Showing posts with label lawak. Show all posts
Showing posts with label lawak. Show all posts

lucah jugak cikgu aku ni. siri 3.

assalamualaikum, ada orang?

dah lama rasanya blog ini ditinggalkan tuannya. dah berhabuk tak update. follower pon tak naik naik. viewer pon dah larik. password pon 2,3 kali letak, asyik salah, tu tak termasuk terlupa email yang mana satu nak letak. ish sapa lah tuannya yang tak bertanggungjawab ni? mesti hensem. kan?

today, atau dalam kamus bahasa melayu, hari ni, guwa nak sambung stori mori pasal cerita malam pertama cikgu kemahiran hidup guwa, yang lama guwa postpone. tapi sila baca siri 1 dan siri 2 dulu. kang sepatah haram luorang tak faham.


Dalam dunia penyu.


lalu penyu hitam menjawab.

"nampak, saya boleh bagitau cik adik dimana penyu hijau, tapi ada satu syarat. tapi cik adik serius nak tau ni? serius nak tau?"

"mestila nak tau"

"betul betul nak tau?"
"yelaaaa"


"kalau nak tau, satu round dengan saya" kata si penyu hitam.


si penyu betina (hijau) serba salah. kalau nak tau kena satu round, berbaloi ke tak berbaloi tu? mentang mentang la time musim mengawan kan. semua nak ajak mengawan. dia semakin runsing. hati ingin setia pada sang suami, tapi apakan daya, keadaan memaksa. dan penyu betina tersebut akhirnya bersetuju.

dan mereka pon melakukan perkara terlarang itu tanpa segan silu.

sesudah melakukan perkara perkara tersebut, si penyu hitam menunaikan perkara yang dijanjikannya, iaitu memberi tau dimana si penyu hijau (suami) berada.

"tadi saya nampak dia di hujung pulau sana, awak pergi la cari dia kat sana. mana tau kot kot ada" kata si penyu hitam sambil menunjuk dimana arah pulau tersebut.

jauh. bisik hati si penyu betina. tapi demi kasih kasang dan cintanya, dia menyeberangi lautan semua dan menuju ke pulau yang ditunjukkan, dengan daya ketahanan mental yang kuat, dia berjaya sampai ke pulau itu.

malangnya, dia tak jumpa pon suami dia kat situ. puas dia keliling pulau, korek tanah, menjerit jerit panggil suami dia. tak jumpa, tetap tak menyahut. oh pakai handfon?

oh mana suami aku ni?


dia pikir sejenak. tak, dia sedar yang dia hanya penyu, mana leh pakai handfon. dia menangis. dikala tengah syok menangis sambil menyanyikan lagu "mengapa kau tinggalkan aku syaiton?", seekor penyu jantan berwarna kuning menghampirinya, dan tanpa melepaskan peluang dia bertanya.

"mengapa cik adik menangis kesepian disini?"

"saya mencari suami saya yang hilang, si penyu hijau. saya rindu dia. encik ada nampak dia tak?"

"oh, saya tahu dimana dia sekarang"

"dimana?"

"saya boleh bagitau cik adik dimana penyu hijau, tapi ada satu syarat. tapi cik adik serius nak tau ni? serius nak tau?"

"mestila nak tau"

"betul betul nak tau?"

"yelaaaa"

"kalau nak tau, satu round dengan saya". kata si penyu kuning.

cis, kena satu round lagi. bisik penyu betina. dia masih merasa serba salah. tapi nak buat camna, musim mengawan, keadaan memaksa. fikirnya, suaminya mesti memahami. jadi dia pon setuju dan mereka pon melakukan perkara perkara mengawan tersebut sehingga selesai.

"haaa tadi saya nampak suami awak kat pulau pinang sebatang, jauh nun sana. haaa awak cuba la cari dia kat sana"


tanpa mengeluh, si penyu betina tadi pon berenang berenang menuju destinasi berikutnya. tapi perkara sama yang berlaku. suaminya tetap takde. hati si penyu betina mula panas, ntah ntah dia kena prank. cilakak betul. bisiknya.

dia kembali menangis, dan meraung. "mana suami aku??!" disebutnya berulang kali. tiba tiba datang seekor penyu jantan berwarna biru pula, dan bertanya padanya.

"kenapa menangis ni? tak comel la muka menangis. hikhik"

"saya mencari suami saya yang hilang, si penyu hijau. saya rindu dia. encik ada nampak dia tak?"

"oh, saya tahu dimana dia sekarang"

"dimana?"

"saya boleh bagitau cik adik dimana penyu hijau, tapi ada satu syarat. tapi cik adik serius nak tau ni? serius nak tau?"

"mestila nak tau"

"betul betul nak tau?"

"yelaaaa"

"kalau nak tau, satu round dengan saya". kata si penyu biru.


sekali lagi dia bersetuju. dia semakin malas nak fikir. dia redha dengan ketentuan illahi. dia lakukannya sehingga selesai. dan akhirnya, penyu biru tersebut berjaya menemukan penyu betina hijau dengan suami nya yang tercinta. tapi, akan tiba tiba........


penyu betina hijau itu bertelur.


Kembali kepada dunia sebenar, di dalam kelas.

(cikgu)
"haaa korang semua faham cerita yang cikgu cerita ni, sekarang cikgu nak tanya satu soalan, apa kaler telur penyu tu?"

semua budak dalam kelas guwa jawab macam macam. biru la, kuning la, warna biru laut, biru sungai, warna pelangi, semua kitaorang tibai. tapi tetap salah. cikgu dari tadi dok menggeleng kepala je.

"taktau la cikgu, kami surrender."

"cikgu boleh bagitau tapi dengan satu syarat. tapi korang serius nak tau ni? serius nak tau?"

"mestila nak tau"

"betul betul nak tau?"

"yelaaaa"

"kalau nak tau, satu round dengan saya". kata cikgu.




cis patotla dia kata ni cerita untuk malam pertama. hampeh punya cikgu.



kes tak tahu nak jawab apa : jawapan jawapan yang akan digoreng time exam.

alhamdulillah. akhirnya selesai sudah exam aku untuk sem 3. oh, sekejap je dah abis sem 3, pejam celik pejam celik dah habis. tak lama lagi dah kerja, cari awek, tunang, kawen, buat anak, ade anak, ade cucu. cis, itu pon kalau panjang umor la kan. insyaAllah.

exam? jangan la korang tanya ok ke tak. memang mintak pelempang sorang sorang kalau ingatkan aku tentang exam. haha aku bukan ape, memang teramat tension nak pikir pasal exam. susah yang amat, kalau ade masa 2 jam untuk jawab exam, haaah, memang 15 minit je jawab, selebihnya dok termenung tengok orang sebelah, kiri, kanan, asyik dok berdoa dapat la klu-klu sikit nak goreng apa kat paper tuh. tapi apekan daya. guwa baik, guwa tak meniru. aicehh.

so, entry kali ini akan dipenuhi dengan gambar gambar peng"goreng"an manusia manusia yang sama spesis dengan aku. yang tak tau nak jawab ape. alahai.





























sumber gambar : visboo.com
untuk lebih besar dan mata tak sakit , sila klik pada gambar.


p/s : memang kena maki dengan pensyarah kalau buat macamni. tak silap hari bulan kena buang universiti.

cara nak hancurkan hidup laki/pompuan gatal.


yang penting mintak emel. pastu carik fesbuk dia. tengok kat relationship status.

 credit : visboo.com



p/s : lol. 

apa la sangat dengan taik burung.

pejam celik pejam celik, cepat gila masa berjalan. eh salah. kalau masa berjalan, lambat, so "masa" ni mungkin berlari, naik motor atau kereta. sebab tu laju je brgerak. laju gampang. aku bukan ape, aku rasa baru semalam aku update blog, padahal dah berminggu jugak aku tak sentuh keyboard menaip untuk blogging. rasa macam baru semalam aku salam dengan mak aku "mak, selamat hari raya" time raya pertama, siap mintak mak tambah duit raya, tu tak kira puasa lagi. tup tap tup tap dah abis puasa, tunggu la plak ramadhan tahun depan. kalau sampai, ye dak? dan yang paling penting aku rasa cepat noh aku besar. eh besar ke aku nih?

*********************************************

kalau dulu time kecik kecik, mak aku selalu pesan.

"wahai anakku, janganlah berlagak, kerna berlagak itu akan memusnahkan dirimu"

hah, lebih kurang la, aku cuma ubah suai ayat je, nak bagi lebih dramatik. macam cerita melayu dulu dulu. sebab tu aku suka tengok cerita korea. wahaha. btw, aku ade stori tuk korang sebenarnya, yang mana kalau korang baca korang akan insaf dan takkan berlagak lagi. percaya lah. *sambil buat muka comel* kalau tak insaf lagi taktau la korang nak jadi apa derr. sigh.

awek aku, han ye seul.

kalau tak silap aku, raya ke 7, aku kuar dengan kawan baik aku, aim. kitaorang tak buat apa pon. just pegi time square, melepak main game tennis kat arcade 2-3 jam. naik turun eskeleter kat timesquare tuh. bosan sikit pegi jalan pavillion usha usha awek. itu je sampai petang. orang kata kitaorang ni macam budak budak takde masa depan. ke hulur ke hilir takde arah. ape kejadahnya kan?

dalam bosan bosan tu aim tanya aku.

"amacam awek cun yang dulu kerja sogo tuh, kau contact lagi?"

"contact la jugak, sekali sekala. dia dah tak keje sogo dah. dia kerja kat maju junction sekarang. jadi promoter ape ntah"

"dia keje ke? kalau tak keje jom la ajak dia kuar doh. bosan niii"

betul jugak. yang aku ni, banyak kali dia ajak nak jumpa kot, tak jadi jadi. busy sangat la katakan. perempuan, aku jarang sangat keluar dengan perempuan ni. aicehh. aku amik handset, aku mesej dia tanya dia kerja ke tak. ohh, dia balas, dia kerja dan abis kerja pukul 9 malam. aku tengok jam dah kol 6 lebeh. ok la tu, sekejap je lagi, dalam 3 jam. karang boleh balik sama sama time nak pegi tunggu bas. deal.


tepat pukul 9 kitaorang muncul kat maju junction. nak balik sama sama dia. dah sampai buat muka tembok kat depan kedai baju tempat dia kerja. ms read tak silap aku. tunggu dia buat closing dalam 5 minit, then kami bertiga pon berjalan la menuju ke bustop.

jauh jugak la perjalanan nya, dari maju junction ke sogo. dalam 15 minit. takde hal la, kuar dengan awek cun kot. aim pon tengok meleleh je. kira aku tak sampai la tahap meleleh, cuma penat tu hilang la. hakhak.

dalam perjalanan tu, kita orang lalu kat bawah pokok pokok besar, dan si awek ni tiba tiba berlari, tak tentu pasal.

"eh, nape lari ni wina?"

"khai, wina dah trauma dah kena taik burung kat sini khai.. banyak gila taik burung.."

aku pandang keatas. memanglah, bawah pokok kan. biasa la tu. yang si aim nye dah jauh kedepan, mungkin dia nak biarkan aku dating kot time tu.

"kot ye pon wina, jangan la sampai terlompat lompat, berlari lari. HAHA taik burung je kot"

"tula khai, khai tak kena lagi mana tau. kalau khai kena, trauma tauuu"

"takde maknenya. kau ni dah banyak kali lalu sini rilek je, takde pon kena taik burung, jangan risau la winaa"

awek tu dah buat muka tak puas hati.

"poyo la khai ni. wina doakan satu hari nanti taik burung jatuh, peekkkk kat kepala khai. padan muka. bwek!"

"HAHA tak dapat la wina. khai ni soleh kot. orang orang beriman macam khai ni selalunya dilindungi dari ancaman ancaman jahat macam tu. HAHA. konon comel la tu bwek bwek orang."

gelak sakan aku, gelak punya gelak, tup. aku terasa sesuatu jatuh kat atas kepala aku. macam air sejuk je. embun kot. eh, kejadah ape embun malam malam. aku pegang rambut aku, aku bau.

"eh khai, bau ape tu? taik burung ke? HAHA"

"takde la, khai betulkan rambut jeee"

"eleh kalau betulkan rambut takkan sampai bau kott"

"betul la winaaa. khai betulkan rambut jee.. kepala gatai.. garu sikit. mana ade taik burung."








cilaka punya burung. kau buang taik kat kepala aku ye? taik kau busuk kau tau tak?




p/s : lain kali jangan berlagak lebih lebih. sikit sikit takpe. Allah bagi cash terus. takde tunggu derr.

bila guwa bercouple.

lately aku rasa fed up dengan nuffnang. fed up dengan adverlets.
duit dalam tu dok gitu je. tak naik, tak turun.
aku pelik macamana la orang orang lain boleh sampai riban riban duit dia dapat?
yang aku punya nak naik satu sen pon makan masa seminggu dua. tu ok lagi kalau naik.
ada masa tak naik naik. nak beli eskem malaysia yang seposen satu tu pon tak lepas.

"diaorang punya blog femes khai, ramai baca blog dia hari hari. kau punya tak."

ok fine.

******************************

tolak tepi hal tu, dok pikiaq hal tu sampai mampuih pon tak abih.
yang guwa nak cakap cuma guwa dah tuka template. amacam? menawan?
guwa bosan dengan template lama.
bukan setakat bosan, guwa pon dah letih terima aduan dari rakyat rakyat malaysia yang baca blog guwa.
dok yang mengata blog guwa lambat loading.
dok mengata blog guwa serabut.
dok mengata blog guwa kadang kadang tak dapat bukak.
dok mengata guwa dok perasan han se yeul awek guwa.

ok, itu betul. guwa memang suka han ye seul.


sebut pasal han ye seul, aku nak bagitau sikit la, yang aku dah BERPUNYA.
nak senang cerita tuk budak budak remaja faham aku dah bercouple. atau dah mempunyai awek. atau dah mempunyai kekasih. dan etc etc.


guwa tak kesah kalau korang semua taknak baca, guwa redha. sebab yang guwa nak cerita lepas ni semua pasal awek kesayangan guwa tu.
sebab korang akan rasa geli geleman plus menggigil kalau korang teruskan baca.












eh? perlu ke aku cerita?






p/s : ramai cakap aku psyco. mana taknya duk bercouple dengan laptop. ACER.

lucah jugak cikgu aku ni. siri 2

Pergi ke kedai bersama Borhan,
membawa bakul berisi ikan,
ohh, aku tersangat lah bosan,
kan kan kan?


ok, amacam pantun guwa? boleh masuk competition pantun semalaysia tak?


************************************


cukuplah merepek sampai disitu. aku pon dah tak larat dah.
ni pon melarat kan diri duk update blog. tu pon awek aku (han ye seul) sebok suruh aku update blog.
rindu katanya kat aku, maklumla korea tu bukan ada apa pon. setakat tengok muka mamat mamat super junior tu dah bosan katanya.


ok, aku merepek lagi.


ehh, sebelum tu aku nak wish birthday la kat beberapa kawan aku. even dah belated dah pon kata omputeh.
to afifie chan (my new rumate), epy birhtday la yer. aku harap kau tak lupa birthday aku. nak kena sekeh kau try la lupa.


dan juga tuk wanita benama ros ohh ros ikut nama facebook. selamat hari jadi la yer. ros ni dia cacat otak, tapi aku still anggap dia kawan aku. baik kan aku?


ros, kau bersabar la dengan apa yang berlaku. aku sentiasa doakan otak kau cepat pulih. ;p


****************************


kembali ke topik asal, hari ni aku nak sambong cerita yang mungkin boleh dianggap tergantung oleh sesetengah pihak.
pasal cerita cikgu aku dan cerita lucahnya.
sapa2 yang tak follow cerita siri satu, rajin rajin la baca dulu yang ini. sini


back to story.




semua budak budak dah syok je gelak lepas tau pasal jawapan telur tu.
termasuk aku. dah bantai gelak macam orang gila.


"haha suka korang yer kalau pasal benda benda ni. cepat je tangkap. time cikgu mengajar, lampi je semua. hah, lagi satu. nak dengar cerita tak? tapi ini bukan teka teki tau. cerita je."


semua senyap sekejap. blurr. melihat muka cikgu yang mengharapkan respon baikk punya dari pelajarnya, berpeluh menunggu.


akhirnya,


"kami ok je cikgu".


"hah, baguslah. korang semua sportingkan. cerita dia macamni. cerita ni berlaku pada musim mengawan penyu. tau tak mengawan tu apa?"


"tau cikgu". serius menjawab, sambil buat gaya gitu gitu yang selalu apek senario buat tu.


"bagus. senang kerja cikgu. jadi, masa musim mengawan ni, terdapat 2 ekor penyu berwarna hijau, tinggal di terengganu. mereka hidup bahagia dan merancang untuk honeymoon ke luar negara."


lantas cikgu aku membuka pensel case dia, mengambil satu marker pen, dan melukis sesuatu di papan puteh.




"hah, kat sini la penyu tu tinggal. dia plan nak honeymoon kat melaka. so, mereka pon berenang, berenang dan berenang menuju ke melaka. tiba tiba, malang tak berbau, angin kencang dan ribut taupan berlaku. mereka terpisah. si isteri ke tempat lain, si suami ke tempat lain"


"si isteri tercampak di suatu tempat dipanggil thailand. dalam keadaan yang membingungkan, dia terjumpa seekor penyu jantan berwarna hitam. dia bertanya kepada penyu hitam"


dialog penyu: 


"encik penyu hitam, nampak tak suami saya, si penyu hijau? saya tersesat ni"


lalu penyu hitam menjawab.


"nampak, saya boleh bagitau cik adik dimana penyu hijau, tapi ada satu syarat. tapi cik adik serius nak tau ni? serius nak tau?"


"mestila nak tau"


"betul betul nak tau?"


"yelaaaa"


"kalau nak tau, satu round dengan saya". kata si penyu hitam.






p/s : dah, aku penat, sambong siri 3.

lucah jugak cikgu aku ni.

hari ni gua sempat bukak blog, sekian lama tak bukak.
sebelum ni menyempatkan diri pegi cc semata nak tengok facebook gua je, tunggu orang komen picture gua. mana tau ade anak dara yang berkenan dengan gua.

tapi gua pelik, mana gambar2 kat entry gua sebelum nie? mana dia menhilang?
penat gua search kat tenet gambo2 tersebut. gambar kenapa orang jepun kene kurus2.
tanya otak jap, nak cari balik ke tak. nak ke tak.

malas.

****************************************

tadi aku lepak kat umah, duduk diam sambil memerhati adik aku yang sebok mengemas buku.

gambar ini google mari.

"rajin kau dik."

dia senyum sinis, sambil mereply.

"aku rajin, bukan malas macam kau."

damn. menusuk kalbu. takpe, aku selaku abang aku cool je. sebab betul jugak. memang time2 budak cuti sekolah ni memang seronok suruh dieorg buat itu ini. nasib korang la.
ekekeke (gelak jahat).

tibe2 aku ternampak 1 buku yang mengimbau kembali sejarah lama. pergh, ayat sastera taknak kalah.
buku teks tingkatan 1, "kemahiran hidup".

ini antara subjek favorite aku. bukan sebab aku suka menukang ke menjahit ke amende, aku suka sebab cikgu yang ajar aku best.
orang kata the best teacher will make the best learning. tak gitu? walaupon aku tibai je ayat tu.

cikgu aku lebih lawa dari ini. 

aku namakan cikgu ni cikgu ros (bukan nama sebenar). seorang cikgu kemahiran hidup, 20-an, cantik (sebab cikgu lain semua tua2), dan sporting.
yang paling best dia suka bercerita.

*******************************************

satu hari tu dah abis periksa, aku memang ingat taknak datang sekolah, tapi memandangkan budak kelas aku ade buat liga main pingpong belakang kelas, aku datang.

gua ingat lepas rehat, cikgu masuk kelas.
damn. liga gua tergendala. dah la turn gua. sungguh potong stim.

"memandangkan exam da abis, ape kata kita borak2?"

semua angguk. nak tak nak dengar je la. takkan nak ajak cikgu tu join liga pingpong. konfem kena bagi menang. bazir la 50sen aku.

"cikgu nak bagi teka teki hari ni. tapi teka teki ni ala-ala lucah sikit. korang semua open minded kan?"

angguk lagi. budak2 kelas dengar lucah2 ni makin dieorg suka. semua axcited nak dengar.

"dalam banyak2 pertandingan, pertandingan apa yang perempuan takkan menang lawan laki sampai bila?"

semua senyap seketika, memikirkan semua kemungkinan jawapan yang ada.

"lumba lari!"

"salah"

"lari panjat pagar lepas tu serong sekolah!"

"salah"

macam2 jawapan ada, sampai kering otak budak2 ni cikgu kerjakan.
sampai satu masa semua giveup. malas nak pikir.

"jawapan nye ape cikgu?"

cikgu senyum, gelak sorang2 dulu baru bagi jawapan.

"jawapannye, pertandingan kencing dalam botol. komfem laki menang."

********************************************

damn. aku tak faham (masa tula tak faham). tapi bebudak lain semua dah gelak bagai nak roboh kelas.
ape la yang kelaka sangat. setakat kencing dalam botol.

pergh, innocent gila aku.
korang2 ni jangan la cakap korang tak faham.

next.

"ok, seterusnya, dalam banyak2 binatang, binatang apa yang paling banyak telur?"

yang ni pon aku tak tau, yang aku tau adik aku punya teka teki je, binatang ape telur kat leher. jawapan, kuda kepang sebab kita punya "telur" ade kat leher kuda kepang tu. kuda kepang tu binatang ke?

ah, gua give up. gua malas nak pikir. gua serahkan je kat kawan2 gua tuk pikir.

macam2 jawapan jugak yang budak ni bagi. tapi semua salah.

"dah2, semua jawapan salah. jawapan nya...."

*
*
*
*
*
*

"naga!"

kenapa?

"yela, korang tengok la masa hari raya cina tu, kan ada naga2. kalau 10 orang buat tarian naga tu dah ada 20 telur dah naga tu"

damn.

ok murid2, mari kita kira naga ini ada berapa telur?



p/s : lepas tu cikgu aku ada cerita tentang seekor penyu yang mengembara pada musim mengawan. bapak kelaka. sok lusa la aku post.

tak semua orang boleh jadi super hero.

sapa nak jadi super hero angkat tangan! nak jadi superman? batman?
jangan cakapla, super hero nie memang bermacam2, sampai malaysia pon ada supe hero dia sendiri. cuba teka?
cicakman la. apek yang kurus keding tu pon boleh jadik super hero tau. kalah ben ashaari yang badan dia ketul2 tu. six pack ea orang panggil?

korang teringin jadi super hero tak?

*************************************

tak semua orang boleh jadi super hero beb. kau engat senang nak jadi super hero? keje nye duk menolong orang susah je?
tapi apa yang best jadi super hero ni, mesti ada heroin. cantik lak tu. memang taknak kalah.

 cak cak cak.

Ah, lupakan la angan2 kau tu khai (sambil tepuk dahi sendiri)
mana tak nya, bukan semua orang boleh jadik super hero.
tak caya, jom usha gambar bawah ni.

calon2 bagi anugerah superhero terbalik adalah....

..

..
..
..
..
..
..
..


Wolverine

The flash

Venom

Wonderwomen

Ironman

Spiderman. (macamnela nak jaga mary jane aku nih)

Batman.

Darth Vader 

Skeletor

dan pemenang bagi semua acara hari ni adalah...
..
..

..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..


Sailor moon. ke sailor man?



p/s : dengan kuasa bulan, sailorman akan menghimpapmuuu..