wah, keje ape sekarang? duduk mana sekarang? life macamne? ok?
ok. tu semua ayat mak aku time dia jumpa member dia time raya.
ahh, kau gila ape khai. macam 10 tahun je tak bukak blog.
baru bape bulan. kan3?
apa2 pon dah lama aku tak update. kesian blog aku, ditinggalkan.
dunt wory my blog. even u "berhabuk", i still sayang kat u.
ok, kasi tiup habuk sikit dulu. fuhhhh.
*************************************
life, hidup dan diri aku dah berubah sekarang.
dulu elok je lepak tengah malam dengan member. sambil makan maggie kat kafe terdekat.
dulu elok je tengok drama korea 10 episod satu malam. non stop.
dulu elok je men"karok" ditengah malam tanpa menghiraukan kerja2 yang perlu dibuat dan orang sekeliling.
dulu rilek je update 3 post satu hari. banyak gila masa free.
ok, itu semuanya dulu.
sekarang?
tak boleh lagi dah. sebab semua gerak geri aku sekarang akan dipandang orang.
semua yang aku cakap, semua pergerakan. semua jadi perhatian. jadi contoh.
masa? jangan cakap. nak kentut pon susah. lagi nak suka suka.
guwa tak cakap guwa artis. tapi teringin jugak guwa nak jadik artis. damn.
aku sebenarnya dilantik menjadi JAKSA (Jawatankuasa Kebajikan Siswa Siswi).
pergh, bunyik gempak kan? macam orang besau2 camtu.
but dunt wory, aku still maintain tinggi. kecik, tak besar2.
aku dapat jawatan exco penerbitan dan ICT. satu tugas yang cukup berat aku nak galas.
website kolej, buletin kolej, ICT kolej, teknikal kolej, system kolej,dan apa2 tugas ICT, penerbitan, itu semua aku kena handle.
tak siap kerja, kerja salah, ICT problem, nanti aku yang kena bambu.
huh!!
lap peluh kejap.
tapi aku sedih. ramai yang pandang rendah kat aku sebenarnya. tak kira senior mahupon batch aku sendiri.
"eeee pendeknya khai"
ohh, bukan itu maksud pandang rendah tu. tapi satu ayat yang buat aku lagi sakit hati.
"khai? kau dapat jadi jaksa? seriusly aku igt si ****** yang dapat. tak sangka plak kau yang dapat. lagipon si ****** tu hebat bab2 ICT ni. teknikal pon ok. kira semua ingat dia yang dapat. tak sangka plak kau yang dapat. kau ade guna link ke? erm taktau la jaksa batch ni apa nak jadiii."
ayat last tu lebih pedas dari ayat2 sebelumnya.
seriusly, sepanjang aku hidup, apa yang aku dapat, apa yang aku miliki tak penah main link2 nih.
"ehh, batch awak tu ada buat website tak? saya dengar ada buat, tapi saya tengok macam tak berjalan pon. hah, lagi satu, buletin. saya pon tak nampak ada buletin. memang takde eh? saya baru nak amik buat sample tu buat sem ni. senang sikit. batch awak kan bagus sangat."
hah, terdiam kau.
p/s: han ye seul ku sayang, sory, abang busy lately. nanti ada masa abang mesej k. berlakon elok2. jangan noty2, nanti abang tarik hidung tu. eleleleh.
Sila Mengomen.