"ayam spicy satu kolah, ayam ori satu paket!"
satu suara lantang tepat dari depan terus menusuk ke telinga guwa. telinga guwa tadi seolah olah mengiyakan arahan tersebut, tergerak gerak cuping telinga tanda guwa mendengar arahan tadi. punya lah comel. heh tak syak lagi tu mesti manager guwa punya suara. punya arahan. yelah suara dia pelik sikit. kalau guwa ade kat luar KFC pon guwa mampu dengar suara pelik dia. suara nyaring kebudak budakkan tu. dengar sekali memang comel, tapi kalau banyak kali... erm.. erm... tak perlu la guwa jelaskan.
(miss, kalau la terbaca jangan marah tau. gurau. hehe)
guwa dengar dengan tepat arahan yang guwa dapat tadi. ayam spicy satu kolah, ayam original satu paket. well kepada adik adik, abang abang, kakak kakak tak ketinggalan makcik makcik dan pakcik pakcik, itu sebenarnya satu arahan untuk kita masak ayam. selalunya kita hanya akan masak ayam bila dapat arahan dari manager. nak control dan elakkan pembaziran stok katanya. kena tengok ramai tak orang kat kaunter, order macamana, busy hour atau tak, baru dia bagi arahan tuk masak ayam, pati burger atau sebagainya. dan 1 kolah tu maknanya 2 paket ayam. 1 paket ayam ada 18 ketul ayam. maksudnya kalau ada arahan masak 1 kolah, tu maknanya kita kena masak 18+18 ayam. haa korang kira la sendiri. belaja tinggi tinggi kan.
guwa pandang tepat ke arah junaidi, member cook yang satu shif dengan guwa. guwa jeling manja kat dia. kening pon tak tetinggalan guwa angkat ala ala ziana zain.
"jun,kau masak, ke aku masak?"
huh, guwa mendengar dia sedikit mengeluh.
"haaa apa kata aku masak spicy, kau masak ayam ori, cepat sikit siap. kau bukan ade benda lain pon nak buat kan, semua dah basuh belakang tu"
jelas junaidi pada guwa seakan akan dia merasakan guwa cuba lari dari jalankan tugas guwa sebagai cook yang berjaya dan berdedikasi di KFC tu. sebagai cook yang berwawasan, guwa pon terpaksa lah akur, setuju. kang dia klasifikasikan guwa ni pemalas pulak.
"ok la, aku masak ori. kau masak spicy okeh."
seperti cook di cawangan cawangan KFC yang lain, guwa pon pantas mengambil 3 paket ayam di frozen room, tempat simpan ayam ayam semua tu. yelah, 2 paket untuk spicy, se paket tuk original kan. guwa amik, dengan procuder procedur yang ditetapkan oleh KFC, basuh tangan pakai sabun, letak ayam kat air, angkat, goncang 10 kali, masuk dalam tepung, dan bermula lah sesi pengaulan tepung bersama ayam. gaul sampai sebati, sampai rata. kalau ikut procedur, 7 kali gaulan tuk spicy, kalau ori pulak 10 kali kita kena gaul kat tepung tu. tapi guwa tak amik sangat procedur mengarut tu. asal tepung rata, semua bahagian kena tepung tanpa ade yang tertinggal, kira ok la tu. konfem sedap. lagi lagi bila orang hensem yang masak.
tengah feeling dan kyusuk mensebatikan kan tepung dan ayam, junaidi bertanya pada guwa.
"khai, penah kena saman tak? tak pakai tali pinggang ke, tak pakai helmet ke, penah tak?"
"tak penah plak, kalau saman kampus penah la. tu pon sebab salah parking kat tempat staf. kenapa?"
"aku semalam nyaris kena saman wooo. tak pakai seat belt. nasib bek tak kuar saman, kalau tak melayang gaji sebulan aku. nak tau aku buat macamana?"
guwa semakin tertarik dengan perbualan kosong member guwa ni. semakin lama semakin menarik perhatian guwa plot dan penceritaan yang dia cuba sampaikan. guwa ni memang pro-klimaks. terbayang bayang dia menhadap muka polis tu, merayu rayu sambil menceritakan taraf kehidupan dia yang tak berduit, duit habis belanja awek makan satey. menangis dan merayu. terbayang jugak mana tau dia bayar RM100 kat pak polis tu, rasuah polis tu supaya tak keluar saman. polis sekarang kan ramai yang kata makan rasuah.
"macamana? kau bagi duit kopi ke?"
"haha takde lah. aku kenal orang atas. aku kenal sangat dengan OCPD kajang tu. omputeh kata Officer in Charge of Police District. aku cakap la dengan polis tu aku kenal OCPD Abdul Fatah. pastu dia nasihat, lain kali jangan lupa pakai seat belt, pastu dia bagi aku jalan. heheh"
guwa teruja. tak sangka pekerja KFC macam member guwa ni kenal benor dengan OCPD kajang tu. bukan calang calang orang dia ni. kenal orang orang atas, patotla boleh lepas dari kena saman. erm ntah ntah ayah nya orang kaya, orang besar, saja nak low profile keje KFC. takpon mana tau bapak makwe dia ke si OCPD tu.
"wah, bukan calang calang orang kau ni. macamana kau kenal? pakcik kau ke?"
"tapi, tula masalah dia...."
"masalah apa?"
"sejujurnya memang aku kenal dia, cuma dia je tak kenal aku. hahaha"
guwa menghentikan proses bermain dengan tepung seketika. guwa pandang tepat ke muka dia, tak berkelip sedikit pon. dengan nada perlahan lahan guwa membuka mulut guwa tuk mengatakan sesuatu.
bengong.
Sila Mengomen.