Showing posts with label tutorial. Show all posts
Showing posts with label tutorial. Show all posts

'Plugin facebook comment' untuk blogger.

Hello! kopi ke milo?

okeh.

pada hari ini, guwa nak ajar semua macamana nak letak facebook comment kat blog korang yang sememangnya dah semart tu. dah la semart, pastu letak pulak gambar gambar korang pakai shawl yang lawa lawa tu (awek sahaja), memang tiptop. tergoda kadang kadang bhai.

akan tetapi, sebelum guwa memulakan bual bicara guwa, korang tau ke apa tu facebook comment? tau tak binatang apa facebook comment ni? bintang yang berkaki 3 ke? berkaki 9 ke? atau adakah dia merupakan manusia yang akan bertukar menjadi harimau jadian bila muncul malam purnama akibat permutasian bahan bahan kimia terlampau?

eleh, korang ni bukan pandai sangat IT pon kan? kihkih.


hah, gambor kat atas ni la merujuk kepada facebook comment yang guwa gebang korang kat atas. nak senang lu tengok je kat blog guwa ni, contoh dah terang terang guwa bagi dah.

ada setengah orang pakai disqus, ada yang pakai blogger widget macam macam. yang oldskool pulak pakai blogger komen yang biasa je, lebih mudah. tapi bagi guwa, guwa suka lagi pakai facebook komen. senang. orang komen kat blog, tak sampai 1 saat dah sampai notification kat fesbuk. tak ke best camtu?

lagi lagi tuk korang korang yang online fesbuk 25 jam sehari tak reti reti nak log out kan? macam guwa taktau. ces.

okay, dari guwa bebel panjang panjang. jom kita start.

Step 1 : Daftar facebook application.
1) Pergi ke link ini untuk create application korang. korang letak lah nama sesukahati korang dan klik "Create App".


2) Langkah seterusnya korang klik "Website".
3) Untuk site url, korang letak link blog korang. (cth:http://khairulanuarazman.blogspot.com/)
4) Untuk site domain pulak korang letak domain blog. untuk pengguna blogspot, letak "blogspot.com". dan save.


5) korang akan nampak App ID kan? okay save no App ID tu. tu no yang penting yang kita akan guna lepas ni. okay jangan degil. guwa tarik hidung kang.

Step 2 : Letak kod pada blog.
1) Pergi sign in kat http://draft.blogger.com.
2) Tekan Design > Edit Html > Expand Widget Templates.
3) letak jari jemari kat keyboard, tekan "ctrl+F". taip "<body>"; dan tekan Enter.
4) Sejurus selepas "<body>", paste code dibawah.

<!-- Facebook SDK script Code -->
<div id='fb-root'/>
<script>
    window.fbAsyncInit = function() {
    FB.init({
      appId  : 'YOUR APPID',
      status : true, // check login status
      cookie : true, // enable cookies to allow the server to access the session
      xfbml  : true  // parse XFBML
         });
    FB.Event.subscribe('comments.create', function(response) {
  // do something with comments.create like notify me when new comment
});
    FB.Event.subscribe('edge.create', function(response) {
  //do something with edge.create like notify me when someone likes something
});
  };
    (function() {
    var e = document.createElement('script');
    e.src = document.location.protocol + '//connect.facebook.net/en_US/all.js';
    e.async = true;
      document.getElementById('fb-root').appendChild(e);
    }());
</script>
<!-- End SDK script Code -->
5) Tukar YOUR APPID kepada no App ID korang. save template.

Step 3 : Letak plugin comment.
1) Yang ni sukahati la korang nak letak mana. kat atas post boleh. kat tepi post boleh. tapi selalunya orang akan letak kat bawah post la kan? ye dak.
2) Pergi Design > Edit Html > Expand Widget Templates.
3) Taip data:post.body dan tekan Enter.
4) Paste kode dibawah.

<fb:comments expr:href='data:post.url' num_posts='5' width='575'/><center><p>Facebook Comment Source : <a href="http://khairulanuarazman.blogspot.com/2011/04/plugin-facebook-comment-untuk-blogger.html">Saya Khai, Jadi?</a></p></center>




5) Save dan selesai. 




Mudah gila kan? guwa dah cakap senang, degil.

Facebook comment ni ada jugak keburukan dia, macam untuk yang takde akaun facebook, takleh la nak komen mengomen. eh? ada lagi ke manusia yang takda akaun fesbuk ek?

kalau ada apa apa masalah. jangan la malu atau segan untuk tanya guwa.sekian terima kasih daun pandan.



Tips2 yang best dalam penggunaan google dengan berkesan. korang tau?

walaweh. gua dah habis exam, sekarang gua leh enjoy!

pergh, tak beradab betul aku yer, orang suma bagi salam aku bagi walaweh je. assalamualaikum, apa khabar semua? sehat? (1st time aku buat baik macamni)
aku nama je dah abis exam, tapi masih takleh balik umah. banyak noh aktiviti.
well, menjadi seorang jaksa ni memang kena busy la sikit kan. wah, punya bangga.

hari nih aku dengan suka dan citanya aku nak mengajor anda2 semua apa yang ada kat google yang mungkin anda semua tak tau lagi. kalau tau pon baguslah.
hari2 kita bukak google dan search kat google kan, tapi ada jugak orang yang tak reti nak search2 maklumat yang diaorang nak.

well, aku tiap2 masa menggunakan google. kira aku ni menyapot google habis2san la kalau nak compare dengan yahoo atau sesahabat dengannya. sebab google ni sebenarnya ada banyak gila function dia.
so, aku yang tak bape power ni, nak tunjuk kat korang apa yang ada kat google sebenarnya yang korang mungkin tak tau.

antaranya.

Google boleh jadi kalkulator.
google ni sebenarnya boleh jadi kalkulator jugak. cuba korang taip unsur2 math kat google, contohnya 20 * ((30+40)*2) apa yang keluar?


kat komputer/laptop pon ada jugak kalkulator sebenarnya, tapi kadang2 aku malas bukak, memandangkan aku nih 24 jam duk depan tenet.

Google boleh jadi kamus.
ni aku rasa semua orang tau. dan memang aku selalu praktikkan pon. tapi yang aku selalu praktikkan macamne nak eja sesuatu tu. contohnya macam bawah ni.

Hah, faham fungsinya?

Penggunaan "site:"
penggunaan ni sebenarnya nak search kat blog tertentu sahaja. contohnya korang nak cari maklumat apa2 dalam blog aku, korang just letak jela site:khairulanuarazman.blogspot.com.


so, kalau nak cari maklumat ke apa kan senang.

Google boleh jadi jam dunia.
google pon leh jadi jam dunia. contohnya korang nak tau kat bangladesh sekarang pukul berapa, korang just letak je "time NEGARA". contohnya : time bangladesh


kat semua negara boleh. bahkan kat negeri2 pon boleh.

Google boleh jadi currency convertion.
korang tak yah susah2 nak kira pakai kalkulator RM150 bape dalam dollar bagai. korang letak je macam contoh bawah ni.


semua mata wang pon boleh, dengan syarat betul la korang eja. kalau salah ko tunggu la 3-4 tahun tak berhasil nyer.

Penggunaan " " dalam search.
kalau korang taip ujian semester memang berterabur. memang susah la nak search. kalau korang letak "ujian semester", so dia akan search ujian semester tu tanpa pecahkan ujian dan semesta.


so dia memang akan search ujian semesta je. cara ni memang sesuai la nak cari maklumat tuk kerja projek. search pon takde la trabor.

Penggunaan tanda "-"
penggunann ni sebenarnya macam taknak benda tu keluar. contohnya kalau kita taip david beckham, mesti ada keluar victoria kan? so, kalau taip macam ni "david beckham" -victoria, search korang takkan langsong keluar pasal victoria.

Search fail dalam bentuk dokumen.
dalam pencarian dokumen, korang kena selitkan perkataan ni filetype:TYPE FILE. contohnya, filetype:ppt. selalunya orang akan cari ppt untuk powerpoint, doc untuk microsoft word dan pdf.


then, korang download je fail2 tu. aku selalu nye hantar projek copy paste dari benda nih la. wah, kantoi!

Penggunaan .. untuk sesuatu range nombor.
tips ni sesuai la untuk korang yang tak ingat sesuatu event tu. so, korang letak 1990..1994, nanti akan keluar semua tarikh antara tu. korang takyah letak panjang2 macam ni 1990 1991 1992 1993 1994. just letak 1990..1994 sahaja.


ok, tu jelah aku nak bantu rakan2 aku yang suka mengoogle nih. semoga korang dapat mengoogle dengan baik di masa akan datang.
wakaka.

p/s : google ni best dari yang lain, betul tak?

Email dan facebook.

Lama da aku tak update, ni free skit aku update la.
lagipon dah nak final. assigment belambak2 tak buat2.
pak mat weh, bila la kau nak buat ye.. *aku ajukan soalan tu untuk aku sendiri*

**********************************************

Nak bercerita pasal email dan facebook ni, aku rasa ramai dah agak tension dengan notification facebook tu.
setiap kali ada orang komen ntah apa2, farmville sume, memang akan memenuhkan email aku.
yela, sekarang ni mereka2 yang berfacebook tu suka noh tag nama kita kat gambor dia.
kononnya nak komen banyak la tu. contohnya aim. =.='


tu tak termasuk application2 yang otomatik yang ada lagi. farmville, cafe world.
kadang2 aku tak bukak email 2 hari dah beratus2 email. semuanya dari facebook.

"aku dah antar kau email 2hari lepas, kau tak tengok ke khai?"

mana nye nak tengok, kalau bukak email dah ada 900++, aku select all, aku delete je.
nasib la assigment aku semua dalam tu. memang tak dapat dikesan. kalau rajin aku suruh hantar balik kat email lagi satu. drcomot@gmail.com.

Email tu memang khas untuk orang hantar2 assigment je.
tapi tula. orang kata email macam tu tak matang untuk pelajar universiti.
saya_kasanova la, balakcun_ker la, tak matang orang kata, selalunya da sampai tahap universiti ni email bubuh nama panjang je, macam email facebook aku. khairulanuarazman@yahoo.com.
simple dan matang kan? kononnya.

Tapi ada jugak email facebook sampai kat spam. tapi sama je, aku nye email2 penting pon selalu jugak masuk kat spam.

**********************************************

Panjang betul mukadimah aku ni, so hari ni aku nak bagitahu la sebenarnya kita boleh setting email tu, supaya facebook tak hantar apa2 email kat kita.
macam ni.

PERTAMA
Korang pergila kat account setting kat facebook korang tu.

cara buang notification facebook email facebook

KEDUA
Korang click kat notification tu, then korang hilangkan je semua tanda2 "right" kat situ.

cara buang notification facebook email facebook

KETIGA
Last sekali, korang save. konfem lepas tu email korang bersih dari segala hadas2 besar facebook.
macam aku punya.

cara buang notification facebook email facebook
Dah 3 hari dah email aku ni kosong je, takda ke yang nak ber"email" dengan aku? tau la facebook dah ada (:


Taraaaaa!

Amacam, walaupon aku tahu ramai gila yang dah tahu, aku nak buat jugak.
tak ada idea punya pasal.



p/s : Aku pon kadang2 suka tag orang lain kat gambor aku jugak, saja nak mencapap.

Kemaskan shortcut di desktop anda.

Aku akui aku memang hebat dalam menciplak game2 kat cc.
letak la password ke, block user ke, hide ke, aku tetap boleh copy.
tak caya tanya aim. *saje pomot blog kau.

*************************************************

So, ini salah satu software yang aku ciplak dari cc.


actually, software ni untuk menyusun shortcut2 yang ada kat desktop.
yela, ada sesetengah orang, pakai banyak software, pastu tak tau nak susun macamana.
macam bawah ni hah.


ada jugak, sesetengah orang, pakai rocket atau object dock untuk susun desktop diaorang.
nak bagi kemas.
tapi sory to say la. pakai rocket2 ni memang lembab time nak startup tu.


Tapi software yang aku nak citer ni lagi simple. pakai satu shortcut je, pastu korang pandai2 la susun.
just masukkan shortcut dalam folder je.
berminat? korang cuma perlu follow step ni.

PERTAMA.
korang download file dia kat sini. Download (mediafire). Download (4shared)

KEDUA


korang perlu extract apa yang korang download tu, pakai winrar, atau software lain yang boleh extract. tak da winrar? download.

KETIGA
dah extract, cut folder tu. pergi c://, pastu klik kat program files, paste.


Pastikan anda paste dekat program file ye. kang tak dapat run.

KEEMPAT
Ok, lepas korang dah paste, open folder tu, korang akan nampak 1 folder, "shortcut". ada tak?
then korang klik.
korang akan jumpa folder2 lain.


Ok, kat situ la korang nak paste shortcut2 korang. nak letak application, lagu, movie pon boleh.
nak letak tu ikut kretiviti korang.

KELIMA.
Korang create la "application" yang gambo katak tu jadi shortcut korang kat desktop.



*********************************************

Korang tengok la, dari bebanyak shortcut, tinggal satu je kat desktop korang.
kan lebih tersusun.

Sapa2 yang ada masalah, komen2 dan bagitahu la ye.

Review.



p/s: aku suka curik game kat cc, tapi tak main pon.

getpersonas.com - cantikkan firefox anda.

Anda pakai browser apa?
chrome? explorer? firefox?
kalau aku, aku pakai firefox, sebab senang dan best..
pakai chrome sebab dia cantik, ada background belakang.
getpersonas.com cantikkan firefox
Tapi sekarang firefox pon dah ada background smart2.
macam aku punya bawah nie, pakai naruto punya background.
macamana nak buat? senang je, pergi la kat getpersonas.com, pastu korang install plugin dia.
then pilih jela background apa yang korang nak.
senang dan mudah.

getpersonas.com cantikkan firefox
Inilah background aku. dah aku minat naruto, background pon naruto.

Korang cuma pilih je backgound apa yang korang nak. berpuluh2 ribu background korang boleh pilih.

Senang kan? sekarang dah lawa da firefox aku. 
sudah !

Cara nak letak shoutmix di tepi blog.

Kalau kita tengok, macam2 benda baru ada untuk mencantikkan blog nie.
salah satunya nak letak shoutmix kat tepi blog macam aku punya blog ni.

hide shoutbox


Senang sahaja nak buat. kalau korang search kat google, banyak tutorial tuk korang. tapi aku nak bantu dengan perkara simple (:
korang just tekan je button kat bawah gambar tu. 
then, korang cari "MASUKKAN CODE SHOUTBOX KORANG KAT SINI", tukar dengan kod shoutmix anda. mudah kan?

Kelebihan yang aku boleh senaraikan.
-Nampak lagi gempak.
-Teratur dan lebih tersusun.
Keburukan.
-Orang tak nampak.
-Kadang2 lambat keluar
.Cara mengatasi.
-Korang informla kat mane shoutmix korang tu ek.(:

so, bagi korang, macamane?
sudah !