macam ada something kat shoutmix aku, yang wat aku panas hati.
apakah? apa yang ada?
mana tak nya. ada sesetengah individu tu, marah aku sebab aku beri kritikan, bukan nya teruk sangat pon aku kritik. korang bodoh ke, hina ke, jijik ke, baru la aku tak kisah kalau korang nak pegi bunuh aku pon.
nak kata aku over, tak juga, sebab aku kalau kritik orang pon, mesti bertapis.
aku cuma menggunakan perkataan "bosan". sebab hakikatnya memang bosan. takkan aku nak kata "bestnyaaaaa". kalau macamtu macamna nak menjadi lebih baik kalau dah puas hati dengan apa yang ada.?
kalau tak, tak ada la penkritik2 kat AF, kat raja lawak ke. tak ada la bidang pengkritik kat dunia ni.
tapi aku nak tanya, bagus tak kritik ni?
sesetengah orang tak suka mengkritik, dan biarkan sahaja, apa nak jadi, jadilah.
kenapa kadang2 kita tidak mengkritik.?
- - mungkin kawan baik, kang kritik sikit terasa hati.
- - takut kena marah.
- - "biarla dia macam tu, tak ada kene mengena dengan hidup aku pon."
macam blog ukm yang aku buat, ramai je yang kritik. tapi aku ambik sebagai benda positive.
biasa la, bagi aku biar dia kritik sekarang, jangan nanti ramai pula yang mengkritik aku di masa akan datang.
so kalau kita amik perkara tu dengan positive, akan jadi positive lah, kalau tak, tak lah.
semuanya terletak pada pemikiran anda.
So, bagi anda kritikan tu bagus tak? ke lagi bagus kita senyap je dan biarkan mereka di takuk lama?
sudah!
***************************************************
Maaf kepada yang terasa. saya cuma meluahkan perasaan yang saya pendam melalui blog.
***************************************************
Sila Mengomen.