Showing posts with label cerita2. Show all posts
Showing posts with label cerita2. Show all posts

Rahsia kanak kanak

berbekalkan sepeket biskut tiger coklat sekuat harimau dan sebungkus nescafe ais yang agak kelat dan pekat, aku meletakkan jari jemari di atas keyboard laptop acer aspire 4315.

ok.

rahsia. aku rasa semua orang dalam dunia ni ada rahsia mereka tersendiri. tak kira tua muda remaja lelaki perempuan pondan pengkid, aku rasa semua ada rahsia mereka sendiri. sesuatu yang mereka simpan daripada pengetahuan orang lain. yelah kalau bagitahu orang lain, namanya tak rahsia la kan? rah sia-sia mungkin.

"kalau kau buat sesuatu tu, kau terus terang je lah. sebab sebenarnya, takde rahsia dalam dunia ni. lambat laun orang akan tahu jugak cuma masa je yang membezakannya. lebih baik kau bagitahu sebelum orang lain tahu sendiri" nasihat mak pada aku satu ketika dulu.

ahhh. aku tahu tu semua propa mak aku je. permainan psikologi . bajet nak gertak gertak aku bagitahu apa yang aku buat. mula mula cakap tak marah kalau bagitahu tapi bila aku bagitahu kemain macam singa jadinya. nasib baik aku ni pesen sayang kat mak, jadi aku biarkan jelah asalkan dia bahagia dan tak lupa untuk masukkan duit jajan aku tiap tiap minggu. kehkeh..

*hirup air nescafe kejap.

haaa pernah dengar rahsia zaman kanak kanak?


cerita ni jadi dua hari lepas, lokasi rumah ku syurgaku dan semestinya bukan rumah orang lain.

masa tu aku tengah syok tengok cerita the voice kat channel 701. ntah apa nama channel tu pon aku lupa. ala realiti show nyanyi nyanyi tu takkan korang taktau? oh aku tengok cerita tu bukan sebab aku nak tengok sape suara sedap ke apa, aku tengok sebab ada cristina aguilera. punya la cun si aguilera tu.


okay cuba teka yang mana satu cristina aguilera? sape jawab yang botak pakai spek mata tu memang aku pikir nak libas dia pakai raket tennis.

tengah syok syok melayan perasaan dihadapan tv bersaiz 39 inci tu, aku terdengar nama aku di panggil bertalu talu. tepat menorobos eardrum aku. eh betul ke eardrum? maklum la aku ni lemah sikit subjek sains.

"abanglong... abanglong...!"

tu tak lain suara adik bongsu aku yang paling gemok tu. ijal namanya. karang kalau aku buat buat tak dengar, terasa macam abang yang tak berguna dan abang yang tak bertanggungjawab menyahut panggilan adik adik pulak. kan? sebelum aku kena cop "abang tiang lampu", baik aku bagi la respon sikit. dengan itu aku segera menyahut.

"amende gila?"

"along... aku ada satu rahsia ni. rahsia besarrrr..."

"besar sangat ke rahsia nya?"

"besarrr sangat. kalau aku bagitahu kau. kau janji jangan gitau orang lain?"

"yelah, amende?"

"janji tak bagitahu orang lain?"

"ye, janji.."

"betul janji?"

"sebelum aku berjanji pakai kaki, baik kau bagitahu je amende".

pergh kalau baca mesti korang ingat aku ni garang kan? jangan risau. aku ni baik je orang nya. sopan santun pulak tu.

"okay aku bagitahu kau, kau jangan bagitahu orang lain. meh dekat sikit aku nak bisik"

aku ni pon sangat la innocent bak kata omputeh. aku ikutkan jela. perlahan lahan aku mendekatkan telinga aku dekat mulut dia. adalah lah lebih kurang setengah inci jaraknya. ni mesti rahsia besar dan kritikal sampai taknak orang lain dengar ni. bisik hati aku.















"sebenarnya... dragon ball ade 7 biji semua nya..."



mencik mencik mencik!

tajuk entry nak gedik je kan?



(bunyik angin kedengaran)

Meon : ah, kami semua tak suka kat kau abu. dari dulu perangai kau tak berubah ubah. dok camtu jugak. kau ingat kau sapa nak buat perangai pulak???!
Abu  : weh, aku cuba jadi diri aku sendiri meon, buatpe nak jadi plastik jadi orang lain??!

ujar abu tegas. ya, nama watak utama dalam cerita mengarut guwa kali ni adalah abu. abu bin abun. orang gelar dia abu-orang-semua-tak-suka. semua orang tak suka dia. tak suka dengan perangai dia yang kerek dan poyo tu. hatuihh!

Abu : tak baik membenci orang meon, kita kan sesama manusia, rasulullah dulu lagi banyak musuh, tak pon baginda membenci musuh musuh dia, ni lagikan kita umatnya meon...
Meon : ah! tu rasul. ni manusia biasa abu. ada sifat suka dengan tak suka, tapi aku betul2 meluat dengan perangai kau! pentingkan diri sendiri!
Abu : dah la abu! aku tetap dengan diri aku. aku pelik napa manusia sekarang ni suka benci sesama manusia. sesama manusia pon nak benci benci. blah la kau!

abu segera meninggalkan meon. semakin lama melangkah, semakin jauh meon dari pandangan. semakin hilang. hubungan akrab mereka dulu turut hilang bersama jejak abu. kalau dulu, kemana mana berdua bersama. makan sama, pergi kelas sama, tak lupa juga berkongsi masalah bersama. you jump i jump. you eat i eat you punya makanan.

tapi tu semua dulu.

jalan punya jalan, abu sampai di hadapan biliknya, dia ambil kunci biliknya di poket. dia perlahan lahan buka, mukanya murung. dia terus melandingkan badannya dia atas katil. pening dia memikirkan masalah ni. tangan nya diletakkan diatas dahi. berkerut.

"kenapa manusia sekarang ni macamni? suka benci sesama sendiri? kita kan sama manusia? why why why?"


ronta abu keseorangan. dia masih tidak berpuas hati dengan sikap meon. dengan apa yang meon sudah luahkan. dia keliru, konfius. dia tak tahu apa yang patot dia lakukan. dia keliru dengan dunia sekarang yang penuh dengan onak duri dan jalan berliku.

lantas abu buka laptopnya, ingin dia meluahkan perasaan nya di fesbuk. otaknya bermain main ayat yang ingin dia tulis di wall nya sendiri. biasala orang sekarang semua luah perasaan kan fesbuk kan?

tapi,

tiba tiba sesudah dia buka fesbuk, di news feeds, dia ternampak sesuatu yang tidak sedap matanya memandang. dia mengerutkan dahi nya 3,4 lapis. semakin lama semakin berkerut.

jeng!

24:7 - group k-pop malaysia yang menjadi pilihan para gadis gadis di malaysia waktu kini, dan selamanya


hati abu panas. panas melihat apa yang dilihatnya.


"pergh bodoh nya la makhluk ni. perasan korea pulak. mamat korea tu putih, ni muka cam orang asli pendalaman kampung melayu pon ade hati nak jadi k-pop. hatuih! benci betul aku dengan orang camni. bodoh betul. benci la bodoh!"




tu la manusia sekarang. cakap je pandai. words speak louder than actions.



English?

english? kejadah apa english ni? penting ke? perlu ke kita tau dan belajar tentang english ni? takde bahasa lain ke? kenapa tak cakap melayu je? baru jiwa bangsa sikit. why why why?

"penting la, untuk kita memahami bahasa orang, lagi pon nanti kalau nak pegi overseas ke, nak pegi melancong ke, kita boleh comunicate dengan diaorang. mudah. takkan pegi US nak cakap melayu kot. beragak la. mesti nak kena cakap omputeh."


yeke? pandai pandai je korang ni. tau sikit sikit sudah la. tak yah nak tau sangat. bukan nak kawen dengan mat salleh pon. kalau pegi overseas tu bawak la kamus 24 jam. taktau nak beli hotdog bukak kamus. kan senang.

"takleh. bahasa omputeh ni kadang2 takleh ikut kamus. kadang kadang lain makne nya. kita kena belajar jugak english ni, baru leh faham apa yang inianwarhadi cakap".

ye?

ok, kita try translate.

kalau kita translate omputeh ke bahasa melayu.
Hardware: barang keras
Software: barang lembut
Joystick: batang bahagia
Plug and Play: cucuk dan main
Port: lubang
Server: pelayan
Client: pelanggan

contoh ayat omputeh
That server gives a plug and play service to the clients using either hardware or software joystick. The joystick goes into the port of the client.





dalam bahasa melayu.
Pelayan itu memberi pelanggannya layanan cucuk dan main dengan mempergunakan batang bahagia jenis keras atau lembut. Batang bahagia itu dimasukkan ke dalam lubang pelanggan.



ermmm okay. itulah pentingnya English Education.




Perempuan tu kadang kadang sangat komplikated.

kadang kadang aku pelik dengan sesetengah manusia ni. aku bukan apa, lately, aku tengok banyak sangat kes macam "kasut crocs kalimah Allah", "putrajaya dan penubuhan malaysia agenda illuminati", yang terbaru pulak kes baju graduasi universiti nak disamakan dengan pakaian paderi yahudi. aku bukan tak percaya benda tu, illuminati memang la ade, cuma kadang2 rakyat Malaysia (orang melayu) ni suka amik bulat bulat apa yang dia baca, telan terus takde kunyah kunyah. kalau makan pon kalau tak kunyah tercekik. alahai. aku nak kutuk melayu sangat pon tak guna jugak, sebab aku melayu. or memang iman aku tak sekuat orang orang yang "paranoid" tu. erm ntahla.


sebab bagi aku nak takut illuminati tu kenapa? macam la apa yang terjadi kat dunia semua ni dibawah kuasa yahudi. semuanya dibawah kuasa yang MAHA kuasa rasanya. dah la. malas aku nak celoteh panjang panjang bab tu. sebab aku rasa baik ustaz or alim ulamak je yang mengulas. kan? lagipon aku bukan jenis curi trafik dengan tajuk entry yang murah macam tu. hihi.

******************************

perempuan? ye. bagi aku kaum sangat pelik or kata lain dia komplikated. sekejap nak ni, kejap taknak. kejap nak tu, kejap taknak. mak aih. pening kepala aku. yang mana satu dia nak pon aku taktau. ni aku bagi example kecik je.

sabtu lepas aku balik rumah. yela, mak aku dah merajuk rajuk sebab aku dah lama tak balik. sampai aku kol pon dia buat suara tacing je. takleh. aku dah dengar sore mak aku lain macam aku terus balik. well, mak. 1000 tahun aku hidup kat muka bumi ni pon tu jela satu satunya mak kandung aku. so kalau dia dah merajuk memang aku tak dapat buat ape. kang aku tak dapat duit belanja, aku nak makan apa?

so macam biasa la, sampai rumah, rilek2, tengok tibi, makan apa yang ada kat rumah. hidup kat rumah memang bez, sebab aku tak penah pikir nak studi kat rumah. eh? kat kolej pon tak pikir jugak, melainkan esok nak exam, malam tu baru kelam kabut. memang stok buat kerja last minit punya. kalau aku studi awal awal ni memang member kata macam ni.

"buang tebiat nak mampus ape khai?"


malam tu, aku tengok adik aku yang perempuan ni dok berkepit dengan henset dia. bukan main lagi, ibarat menunggu suami call mengatakan dia selamat dari berperang. muka mengharapkan sesuatu datang.

"iya, kau mesej dengan bf ke? macam mati laki je kau ni"

"takde la. mesej kawan la. mana ade bofren"

kawan? takde nya kalau mesej kawan sampai buat muka mengharap macam tu. kan? tipu ahh. nak tipu aku memang tak dapat la.

"long, kau kata kau dokter cinta kan? aku nak tanya ni"

"ape dia?"

"macamana kita nak tau yang laki ni suka kat kita?"

"laki ni simple je. kalau dia suka, dia cakap je dia suka. kalau dia cakap dia suka kau tu. dia suka la kot. mana aku tau. laki yang mesej dengan kau ni ke?"

"aah. dia kata dia suka aku. dah setengah jam aku tunggu dia reply mesej aku, tak reply reply pon."

"kau suka dia tak?"

"taklah. aku anggap dia kawan je. kawan je ok"

"kalau kawan kenapa kau menharap sangat dia reply mesej kau? rilek sudah"

"aku dengan dia kawan je ok!"


tut tut. henset dia bunyik. muka dia berubah terus. tersenyum lebar. macam dapat iphone 4 free. dia angkat kaki, gerak terus masuk bilik dengan ghairahnya.


ok, laki tu dah reply mesej dia kot.



p/s : dah suka cakap jela. nak tipu aku konon.

awek memang tak suka pakwe bagi awek lain nombor pakwe ke?

fuh, lama rasanya tak update. busy dengan exam. tapi tak busy pulak tengok cerita korea (personal taste, best wooo).
orang kata kalau lama tak update blog apa yer? blog berhabuk ea? aku dah try kaji2 walaupon aku lama tak update, lappy aku tak berhabuk pon, bersih je. blog pon camtu. aku pon tak tau kenapa istilah berhabuk tu digunakan.
tapi aku nak guna jugak.
BLOG AKU DAH BERHABUK DAH NI.

*****************************************

entry ni mungkin akan menggugat keimanan seorang insan bernama awek. pergh, macam dasyat kan?
ah, takde maknenya. korang macam tak tau pulak entry2 kat blog aku ni kan.

tapi betul jugak, merujuk tajuk diatas, apa pendapat korang? khususnya orang2 yang dah ada pasangan ni?
korang memang tak suka bf/gf korang bagi nombor kat orang lain ek?
mesti korang ingat nak ngorat la, nak mengayat la.

aku bukan apa, aku nak story kisah aku dulu, time2 kegemilangan aku (maksudnya time ada awek la).
gf aku mesti merajuk kalau ada orang perempuan mintak nombor aku, then aku bagi.
muncung bukan main, majuk. gedik.

tapi sebelum aku start story, sila highlightkan perkataan dulu tu ye.
ni dulu, sekarang aku siap tubuhkan lagi geng2 muka tak laku kat facebook. betapa tak laku nya aku.


sapa nak join meh la kita meramaikan majlis. wakaka.

**************************************************

story macam ni.

ada perempuan aku tak kenal mintak nombor kat aku, takpela, aku kasi je no aku.

then aku punya bangga aku story kat awek aku.

"anda, tadikan ada orang mintak nombor kat abang. abang rasa sebaya2 abang je kot. cantik pulak tu"

dia reply spontan jer.

"oh, kawan abang ke? siapa?"

"bukan kawan la. entah, abang pon tak kenal. tapi abang bagi jela nombor abang."

dia dah start buat muka dah.

"abang tak kenal pon abang bagi nombor? nape? nak mengayat dia pulak ke? tak cukup sorang?"

"boleh jugak kalau dia nak ngorat, cantik jugak orangnya"

pastu pertengkaran yang besar berlaku, masing nak betul.
aku memang macamtu, kalau aku dah cakap, mesti aku nak menang. tapi memang betul apa, salah ke aku bagi nombor kat perempuan tu? yang gf nak marah tak tentu pasal kenapa?
tak faham sungguh aku.


then, baik2 kitaorang nak pegi makan, dia taknak makan pulak. majuk.

"dah, tak selera la nak makan, baik saya balik. awak makan la sorang2."

dia terus je balik. meninggalkan aku sengsorang. dah la perut lapar. then tak beberapa minit aku mesej dia.

"salah ke abang bagi nombor kat dia?"

"SALAH. kenapa abang nak bagi nombor kat dia walaupon abang tak kenal. murah sangat abang ni. senang sangat bagi nombor kat orang."

*
*
*
*
*
*
*

"apanya yang murah ni? dah tu dia kata topup rm10 yang kad punya dah takde. habis. tinggal yang masuk direct je. dah dia mintak nombor, abang bagi la. kata nak topup. kang tak bagi macamna nak topup sayang oi?"

hah, salah ke aku bagi nombor kat perempuan tu? tak salah kan?
sapa kata aku bersalah sebab bagi nombor kat perempuan lain? sapa kata salah sila angkat tangan.
tapi aku tau awek aku dah terkena dah.tapi aku tak tau la dia mara ke tak aku kenakan dia.
well, cemburu tanda sayang beb. sape yang tak sayang bf. kan3.



"abg, lapar la. jom makan. heheh"




p/s : aku lagi suka pakai kad kalau nak topup. senang dan puas hati. tapi direct punya pon ok jugak. cuma aku memang bengang la kalau tak masuk2. sebab kadang2 memang lambat masuk topup tu.

kepada orang yang membahasakan diri mereka gua.

Sekarang aku bosan, tak tau nak buat apa. baru teringat esok ada exam, takpe. chess je kot. pergh. macamla chess tu senang.
yang tag tu nanti aku buat ea. nak pikir idea apa nak buat tag tu. sory kepada semua yang bagi tag. dunt woli, nanti aku buat kalau ada masa.

************************************************

Semenjak dua menjak ni banyak rakan2 blog aku dah tukar cara panggil diri sendiri. sebelum ni kau aku, sekarang dah gua lu. tapi aku tak kesah. aku ok je mana2 pon. yang penting semua happy dalam berblogging.
ni mesti pengaruh cerita adnan sempit. aku konfem derr..


Tiba2, bila pikir bab2 "gua lu" ni aku ingat story zaman budak2 sekolah aku dulu. dulu2 ada gak kawan2 aku yang bahasakan diri gua lu je. tak reti nak guna saya awak, kau aku ke. kecuali dengan cikgu. memang la nak kena libas dengan kerusi kalau panggil cikgu macamtu.
sampai kadang2 aku terasa takut nak cakap dengan dia.

"gua rasa lu patut pegi makan la brader"

tengok, suh gi makan je tapi bunyik dah kasar. nasib dia kawan baik aku, kira aku assume je dia cakap macamni.

"saya rasa awak patut pegi makan la khai."

ha, kan sedap sikit telinga aku dengar. ok, back to story. aku nak cerita bab aku kenakan dia. aku pon tak tau la idea jahat aku ni datang dari mana. dari teka teki udak2 kot.

story dia macam ni.

"weh, jom teman gua pegi tandas. pastu kita lepak berejam kat tandas. bosan dowh cikgu ni ajar. jom ar teman gua."

aku pon ok je. nak ponteng kelas nye pasal. memang bosan pon duk kelas, bek aku lepak tandas. tak buat apa pon. duk depan tandas tu tengok orang lalu lalang.
sesampai tandas, apa lagi, bercerita/mengumpat dan seada dengannya la.
then aku tergerak hati nak tanya dia.

"kau ni memang suka cakap gua lu ea? dah terbiasa ke apa?"

"ala lu ni, lu ingat orang yang cakap gua lu ni jahat2 ke? saja je gua cakap camni. kepuasan."

aku senyum je. pastu aku bagi dia teka teki bodo.

"kau nak dengar teka teki aku tak? kau jawab je la ea. pada zaman dulu, ada satu kerajaan yang sangat besar. ada raja, ada rakyat. tapi tempat dalam negara tu banyak yang tak explore lagi. so, pada suatu masa, raja tu plan nak gi ronda2 tengok negara dia. jalan punya jalan, dia tiba kat satu hutan. jalan2 dalam hutan tu. terjumpa lah dia satu gua yang sangat besar."


"bukan main teruja lagi dia. lepas tu dia masuk la dalam gua tu, mana la tau ada harta karun ke, ape ke. terkejut gila bila dia tengok, banyak gila babi dalam gua tu. bukan sekor dua ekor. tapi beratus2 ekor. tiba2 bendahara raja tu cakap kat raja tu. 'tuanku, kita perlu namakan gua ni'. kalau kau jadi raja, apa nama kau nak bagi tuk gua ni.?"

*
*
*
*
*
*
*
*

"gua babi la"

pastu aku pon buat mata terbeliak, buat2 macam tak faham. dengan sekuat hati aku cakap.

"hah? kau babi?!"

dia pelik, buat muka innocent.

"yela, tadi kau kata gua babi. kau cakap kau babi la kan"

*
*
*
*

dia pon angkat kaki, bla dengan hati yang bengkek dan kembali ke kelas tanpa ajak aku.
bro, 1-0!



p/s : wakaka, aku tak kesah pon korang nak bahasakan diri korang apa weh dengan aku. gua lu ke, apa ke. asalkan aku faham sudah.






Cerita kawan baik

malam ni menyempatkan diri untuk mengupdate blog. walaupon kalkulus atas pagar tak study pape.
tapi dah rindu macamna kan?

"baik kau takyah buat blog, nanti kau addicted macam aku, study pon tak"  kawan aku cakap.

sekarang ni memang dah kena penyakit tu, nasib baik penyakit ni tak boleh bawak maut.
kalau tak arwah dah aku.

************************************************************

hari ni aku nak story tentang kawan baik. kawan baik dalam kamus hidup aku, kawan yang baik dengan kita *punya senang.
kawan baik ni sinonim jelah dengan sahabat. orang yang kita boleh percaya, yang kita buat benda jahat, jahat, jahat dan baik semua dengan dia.
u jump, i jump also bak kata omputeh.

bak kata orang, kawan biar beribu, bercinta biar seribu satu. tapi dalam ribuan kawan2 aku, aku ada 2 orang je kawan baik. yang kira rapat gila babeng la.

aku pelik, korang perasan tak kalau selalunya kawan baik mesti bertiga termasuk korang?
kebanyakkan la, kalau berempat pon, mesti sorang tu kurang rapat, dan yang tiga tu macam gam?
senang cerita kat mana2 aku servey pon mesti 3 orang jugak. korang macamna?

ok, hari ni nak cerita sorang je, yang lagi sorang tu aku buat kat edisi kedua pulak.
boleh kan?
sebelum nak start cerita, nak lebeh afdhol, baik aku show gambar dia dulu. nah, amik kau!

aku tau kau akan marah aku upload gambar ni, ah, peduli apa aku.blog aku.
sebab ni la gambar yang paling tak hensem yang aku ada. saja nak jatuhkan market kau. =.='

Nama dia ibrahim manaf. aku panggil dia aim je, tapi sekarang dia dah gedik sikit, nak suruh panggil dia naim. mungkin sebab malu kot nama dia macam bangla jual kapet (yang nama ibrahim jangan mara aaaaeee).
sory der, aku akan tetap panggil kau aim sampai kau mampus.

aim ni sama je gila otak nya macam aku. eh, bukan gila, tapi gila-gila. lain kan?
suka buat perkara2 tak berfaedah dengan dia. tapi bak kata dia, sengal2 dia sengal lagi aku.
haha "aku memang sengal" menjerit dengan riak dan bangga.

 
 gila ke tak gila baring2 atas jalan ni?

aku dengan dia ni dah macam gam. asal cuti je, dia la orang pertama aku ajak keluar sebelum ajak skandal2.
mak bapak dia pon dah macam mak bapak aku. aku masuk rumah dia pon rilek je pegi dapur cedok nasik. selambe tak selambe?
ah, dia pon lebeh kurang je. memang tak malu datang umah aku nak makan, mentang2 umah aku banyak makanan kan aim?

takpa, mak aku masak memang untuk kau makan (kau faham kan ayat perli aku ni?)

Aku kenal dia dari aku darjah 4 ke darjah 5. aku pon ingat2 lupa. tapi agak kelaka jugak la bila aku pikirkan balik. story dia macam ni.


dulu aku suka lepak sisi main game emulator king. best gila game tu dulu.
tiba2, ada budak sebaya2 aku jugak duk sebelah kata nak pinjam singgit.

"nak pinjam singgit, nanti aku pulang"

hah, yang meminjam tu dia la, bukan aku. sebab aku tengok dia macam gangster dulu, aku bagi je. singgit je pon.
tapi harapan aku tinggi jugak untuk dia pulangkan balik.

susah jugak jadi ceti ni, nak mintak hutang. lagi2 dia masa tu bukan 1 sekolah dengan aku, sekolah sebelah. tapi selalu terserempak dengan dia.
setiap kali aku terserempak dengan dia, dia lari, takmo bayar hutang aku. kuang ajaq. tapi aku kejar.
tapi sebab main lari2 selalu la aku boleh rapat dengan dia. sampai sekarang.

****************************************************

kalau ada dia, memang takkan duduk rumah. mesti berjalan merayau tak tentu hala.
dari form 3 sampai sekarang, rapidKL tu dah jadi rumah kedua kitaorang. aku rasa rumah pon tempat tuk aku tido je.
mana taknya. dulu rapidKL, 1 tiket boleh guna 1 hari. memang syok. so memang lepak jela dalam bas tu sepanjang hari. dan dalam rapidKL jugak la aku kenal lagi sorang kawan baik aku, annisa namanya. bab annisa tu edisi kedua aku cerita.


bukan nye buat apa pon dalam bas, mengusha awek je. padahal masa tu awek dah keliling pinggang. biasala, budak pramatang.
nak story pasal awek, banyak sangat story. kalau nak cerita satu-satu sok pon tak abis menaip.

tapi yang paling nakal, masa lepas SPM, masa kitaorang berjinak2 nak keje kat KFC.
aku dan dia abis je SPM, 2 hari lepas tu dah cari kerja. jumpa2 KFC kat Raja Laut, chowkit tu.
nak keje KFC bukan senang, kena gi enjek, kena pegi kursus bagai.

masa gi kursus KFC la story awek ni bermula. dalam kursus tu, benda pertama kitaorang cari, awek. bagi aku masa tu takda sapa pon yang cun boleh aku tackle. tapi dalam banyak2 yang tak cantik tu, ada la yang sedap mata memandang.
so, dengan beraninya aim mencabar aku.

"weh, jom kita tengok sapa leh ngorat dia, amacam?"

dah jadi sifat semulajadi lelaki, pantang dicabar. aku on je.
macam cerita biasa, lelaki mintak no. aku tak der nye nak mintak nombor pompuan.
aku jeling2 sikit, borak2 sikit. last2 dia mintak no aku ye. tak caya tanya aim, betapa keciwa nya dia time tu.
dalam 2 minggu je kot perempuan tu cair. hebat tak?

to aim : "sory der, kau memang takleh lawan aku bab2 awek ni. hahahahaha!"


tapi tu dulu, sekarang dah pencen jadi buaya ni semua.
sekarang memasing dah insaf, aim pon ada sorang je awek, aku? jangan ditanya. han ye seul jela awek aku. sedih tak?

*************************************************

apapon, dia la kawan baik aku dunia akhirat, yang aku percaya dia takkan tikam belakang aku punya.
sekurang2nya kalau aku nak buat jahat ada teman. kan?
bukan senang nak cari kawan baik. ada sesetengah tu, kawan baik gila, kemana2 bersama tapi belakang kita dia mengumpat kita, kutuk2 kita.
aku dah banyak sangat dah rasa benda tu.


so, ada sape2 nak berkenalan dengan dia pegi la blog dia sendiri.
tapi nak ngorat takleh la.
kang tak pasal2 awek dia libas korang pakai penyapu.
aku tak tanggung.



p/s : banyak sangat kalau nak bercerita pasal aktiviti jahat aku dengan dia ni. tiba2 terasa diri aku ni banyak dosa pulak. khai, bila kau nak insaf?

Gambar ratu cantik berseluar dalam. hot gila! 18sx.









Taraaaaa!



Penulisan Kreatif : Khas buat newbie dari ben ashaari

Ditengah malam ni singgah blog abang Benjul Ben Ashaari, aku ternampak satu perkataan yang memang khas untuk aku, NEWBIE (well aku kan newbie).
so, kalau korang terjah blog beliau disini, korang tahu lah apa yang kena buat.
kita kena buat satu cerita berdasarkan gambar yang diberi, tidak lebih dari 100 patah perkataan mengikut kretiviti masing2.

******************************************

susah sebenarnya nak buat, lama jugak perah apa la yang aku nak cerita.
lagi 100 perkataan je, sebab story2 aku sebelum ni memang panjang berjela.

"aku malas baca blog kau khai, panjang nak mampus." kata kawan aku.

sory la, aku ni kalau dah bercerita memang tak ingat dunia.mau lepak dengan aku, 2-3 jam tak da hal hal berborak.
tapi takpa, bak kata abang Ben, "setiap barang kecil itu ada nilainya .. kena kreatif ..." so ini jela yang mampu aku buat. (abang ben, terima jela yer..)

***********************************************

Tajuk story : Ben Ashaari.
lokasi : satu tempat yang Ben Ashaari tak tahu.

Alkisah seorang lelaki hensem bernama Ben Ashaari berjalan nak menunggu bas. Ni 1st time dia naik bas, tu pon lepas tayar GT-R nissan skyline dia pancit. kalau tak, takda nya nak naik bas, tak machola.
lepas 5min berjalan, nampakla dia pondok bas, dan dia pon rilek je lepak tunggu bas kat situ.

5min tunggu, bas tak sampai2. Ben ok lagi, xpe, fon dia ada game snake (game favorite beliau). dia main la sambil2 tunggu bas.
lepas 30min, ben tahan sabar lagi, walaupon dah nak abis bateri dia main game. sabar2, biasa la naik bas, kena la tunggu sikit.
dah 1 jam lebeh tunggu, bateri fon pon dah kong bas tak sampai2, memang hangin brader Ben.

Tiba2 ada pakcik menjerit kearah Ben.

"Nak, tunggu bas ke?"

Ben angguk.

"Nak, masuk kamu ni dah 37 orang dah tunggu bas kat sini. ni pondok umah pakcik, bukan pondok bas. saje je buat pondok tepi jalan ni nak tengok kete lalu lalang takdela panas."

Ben : @#%%#%%$^@$!

jumlah perkataan : 139 
(tu pon lepas aku mendelete
nak seratuspatah dah. tapi alamatnya
terlebih jugak. mintak ampun la yer.

***********************************************

Benda ni berlaku kat aku sebenarnya, masa aku belajo kat matrik dulu. maklum la tak pandai guna bas kat situ. kat KL ni senang je nak naik bas lagi2 rapidKL. betul tak?
ok, masa kejadian aku auting sorang2, aku main redah jela nak naik bas kat mana bagai.
last2, aku tunggu la kat satu tempat yang macam pondok bas, lama gak aku tungu, nak sejam lebih. last2, tu pondok orang, bukan pondok bas. pakcik depan umah tu siap cakap lagi camni.

"pakcik dah perasan dah dari tadi kau nak tunggu bas. tapi pakcik malas cakap. kau pon taknak tanya."

kuang ajau punya pakcik. 


p/s : moral of story, jangan berlagak pandai. tak bertanya sesat jalan beb.


Lucah sangat ke si wanita gila itu?

Peningnya kepala aku hari ni, tak tau kenapa. rasa macam nak pecah je.
tang2 nak exam ni la macam2 penyakit datang, penyakit demam, batuk2, pening2.
yang paling besau penyakit malas.

kalau aku pegi jumpa doktor semata2 nak mintak ubat penyakit malas, memang dan konfem2 free2 aku dapat tapak kasut.
tak kat muka kat mulut.

Tiba2 aku teringat cerita lawak bodoh+lucah kawan aku. bodo2 jugak la cerita dia.
memang boleh menghepykan jiwa yang duka dan lara.
sapa2 tengah sedih tu, baca la ye..

************************************************

Tersebut kisah di sebuah kampung, tayibbb... ada seorang perempuan, timah namanya (hanya rekaan). pergh. nak cakap dia ni memang cun gila. body pon cantik.
nak compare kalah era fazira. kalah siti. han ye seul? mesti la han ye seul menang bro.
tapi nak kira memang menjadi wajah idaman setiap jejaka di kampung la.

Tapi sayang der, dia ni gila. nama sendiri pon kadang2 dia lupa.

So, pada suatu hari, mak si timah suruh timah ke kedai pak mat tempe. kedai pak mat tempe tu tak jauh pon, dekat je.
kalau jauh konfem mak dia tak suruh. kang alih2 sampai london dia jalan.

"timah, kau pegi kedai pakmat kejap, belikan mak kelapa sebijik. ni mak nak masak ni. ambik duit atas meja tu pegi beli."

Timah ambik duit, terus chow pegi beli kelapa kedai patmat. sesampai kedai pakmat, dia pon kata la kat pakmat.

"pak su, nak kelapa sebijik......"

"weh timah, aku dah bape kali cakap nama aku pakmat, bukan paksu. paksu tu bapak kau, dah lama mati. faham?!"

timah gedik2 je senyum. tak de respon lisan pon.

"hah timah, hari ni aku buat offer, kalau kau panjat pokok kelapa depan kedai ni, aku bagi 10 kelapa free kat kau. amacam? ada bran ke timah?"

timah dengar je benda tu, terus panjat. dia tak pikir apa dah. dengar benda free je, tanpa pikir panjang, dia panjat.
maklum la, timah kan gila.


dia berjaya panjat pokok kelapa tersebut.
gila2 dia pon lepas la jugak panjat. bukan main suka lagi dia dapat 10 bijik kelapa free. dengan membawa 10 biji kelapa yang penuh ditangan, timah cepat2 balik rumah nak menceritakan yang dia dapat kelapa free dari pakmat. setelah dia bersusah payah panjat pokok kelapa.

sesampai di rumah.

"mak, tengok ni, apa kat tangan timah.! tengok la mak..."

"mak ai, banyak nye kelapa kau bawak. mana kau dapat ni? kau curi ye timah?"

"mana ada la mak, ini usaha timah sendiri tau. pak mat bagi, selepas timah bersusah payah."

"apa yang kau susahkan tu timah oi"

"yela, pakmat buat offer kat timah, dia kata kalau timah dapat panjat pokok kelapa depan kedai dia tu, dia bagi 10 kelapa ni kat timah. timah panjatla."

mak nya tepuk dahi. siap berkerut2 lagi.

"ya Allah, timah oi. pak mat kau tu saja nak mengusha spender kau ni. kan kau pakai kain. sah2 la kalau kau panjat pokok tu dia boleh tengok dari bawah. open sangat timah oi....."

timah tersenyum. dan kemudian dia gelak.

"fuh, nasib baik mak.."

"ape yang nasib baik nye?"

*
*
*
*
"nasib baik timah tak pakai spender.."




p/s : pompuan kampung dulu pakai kain tiap2 hari, mana pakai jeans.kesian kat timah, jahat betul pakmat kan?