apa la sangat dengan taik burung.

pejam celik pejam celik, cepat gila masa berjalan. eh salah. kalau masa berjalan, lambat, so "masa" ni mungkin berlari, naik motor atau kereta. sebab tu laju je brgerak. laju gampang. aku bukan ape, aku rasa baru semalam aku update blog, padahal dah berminggu jugak aku tak sentuh keyboard menaip untuk blogging. rasa macam baru semalam aku salam dengan mak aku "mak, selamat hari raya" time raya pertama, siap mintak mak tambah duit raya, tu tak kira puasa lagi. tup tap tup tap dah abis puasa, tunggu la plak ramadhan tahun depan. kalau sampai, ye dak? dan yang paling penting aku rasa cepat noh aku besar. eh besar ke aku nih?

*********************************************

kalau dulu time kecik kecik, mak aku selalu pesan.

"wahai anakku, janganlah berlagak, kerna berlagak itu akan memusnahkan dirimu"

hah, lebih kurang la, aku cuma ubah suai ayat je, nak bagi lebih dramatik. macam cerita melayu dulu dulu. sebab tu aku suka tengok cerita korea. wahaha. btw, aku ade stori tuk korang sebenarnya, yang mana kalau korang baca korang akan insaf dan takkan berlagak lagi. percaya lah. *sambil buat muka comel* kalau tak insaf lagi taktau la korang nak jadi apa derr. sigh.

awek aku, han ye seul.

kalau tak silap aku, raya ke 7, aku kuar dengan kawan baik aku, aim. kitaorang tak buat apa pon. just pegi time square, melepak main game tennis kat arcade 2-3 jam. naik turun eskeleter kat timesquare tuh. bosan sikit pegi jalan pavillion usha usha awek. itu je sampai petang. orang kata kitaorang ni macam budak budak takde masa depan. ke hulur ke hilir takde arah. ape kejadahnya kan?

dalam bosan bosan tu aim tanya aku.

"amacam awek cun yang dulu kerja sogo tuh, kau contact lagi?"

"contact la jugak, sekali sekala. dia dah tak keje sogo dah. dia kerja kat maju junction sekarang. jadi promoter ape ntah"

"dia keje ke? kalau tak keje jom la ajak dia kuar doh. bosan niii"

betul jugak. yang aku ni, banyak kali dia ajak nak jumpa kot, tak jadi jadi. busy sangat la katakan. perempuan, aku jarang sangat keluar dengan perempuan ni. aicehh. aku amik handset, aku mesej dia tanya dia kerja ke tak. ohh, dia balas, dia kerja dan abis kerja pukul 9 malam. aku tengok jam dah kol 6 lebeh. ok la tu, sekejap je lagi, dalam 3 jam. karang boleh balik sama sama time nak pegi tunggu bas. deal.


tepat pukul 9 kitaorang muncul kat maju junction. nak balik sama sama dia. dah sampai buat muka tembok kat depan kedai baju tempat dia kerja. ms read tak silap aku. tunggu dia buat closing dalam 5 minit, then kami bertiga pon berjalan la menuju ke bustop.

jauh jugak la perjalanan nya, dari maju junction ke sogo. dalam 15 minit. takde hal la, kuar dengan awek cun kot. aim pon tengok meleleh je. kira aku tak sampai la tahap meleleh, cuma penat tu hilang la. hakhak.

dalam perjalanan tu, kita orang lalu kat bawah pokok pokok besar, dan si awek ni tiba tiba berlari, tak tentu pasal.

"eh, nape lari ni wina?"

"khai, wina dah trauma dah kena taik burung kat sini khai.. banyak gila taik burung.."

aku pandang keatas. memanglah, bawah pokok kan. biasa la tu. yang si aim nye dah jauh kedepan, mungkin dia nak biarkan aku dating kot time tu.

"kot ye pon wina, jangan la sampai terlompat lompat, berlari lari. HAHA taik burung je kot"

"tula khai, khai tak kena lagi mana tau. kalau khai kena, trauma tauuu"

"takde maknenya. kau ni dah banyak kali lalu sini rilek je, takde pon kena taik burung, jangan risau la winaa"

awek tu dah buat muka tak puas hati.

"poyo la khai ni. wina doakan satu hari nanti taik burung jatuh, peekkkk kat kepala khai. padan muka. bwek!"

"HAHA tak dapat la wina. khai ni soleh kot. orang orang beriman macam khai ni selalunya dilindungi dari ancaman ancaman jahat macam tu. HAHA. konon comel la tu bwek bwek orang."

gelak sakan aku, gelak punya gelak, tup. aku terasa sesuatu jatuh kat atas kepala aku. macam air sejuk je. embun kot. eh, kejadah ape embun malam malam. aku pegang rambut aku, aku bau.

"eh khai, bau ape tu? taik burung ke? HAHA"

"takde la, khai betulkan rambut jeee"

"eleh kalau betulkan rambut takkan sampai bau kott"

"betul la winaaa. khai betulkan rambut jee.. kepala gatai.. garu sikit. mana ade taik burung."








cilaka punya burung. kau buang taik kat kepala aku ye? taik kau busuk kau tau tak?




p/s : lain kali jangan berlagak lebih lebih. sikit sikit takpe. Allah bagi cash terus. takde tunggu derr.


Sila Mengomen.