aku tu, aku dengar something yang best. ringtone orang. selalunya aku menyumpah kat orang2 ni, macam orang lain tak ada fon je.
tapi, kali ni lain skit. ringtone pertama aku dengar lagu nobody-wonder girl tu, layan kejap.
pastu dengar lagu bad women-ft island, aku layan lagi.
pastu aku dengar lagu sory2-suju, lagi aku layan.
pastu fon aku pulak, lagu cnblue la, wetoriya2~
haha sekarang ni aku kat korea ke? lagu korea je semua.

balik kampung perasaan seronok KTM cuti tahun baru cina

Selepas 45min menyiksa jiwa raga aku, sampai aku kat KL sentral. kat sini la aku terjumpa ramai kawan2 lama aku yang aku lama tak jumpa.
adik angkat aku, kawan sekolah rendah, menengah, 1st love aku.
memang aku sangat terkedu terjumpa si dia, maklum la, time form4 dulu dia la yang ajar aku addmath sampai aku jadi A. dan dia masih comel macam dulu.
tapi konfem da ada balak, so aku pon biar jela perasaan syok sendiri aku ni.

balik kampung perasaan seronok KTM cuti tahun baru cina
hanya gambar hiasan. comey la budak ni.
Then aku sampai ke rumah. sampai terus tido tak sedar diri, magrib ke mana, isyak ke mana, aku qada' je. better dari tinggal je kan.

So, balik kali ni best sebab aku jumpa ramai member2 aku je, sebelum nie balik cuti tak ada pulak jumpa diaorang.
Jadi, perjalanan anda semua best x? share2 la.

sudah!




************************************************
Sory kepada siapa yang saya peluk tu, saya takda niat langsung nak peluk anda
************************************************

Kritik ni bagus ke tak?

Hari ni aku tak tahu lah kenapa. perasaan aku macam panas je bila aku buka blog.
macam ada something kat shoutmix aku, yang wat aku panas hati.
apakah? apa yang ada?
mana tak nya. ada sesetengah individu tu, marah aku sebab aku beri kritikan, bukan nya teruk sangat pon aku kritik. korang bodoh ke, hina ke, jijik ke, baru la aku tak kisah kalau korang nak pegi bunuh aku pon.
nak kata aku over, tak juga, sebab aku kalau kritik orang pon, mesti bertapis.
aku cuma menggunakan perkataan "bosan". sebab hakikatnya memang bosan. takkan aku nak kata "bestnyaaaaa". kalau macamtu macamna nak menjadi lebih baik kalau dah puas hati dengan apa yang ada.?
kalau tak, tak ada la penkritik2 kat AF, kat raja lawak ke. tak ada la bidang pengkritik kat dunia ni.

kritik bagus atau tidak

Ok, aku tau, kerana mulut, badan binasa. sebab apa yang kita cakap boleh jadi satu punca pergaduhan yang besar.
tapi aku nak tanya, bagus tak kritik ni?
sesetengah orang tak suka mengkritik, dan biarkan sahaja, apa nak jadi, jadilah.
kenapa kadang2 kita tidak mengkritik.?
  • - mungkin kawan baik, kang kritik sikit terasa hati.
  • - takut kena marah.
  • - "biarla dia macam tu, tak ada kene mengena dengan hidup aku pon."
Tapi, bagi aku kritik ni 1 benda yang bagus, mungkin aku akan berhenti sekejap kalau dikritik. pastu aku akan senyum balik.
macam blog ukm yang aku buat, ramai je yang kritik. tapi aku ambik sebagai benda positive.
biasa la, bagi aku biar dia kritik sekarang, jangan nanti ramai pula yang mengkritik aku di masa akan datang.
so kalau kita amik perkara tu dengan positive, akan jadi positive lah, kalau tak, tak lah.
semuanya terletak pada pemikiran anda.

kritik bagus atau tidak

So, bagi anda kritikan tu bagus tak? ke lagi bagus kita senyap je dan biarkan mereka di takuk lama?
sudah!





***************************************************
Maaf kepada yang terasa. saya cuma meluahkan perasaan yang saya pendam melalui blog.
***************************************************