Showing posts with label Luahan diriku. Show all posts
Showing posts with label Luahan diriku. Show all posts

Saman.

"ayam spicy satu kolah, ayam ori satu paket!"

satu suara lantang tepat dari depan terus menusuk ke telinga guwa. telinga guwa tadi seolah olah mengiyakan arahan tersebut, tergerak gerak cuping telinga tanda guwa mendengar arahan tadi. punya lah comel. heh tak syak lagi tu mesti manager guwa punya suara. punya arahan. yelah suara dia pelik sikit. kalau guwa ade kat luar KFC pon guwa mampu dengar suara pelik dia. suara nyaring kebudak budakkan tu. dengar sekali memang comel, tapi kalau banyak kali... erm.. erm... tak perlu la guwa jelaskan.

(miss, kalau la terbaca jangan marah tau. gurau. hehe)

guwa dengar dengan tepat arahan yang guwa dapat tadi. ayam spicy satu kolah, ayam original satu paket. well kepada adik adik, abang abang, kakak kakak tak ketinggalan makcik makcik dan pakcik pakcik, itu sebenarnya satu arahan untuk kita masak ayam. selalunya kita hanya akan masak ayam bila dapat arahan dari manager. nak control dan elakkan pembaziran stok katanya. kena tengok ramai tak orang kat kaunter, order macamana, busy hour atau tak, baru dia bagi arahan tuk masak ayam, pati burger atau sebagainya. dan 1 kolah tu maknanya 2 paket ayam. 1 paket ayam ada 18 ketul ayam. maksudnya kalau ada arahan masak 1 kolah, tu maknanya kita kena masak 18+18 ayam. haa korang kira la sendiri. belaja tinggi tinggi kan.


guwa pandang tepat ke arah junaidi, member cook yang satu shif dengan guwa. guwa jeling manja kat dia. kening pon tak tetinggalan guwa angkat ala ala ziana zain.

"jun,kau masak, ke aku masak?"

huh, guwa mendengar dia sedikit mengeluh.

"haaa apa kata aku masak spicy, kau masak ayam ori, cepat sikit siap. kau bukan ade benda lain pon nak buat kan, semua dah basuh belakang tu"

jelas junaidi pada guwa seakan akan dia merasakan guwa cuba lari dari jalankan tugas guwa sebagai cook yang berjaya dan berdedikasi di KFC tu. sebagai cook yang berwawasan, guwa pon terpaksa lah akur, setuju. kang dia klasifikasikan guwa ni pemalas pulak.

"ok la, aku masak ori. kau masak spicy okeh."

seperti cook di cawangan cawangan KFC yang lain, guwa pon pantas mengambil 3 paket ayam di frozen room, tempat simpan ayam ayam semua tu. yelah, 2 paket untuk spicy, se paket tuk original kan. guwa amik, dengan procuder procedur yang ditetapkan oleh KFC, basuh tangan pakai sabun, letak ayam kat air, angkat, goncang 10 kali, masuk dalam tepung, dan bermula lah sesi pengaulan tepung bersama ayam. gaul sampai sebati, sampai rata. kalau ikut procedur, 7 kali gaulan tuk spicy, kalau ori pulak 10 kali kita kena gaul kat tepung tu. tapi guwa tak amik sangat procedur mengarut tu. asal tepung rata, semua bahagian kena tepung tanpa ade yang tertinggal, kira ok la tu. konfem sedap. lagi lagi bila orang hensem yang masak.



tengah feeling dan kyusuk mensebatikan kan tepung dan ayam, junaidi bertanya pada guwa.

"khai, penah kena saman tak? tak pakai tali pinggang ke, tak pakai helmet ke, penah tak?"

"tak penah plak, kalau saman kampus penah la. tu pon sebab salah parking kat tempat staf. kenapa?"

"aku semalam nyaris kena saman wooo. tak pakai seat belt. nasib bek tak kuar saman, kalau tak melayang gaji sebulan aku. nak tau aku buat macamana?"

guwa semakin tertarik dengan perbualan kosong member guwa ni. semakin lama semakin menarik perhatian guwa plot dan penceritaan yang dia cuba sampaikan. guwa ni memang pro-klimaks. terbayang bayang dia menhadap muka polis tu, merayu rayu sambil menceritakan taraf kehidupan dia yang tak berduit, duit habis belanja awek makan satey. menangis dan merayu. terbayang jugak mana tau dia bayar RM100 kat pak polis tu, rasuah polis tu supaya tak keluar saman. polis sekarang kan ramai yang kata makan rasuah.

"macamana? kau bagi duit kopi ke?"

"haha takde lah. aku kenal orang atas. aku kenal sangat dengan OCPD kajang tu. omputeh kata Officer in Charge of Police District. aku cakap la dengan polis tu aku kenal OCPD Abdul Fatah. pastu dia nasihat, lain kali jangan lupa pakai seat belt, pastu dia bagi aku jalan. heheh"

guwa teruja. tak sangka pekerja KFC macam member guwa ni kenal benor dengan OCPD kajang tu. bukan calang calang orang dia ni. kenal orang orang atas, patotla boleh lepas dari kena saman. erm ntah ntah ayah nya orang kaya, orang besar, saja nak low profile keje KFC. takpon mana tau bapak makwe dia ke si OCPD tu.

"wah, bukan calang calang orang kau ni. macamana kau kenal? pakcik kau ke?"

"tapi, tula masalah dia...."

"masalah apa?"











"sejujurnya memang aku kenal dia, cuma dia je tak kenal aku. hahaha"

guwa menghentikan proses bermain dengan tepung seketika. guwa pandang tepat ke muka dia, tak berkelip sedikit pon. dengan nada perlahan lahan guwa membuka mulut guwa tuk mengatakan sesuatu.


bengong.




makan.

mak guwa memandang sambil mencekak pinggang.

"pergi la keje along, menternak lemak je kat umah wat ape? tengah cuti 2,3 bulan ni keje kan elok, dapat kumpul duit sikit"

leter sinis mak guwa. ceh itulah mak guwa, keje nya meleter je. ter lebih keje kena leter, tak keje kena leter. itu ini asyik meleter je. al maklumla pompuan. mulut wajiblah potpet potpet.

kadang kadang guwa pon pelik, tak letih ke membebel ni?

oleh kerana beliau adalah mak guwa yang guwa sayang intan payung, nak taknak, nak jaga hati punya pasal, guwa meringankan tulang guwa yang sedia ringan ini untuk keluar mencari lobang lobang rejeki. (dah macam indon). kalau ikutkan hati, memang malas, baik layan sinetron indon kat astro prima tuh, awek dia mantop mantop. comey comey. tapi bila pikir balik dalam dalam,duduk rumah je pon tak best jugak, bosan. perabih boreh je. awek indon tu pon kalau pandang lama lama bukan boleh dapat. bukan diorang boleh keluar dari tv tu. baik guwa kerja kumpul duit, mana tau jumpa jodoh nanti nak kawen ada duit sendiri ye dak?

"maaa, along kuar dulu cari nafkah, duk umah asyik kena bebel macam mak nenek je"

"kuar cari keje, bukan cari awek!"

heh, kuang asam. menyempat pulak orang tua ni sound guwa.

"ala kalau along cari awek pon nanti buat bini, bagi mama cucu. senang mama main kejar kejar dengan cucu kat umah"


sebenarnya, kat semenyih ni kalau nak cari part time senang je, ade tesco, ade pizza hut, mcd, kfc, guardian, banyak lagi lubuk lubuk part time, yang penting nak ke taknak kerja. kalau malas, memang tak dapat lah. semua bergantung pada diri korang. tapi, mak guwa pesan kalau nak keje pilih lah yang dekat dekat je, jangan jauh jauh. senang nak pergi balik dari rumah nanti. mana tau kereta kancil gx guwa tu tak berfungsi dengan elok, boleh je jalan kaki pegi tempat keje. tak menyusahkan orang lain nanti. dan yang paling dekat dengan umah guwa, TESCO lah. TESCO semenyih. betul betul belakang rumah guwa je. jalan kaki pon 5 minit dah sampai.

jadi tanpa membuang masa, guwa singgah di TESCO. awek pon ramai kat situ.

hikhik (gelak jahat)

masuk TESCO, benda pertama guwa nampak, patung atok besar baju putih muka senyum paksa tu. KFC.

bila bercakap pasal KFC ni, terlampau banyak kenangan. dulu abis SPM, mula mula guwa start keje adalah di KFC. pekerjaan pertama guwa sebagai seorang lelaki yang berdikari dan berkarisma adalah di KFC. erti penat bekerja, penat overtime, guwa kenal di KFC. semuanya bermula di KFC. senang cerita setakat amik order, masak burger, funfries, curi makan wedges, minum air pesi campur oren, tulis nombor kat tisu pastu kasi awek, awek bagi no, pastu dating, semua guwa penah rasa, hanya di KFC.

jadi guwa cuba try test apply keje kat situ. dengan muka 10sen guwa datang, guwa tanya manager kfc yang ada kat situ, bincang. bincang punya bincang, petang tu jugak dia suruh guwa pergi injektion, dia bagi baju, cap. esok dah boleh masuk keje, katanya. al maklum la sebelum ni kan ada pengalaman di KFC, so memang senang la nak dapat tempat kat KFC tu, tambah tambah muka hensem macamni, sapa taknak amik keje kan.

bila ditanya guwa kena jaga department mana, dia suruh guwa jadi chef wan belakang dapor. be a cook. ala dalam bahasa melayu tu, tukang masak.

sebelum ni, kat KFC lama, guwa tak penah didedahkan dengan ilmu ilmu masak memasak ayam ni. sebelum ni guwa jual muka je kat kaunter depan, jadi fulltime cashier. tak penah pulak guwa menyebok kat dapor KFC tu. tak penah pulak nak main main dengan ayam dan minyak. heh! tapi guwa selalu gak dengar kerja cook ni susah, kena angkat berat, tangan luka luka, muka kena minyak panas.

tapi guwa kan laki, watpe nak takut benda benda camtu. bukan hantaran berkurang pon kalau tangan calar balar kan?

jadi keesokkannya, guwa start kerja sebagai seorang cook KFC yang berwibawa dan berwawasan dengan kadar gaji 4hengget sejam di KFC tu. haaa first day keje dah kena kerah 6 jam. weh, 6 jam buat kerja berat jadi lama woooo. menghitung setiap saat dan minit. dulu time jadi cashier dia suruh OT 10-12 jam pon ok lagi. guwa tak goyang, tak gentar. tapi ni kerja berat! nak kena angkat tong minyak itu, tong ayam ni. basuh tong tu, basuh mesin ni. setiap kali guwa angkat barang barang tu mesti tulang belakang guwa bunyik krekk kreekk. boleh mati woo.



ok jap, kita lupakan pasal kesukaran dan kepayahan kerja kerja ni sekejap. kita sembang pakai meal pulak.

meal tu maknanya makanan percuma yang KFC bagi tu pekerja pekerja dia. kalau ikut konsep KFC, kita akan dapat meal hanya bila kita kerja lebih dari 5 jam. haaa baru dapat meal. baru KFC bagi makan. meal dia takde lah sampai dapat 15 ketul ayam 4 burger zinger, itu melampau pulak kan. meal dia cuma nasi, seketui ayam, 1 colonel burger yang kecik sekali tu, dengan regular carbonate drink. sukati la nak minum air ape, pepsi ke, strawbery ke, oren ke, asalkan carbonate drink.

daaaaaaaannnnnnnnnn oleh sebab guwa keje 6 jam tuk hari pertama, jadi guwa dapatlah item item percuma tu. tapi style guwa, guwa memang amik meal last last, nak balik nani baru songlap meal. sebab guwa nak kasi mak guwa makan. feveret dia katenya.

kerja punya kerja, basuh punya basuh, akhirnya selesai kerja. lepas punch card out, guwa chow dari itu KFC.

sampai sampai rumah, guwa tengok mak ayah guwa dah membuta, siap dengar bunyik berdengkuq lagi (tipu). mana taknya, mak guwa mana ada fesbuk, orang yang ade fesbuk je mata segar lagi pukul 12.30 kan kan kan?

guwa pon letih, kerja cam gampang. jadi guwa decide guwa nak melebarkan sayap guwa di arena dan sudut sempurna di katil yang empuk. tapi sebelum tu, guwa letak dulu meal guwa atas meja dapur, dengan harapan mak guwa bangun pagi nanti, dia boleh panaskan dan makan.

zzzZZZ.
 

jadi keesokkan harinya, tengahari. pukul1 ke 2, camtu lah. guwa nampak mak guwa sebok buat kerja kat dapur. perut guwa pon lapar ni. jadi guwa bangun, guwa menuju ke dapur dengan harapan dapat memuaskan nafsu perut guwa yang sedang lapar ni.

"mama, mama dah masak ke belum?"

"dah masak dah, tu haaa kat atas meja tu, mama masak ikan pari masak asam pedas, kan feveret kau tu.. hari ni masuk kerja pukul berapa?"

"kol6 petang, sampai 12 malam. eh maa, mama makan tak burger along tinggalkan semalam?"

"makan.... mama panaskan pagi tadi pastu makan... TERIMA KASIH"



huh, tiba tiba guwa tersentap.



nak tau guwa tersentap sebab pe? guwa tersentap sebab guwa rasa malu. malu dengan diri guwa. malu bila mak guwa cakap terima kasih kat guwa. malu dengan ucapan keramat tu. selama ni mak guwa masak hari hari tuk guwa, mak guwa bagi makan kat guwa dari guwa lahir sampai umor guwa 21 tahun, dari badan sebesar lengan sampai besaq panjang ni (walaupon guwa pendek)guwa tak penah rasa ada perasaan nak berterima kasih bila mak guwa siapkan makanan untuk guwa, apetah lagi nak luahkan ucapan keramat tu. cuba korang fikir, penah ke korang cakap terima kasih lepas mak korang masak untuk korang? cuba fikir.
















guwa cuit perlahan bahu mak guwa.

"terima kasih sebab masak asam pedas ikan pari ni!"


mesti masa tu mak guwa ingat guwa tak sehat.

Laman sosial.

Welcome to fesbuk.
login?
Email : khairulanuarazman@yahoo.com
password : ***********


kedua dua bijik mata guwa tepat memandang kearah screen laptop acer aspire 4315 milik guwa. guwa pandang tajam setajam nya kearah screen tersebut, tanpa satu kelipan kelopak mata pon mampu guwa buat dari tadi. puas guwa pandang, guwa yakin dengan apa yang guwa nak buat. yes hidup ni mesti yakin selalu, ye dak? lantas, jari jemari guwa, guwa letakkan perlahan lahan keatas keyboard, bersedia untuk menaip sesuatu supaya terpancar alpabet alpabet di permukaan screen 14.5 inci ini. guwa tarik nafas dalam, guwa hembus. fuhhhh. guwa tarik lagi, tapi yang ni lama sikit.

fuhh guwa hembus.


"guwa benci timah anak pak meon. pompuan sundal!"

guwa taip kemas pada kotak yang tersedia. tanpa ragu ragu guwa tekan kotak biru yang tertulis "share" di hujung sudut kotak status tersebut. guwa terus tekan butang biru itu tanpa berpikir panjang apatah lagi berfikir secara kritis ataupun berfikir secara empirikal.

"hah, padan muka kau timah! sape suh cakap aku tak hensem. satu kampung cakap aku hensem, kau je cakap muka aku cam badut. dah la hari tu kau buat buat peluk aku time jatuh beskal. macam la aku taktau taktik kotor kau. hatuih! haa sekarang puas hati aku!"

hati guwa memberontak puas. setelah lama guwa pendamkan perasaan marah dan kecewa guwa terhadap timah, akhirnya dapat jugak luahkan walaupon hanya difesbuk. yes, guwa rasa mesti dia menangis teresak esak baca status guwa ni, hah biar dia rasa, guwa punya hensem ni dia kata badut. dia buta ke?

tiba tiba dapat satu notification dari fesbuk.

"khai, insafla khai. kembali lah kejalan yang benar, tak elok cakap pompuan camtu. sesungguhnya nabi pon bla bla bla... kita sebagai manusia pon bla bla bla.."

eh ade lagi.

"khai, ape kau nak jadi ni cakap macamtu? walaupon timah salah tapi kau sebagai laki bla bla bla bla"

tak lupa jugak.

"khai, kita ni sebagai islam mestila menjaga bla bla bla.. jangan malukan diri kita sebab islam tu bla bla bla.."

guwa terpaku. senyap tidak bergerak. gulp. air liur guwa telan berkali kali. apatah lagi bila guwa tahu dah ada group khas yang diwujudkan untuk membenci dan memaki serta mencaci guwa.


"kami seluruh rakyat malaysia meminta khai meminta maaf kepada timah sambil berlari 4 pusingan padang ukm"



guwa tertunduk. terdiam.


okay cut.


guwa tengok semenjak dua menjak tiga menjak ni, banyak benor masalah laman sosial ni. tak kesah la di fesbuk ke, twitter ke, blog ke, atau apa apa medium lain, ade je masalah nya. masalah itu lah, masalah ini lah, masalah pompuan mengaku takde dara la, masalah tak puas hati la kat fatin liyana la, masalah fuck blogger la, masalah kapel, kawan baik. ade je masalah sana sini.

dah lama guwa tahu dan perasan, laman sosial ni sebenarnya bahaya lagi lagi untuk orang yang jarang berfikir dulu sebelum buat sesuatu sesuatu. mana taknya, orang boleh benci korang melalui fesbok atau blog je sekarang. korang update gedik sikit, orang dah boleh geli dengan korang. korang update status 10 kali sejam pon, orang boleh meluat dah dengan korang. tu belum mengedik gedik dengan pasangan korang lagi, lagi la orang meluat tahap gaban, rasa cam nak bagi minum air stokin yang 2 minggu tak basuh je. tapi padahal korang tak kenal pon sape dia, tak penah jumpa pon, face to face pon tak penah, perangai sebenar dia, gaya dia, stail dia korang pon taktau. itu pon korang dah boleh benci gilak gilak vavi kat dia. betul tak?

nak femes pon punya senang, ceritakan la aib diri sendiri sampai lebam, konfem ramai yang like korang punya page lepas tu.

guwa bukan nak cakap benda ni tak bagus, fesbuk semua ni bagus sebenarnya. dapat jumpa kawan kawan tadika, sekolah rendah, menengah, matrik, kawan universiti, bakal awek, skandal, semua kita boleh kenal melalui fesbuk. tapi kena pandai guna la. bak kata orang ibarat macam pisau. kalau pandai guna buat potong sayur ke, buah ke, bawang, takde salahnya. elok je tuk memasak dan melantak. tapi pisau jugak boleh jadi senjata pembunuh. itu semua bergantung pada si pengguna.


okeh. macam biasa, hari sabtu lepas, bersamaan dengan 4 jun 2011, guwa lepak lepak kat umah sambil tengok ulangan maharaja lawak kat astro warna dengan mak guwa. yela dah lama tak duduk tengok tibi kan lagi lagi mak guwa dah lembut hati,dia pegi subscribe astro warna tu. kalau tak haram la nak tengok tibi. kompem kuar meronggeng punya.

sedang asyik menonton tibi yang screennya tak beberapa besar. mak guwa cuit guwa.

"along, ramai ke yang tengok blog kau?"

"entah along pon taktau. nape?"

"yela, haritu mama pegi umah tuan rumah lama, jumpa dengan cik nor tu hah. dia kata dah jumpa blog kau. hari tu dia baca, dia kata bila baca blog kau asyik gelak je. kawan mama yang shiha tu pon dia cakap selalu baca blog kau tu. kau letak apa kat blog kau ni? kau ngumpat mama ke?"

"eh mana ade ngumpat mama oiii"

guwa tak penah ngumpat mak guwa kan? hehe

"hati hati along, jangan tulis yang bukan bukan kat intenet intenet ni. jangan buruk burukkan keluarga. kang keluarga jugak yang malu"

"yela mama oiiii, mama. kawan kawan along kan, semua mak diaorang dah ade fesbuk. mama buat la fesbuk ma, senang nak bagitau balik bila ke, senang nak mintak duit ke. apa apa pon senang nanti."

"fesbuk tu apa? mana la mama tau fesbuk fesbuk ni..."

"fesbuk la, sekarang ni semua orang ade fesbuk, yang takde tu orang cakap ketinggalan zaman tau. ala dia macam akaun mama pastu orang leh borak borak."

"oh yang kuar surat khabor hari tu pasal lelaki ceraikan isteri dia, pasal fesbuk fesbuk ni la kan?"


erm... aaaa... ermmm.. aaa... betul la kot.




Hai mama!

"assalamualaikum maa. buat ape tu? sehat? dah makan belom? makan apa? sakit sakit badan yang hari tu tu dah okay ke? erm erm ermmm..."


Mak.

semua orang dalam dunia ni ada mak. tak kira la dia tu miskin ke, kaya ke, kaya hati budi ke, tak lupa kacak dan hodoh, pendek atau tinggi, semua nya mempunyai mak yang mereka sangat sayangi. mak yang mereka cintai.


guwa nak korang luaskan pemikiran. guwa bukan maksudkan makwe atau makcik. guwa jugak bukan maksudkan mak-nyah. guwa maksudkan ni mak.

Emak.

Ibu.

Mummy.

Mom.

Bonda.

Mama.

yes, pasal mak.

guwa sangat sayang kat mak guwa. yelah, sapa tak sayang mak ye dak? dengan makwe pon lautan api sanggup direnangi, ini kan pulak mak. sanggup guwa minum air api tu sampai habis licin, senang nanti mak guwa nak lintas. watpe nak berenang renang derr?

walaupon mak guwa suka sangat membebel kat guwa, kata guwa ni perangai macam bulldog budak budak tak reti reti nak matang, juga mak guwa kata guwa ni pemalas tahap dewa lagi lagi bab nak bangun pagi, tak lupa juga mak guwa selalu membebel cakap bini guwa nanti tak cantik sebab makan nasi tak licin pinggan, guwa masih sayang mak guwa. i lap yu.

mak guwa la tempat guwa mengadu masaelah. tempat guwa melepaskan perasaan suka dan lara. tentang masalah itu dan ini. boleh ke tak boleh. nak ke tak nak. pasal masa depan. pasal awek itu, awek ini. semuanya. dalam omputih eberi-ting.

bukan bermaksud guwa tak sayang kat ayah, adik beradik, makcik, nenek, atuk, kawan kawan, musuh musuh guwa. guwa sayang. semua guwa sayang.


eh, hari ni hari ahad. macam biasa petang petang camni, hari ahad, guwa akan call mak guwa. biasa la, nak bertanya khabar. sehat ke tak kan orang tua tu.

guwa segera mengambil handfon guwa di hujung sudut katil, guwa amik perlahan. guwa letakkan jari jemari guwa di pad hanfon, mata tepat memandang screen, satu satu no guwa tekan.

call.

"hello"

"along, ni atie. mama berakk, tunggu kejap"

cis, sempat pulak time time ni orang tua ni berak. potong mood betul.

"long, jangan lupa download raja lawak minggu ketiga tau nanti balik aku nak tengok"

sempat adik guwa pesan itu ini kat guwa. yelah, keluarga susah mana mampu nak beli channel astro warna-mengarut-ngarut kat astro tu kan.

"okay, nanti aku download"

tup. guwa dapat rasakan yang handfon itu sudah dirampas dari si atie. aura nya sungguh kuat. siapa kah gerangan orang yang berjaya merampas dari genggaman si atie ini? berdebar debar mahu memulakan bicara. lidah seakan akan kelu.

"haaa mama ni"



"assalamualaikum maa. buat ape tu? sehat? dah makan belom? makan apa? sakit sakit badan yang hari tu tu dah okay ke? erm erm ermmm..."



'haaa call tiba tiba ni nak mintak masukkan duit la tu. macam mama taktauuu.."




alamak, macamana boleh kantoi ni?



Semua perempuan gedik.

dikala guwa temenung sensorang di depan laptop tanpa berbuat apa apa selama 15 minit, guwa terimbau kembali satu peristiwa yang membuka mata dan telinga guwa dalam era kegedikan para perempuan dan wanita pada zaman ini.

sebagai seorang remaja yang cool dan hensem, guwa mempunyai satu hobi, yang mungkin sama dengan kebanyakkan orang khususnya orang suka membuang masa macam guwa. hobi guwa, guwa suka ber-online. kalau boleh guwa nak online 24 jam non-stop. punya lah sayang guwa terhadap internet ni. dulu zaman sekolah sekolah kalau orang suh isi "my biodata" ke, "my personal detail" ke, konfem guwa letak "melayari internet" kat ruangan hobi guwa. pastu guwa akan tambah sikit "dan mengacau orang".


tapi berlainan dengan adik guwa yang 2-ekoq tu. si Atie dan si Mira. hobi diorang tak berteknologi langsong. memang tak selaras dengan kemajuan teknologi 2020 dan era globalisasi moden.

hobi diorang suka berangan. berangan kawen dengan anak raja la, berangan jadi artis popular la, menari nari lagu super junior la. eh? ape barang?

well pompuan kan gedik dan berimaginasi tinggi. sampai kadang kadang nak termuntah guwa tengok kegedikan diaorang.

"mira, kau ni berangan je keje kau, tergedik gedik kat hujung pintu tu, kau telah menganggu emosi aku yang tak stabil ni tau. kalau aku mati akibat kegedikan terlampau kau macamane?"

mak guwa senyum, dan mak guwa selalu berkata begini pada guwa.

"wahai anakku, perempuan memang macamni. dah memang sifat semulajadinya tu gedik. semua perempuan gedik. takde perempuan yang tak gedik. cuma gedik nya tu, ada yang sikit, ada yang banyak. kalau perempuan tak gedik, hilang la sifat keperempuanan nya tu"

okay, yang tu guwa setuju.


tapi yang ni guwa tak setuju. baru baru ni kawan perempuan guwa sebok mengadu masalah dia kat guwa. ingat guwa ni kaunseling bergerak dan tak berbayar? ingat guwa ni dang setia yang hari hari dok menyelesaikan rumah tangga orang kat berita metro tu?

"khai, i tension la, ada ke patot si polan bin polan tu kata i gedik? terasa betul i dengan dia tu, tak patot dia kata i macamtu tauuu"

"semua pompuan gedik laa..."




"heeellllllooooooo, i taaak gediiiikkkkk okayyyyyy. pleeeeeeaaaaseeeee..."


erm, tak gedik la sangat. meyampah.


kain.

Semalam. bersamaan 19 Mac 2011, lokasi, rumah guwa, bandar rinching, semenyih.

guwa taktau apa nak jadi dengan diri guwa. jiwa guwa sedikit kacau. tak tenteram. guwa duduk situ salah, guwa diri kat sana salah. ada je serba tak kena dengan reaksi badan guwa. guwa rasa tak selesa. hah bila tak selesa, kuar lah muka 10 sen guwa. adik guwa, (guwa panggil angah) jeling serius kat guwa.

"jadik ke tak along? kau ni macam tak jadik je. duit ade tak?"

bab bab duit ni memang guwa lemah. guwa ni dah la boros. makan pon tak cukup. hutang member pon ada yang guwa tak bayar lagi. guwa selok poket belakang guwa, guwa amik wallet ROMP guwa yang guwa beli kan medan, Indonesia awal tahun hari tu. guwa check wallet. perlahan lahan guwa bukak. ade lah beberapa keping duit merah. guwa senyum.

"ade lah. tapi tak banyak. kita share share jela. kita panggil mira dengan atie join sekali. pancung empat orang. duit kete aku support la"

"okay gak. aku follow je. aku pon tengah pokai ni, kalau dapat pancung ramai2 lagi senang nak settle kerje"

guwa tau, adik guwa yang mira dengan atie tu takkan kesah punya. diorang semua takut dengan guwa. guwa ni, kalau balik rumah je, guwa lah raja. guwa jugak la pemaisura. nasik dan lauk lauk, si mira cedokkan. air milo pekat susu lebih, si atie buat kan. guwa tinggal nak bangun pegi atas meja makan je, kemudian melahap la sepuas hati.

guwa panggil lembut.


"eh korang sini sat. aku ade stori best ni. kalah cerita playfull kiss"

guwa stori masalah. itu, dan ini. dan guwa dapat lihat mereka dengar dengan teliti.

"ahh atie, mira. kau nak ke taknak, kau kena join the club gak. aku tak pedulik. okay tak?" ujar guwa tegas.

well, dengan adik adik kena tegas. tapi, hakikatnya guwa baik tau. sopan santun, lemah lembut, menghormati orang tua, hensem, comel.

okay itu korang tak patot baca sebenarnya.



"okay set. kitaorang follow".

hati guwa lega. bagai ada taman bunga matahari dan orkid dalam hati guwa. tambah lagi bayangan guwa dengan lisa surihani berlari lari keriangan di tengah tengah taman tersebut. wah mesti comel.

"okay rakyat rakyat ku, malam ni kol 9 kita gerak pegi bangi okay. takde excuses"





"tapi ingat, jangan bagitahu mama, kalau mama tahu, habis kita nanti".

"okay!"


**************************************************** 

guwa tengok jam. tepat kol 9. angah, mira, atie dah jeling guwa. seakan akan masih ada yang tak selesai. ya, guwa tahu. plan. mana boleh guwa lupa kat plan guwa sendiri. guwa bangun dari kerusi, guwa menuju ke dapur. guwa cari mana mak guwa. eh, selalu nya 24 jam dia kat dapur. mana pulak dia ni?

"maaaaaaa, mama mana?"

"haaa ape dia?"

"maaaa... erm.. along... nak kuarr kejap... nak balik ukm japp... ade barang tinggall laaa...."

"kau ni along, nak pegi mana?? malam malam dah ni. barang pe kau nak amik ni?? dah malam, sok takleh ke nak pegi amik?? pagi tadi mama tengok ade negro tu accident bawak laju bla bla bla, semalam pon ade india masuk gaung bla bla bla. sok je la."

"ala maaa, ni soal hidup mati maaaa. nak siap kan keje. isnin dah kena hatar, kalau amik esok mana sempat along nak buat."

"erm yela. bawak angah tu sekali buat teman"

"okay, mira dengan atie sekali yer".


***********************************************


"along, apa plan kau ni? dah ada barang ke?"

"dah ada plan dah. aku target lama dah benda ni. jap ek.. haa nak sampai dah. depan tu je kedai nya. korang semua okay tak?"

semua angguk. so guwa assume semua okay. dari jauh guwa dah nampak kedai tu. guwa carik parking, guwa parking.

"dah, semua turun"

"yela, takkan nak tido dalam kete sampai esok lak" angah cuba menganjing guwa. cilake.

guwa turun, guwa jalan menuju ke kedai tu. hati guwa berdebar debar. guwa takut barang tu dah tak ade. sebab barang tu dah lama guwa target. kalau orang dah beli macamana? kalau dah takde? kalau tak cukup bajet? semua tu bermain di pikiran guwa.


perlahan lahan guwa jalan. doa juga tidak putus putus guwa baca.

tup! yes. guwa dah nampak benda tu. ada. hujung sekali belah kiri. guwa pasti, itu lah benda yang guwa mimpikan. itu la benda yang guwa agung agung kan. cinta pertama guwa. guwa tak pikir banyak. guwa terus beli je. takde guwa nak tengok benda benda lain selain cinta pertama guwa tu.

"angah, bayar dulu, kat umah pancung".

"yelah".

selesai beli, guwa pon balik ke rumah. sebab guwa ada misi. misi apa? rahsia.

"along, bila nak settle? sok ke malam ni jugak?"

"malam ni la. sekarang dah pukul 11.50malam. kol 12 lebeh2 sikit kita samapai rumah, kita settle terus la."


guwa pandu laju. guwa tak sabar nak sampai ke rumah melunaskan misi guwa. guwa tau misi guwa ni tak seberapa, tapi itu je yang guwa mampu buat. eh bukan guwa sorang, guwa dengan adik adik guwa buat.


"Assalamualaikum"

"haaaa dah pukul 12.30 baru balik? ingatkan dah taktau jalan balik ke rumahhhh"

"tau lahh. ade keje sikit. sori la maaa"

"mama nak tido pon tak senang tau"


guwa cuit mak guwa.

"maaa ni hadiah dari kami. selamat hari jadi yang ke 44"

mak guwa bukak, dia seakan akan dah tau apa yang guwa bagi. kain baju kurung, 4 meter. warna biru.

"kain lagi"




guwa bisik dengan angah.

"ngah, sebelom ni kita bagi apa?"

"kain jugak kot"



selamat hari jadi mama. kami semua sayang mama.


Seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw, kemudian berkata: “Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling berhak aku layani dengan baik?” Beliau bersabda: “Ibumu.” Orang itu bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Beliau menjawab: “Ibumu.” Orang itu bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Beliau menjawab: “Ibumu.” Lalu orang itu bertanya lagi : “Kemudian siapa?” Beliau berkata : “Ayahmu.” - Abu Hurairah ra.

Tutorial macamana nak edit gambar dari hodoh ke hensem/cantik.

Ini amaran keras. post ini tiada kaitan antara hidup, tenat, nazak, ataupon yang telah mati meninggal dunia. tak dak kena mengena okay. post ini juga bukan nak bagitau yang guwa ni hensem, kacak, comel walaupon ada sesetengah pihak kata begitu.


okay, sila lempang guwa.

(muzik smartshop)
adakah anda sering mengalami masalah rakan rakan anda selalu mengejek anda tak hensem? sering menyamakan anda dengan binatang seperti tapir atau badak? rakan rakan anda sering konfius bila membezakan anda dengan orang hutan mahupon gorila? tiada yang mahu add anda di fesbuk, tiada yang mahu follow anda di twitter, tetapi ramai yang bertanya soklan di formspring "kenapa engkau hodoh sangat"? anda mengalami masalah sebegini?

jangan risau, guwa, khairul anuar bin azman ada jalan penyelesaian yang efektif dan berkesan untuk anda.

di zaman era globalisasi dan moden ini, tidak dinafikan paras rupa memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan seharian kita. semakin kacak/lawa seseorang itu, semakin berjaya lah dia mengutip fren di fesbuk dan follower di twitter. tak lupa juga ramai yang mahu berdampingan dan mahu menjadikan pasangan hidup, samada pasangan lurus, dan ada jugak mahu menjadikan teman songsang. ada juga orang yang cantik dan hensem ini, terpaksa membuat emel baru, dan terus membuka akaun fesbuk baru atas permintaan ramai.

Timah full, Timah 2 full, Timah 3 full, Timah 4.

semua full.

tapi bagaimana dengan yang tak berapa hensem macam guwa? yang tidak mempunyai akaun fesbuk yang banyak? twitter pon takde? macamana? macamana?

haaa, seperti yang guwa janjikan. guwa akan ajar korang semua, macamana nak edit gambar korang yang tak bapa hensem tu, menjadi hensem.

pertama sekali, korang bukak je "paint" yang ada di dalam laptop/pc korang. takyah photoshop, pkai paint je. oldskol. dah bukak?


baguih. then korang tekan open, dan pilih gambar korang untuk diedit dan hias.


selepas terpangpang muka korang kat paint tu, bukak google chrome korang. takde? pakai modzila firefox. takde jugak? internet explorer je yang ada? tak pe, pon boleh pakai. erkk?

pastikan korang mempunyai intenet connection, bagi memastikan misi korang ni berjalan dengan lancar.

langkah seterusnya korang perlu bukak google, dan taip la nama nama artis popular, seperti lee dong wook.


pilih dan download gambar yang paling kacak dimata anda.


sudah?

di paint, ada perlu tekan "paste from" dan pilih pada gambar lee dong wook itu, dan resize sesedap rasa.

 

dan kemudian save.

lihat, korang kini memiliki satu gambar yang kacak, yang korang boleh bangga kan di khayalak ramai, yang itu la muka korang. apa lagi yang korang tunggu? upload la ke dalam akaun fesbuk korang sekarang!







p/s : guwa sebenarnya rimas dengan orang add guwa pastu pakai gambar artis. yang pakai gambar katun tak ketinggalan. lek la der, pakai muka sendiri sudah. senang guwa nak kenal lu.