Showing posts with label peringatan. Show all posts
Showing posts with label peringatan. Show all posts

bila semua benda itu mimpi, apa yang realiti?





p/s : Jadi, mungkin kah menjadi pengemis itu juga satu mimpi?

Aku, cita-cita dan impian 2

Tiba2 hilang mood study (padahal tak penah nak tudy pon) so aku plan nak update blog.
dan terima kasih kepada anda semua yang mengomen template baru aku ni. komen2 anda amatla aku hargai. tepuk tangan untuk diri sendiri. phewiit. =.='

***************************************************

Seperti yang dijanjikan, aku nak sambung cerita pasal aku, cita-cita dan impian ni. hari tu (isnin) pensyarah tutor aku ada ceritakan satu kisah motivasi kat budak kelas.
pasal seorang bernama Maty Robbert.


Macam ni hah cerita nya.

Di masa dahulu, ada seorang budak namanya Maty Robert. Maty robbert ni nak dipendekkan cerita cukup la sifatnya sebagai seorang manusia. pandai, hensem, kacak lagi bergaya macam aku uncle.
dan bila kita cerita pasal background family dia, dia berasal dari keluarga yang susah.
bapak dia cuma pemandu disebuah ladang kuda yang besar dan mak dia pulak orang gaji kat situ.
apa2pon, itu tak menjadi penghalang dia nak study or buat apa2 seperti budak biasa.

Pada suatu hari, cikgu maty robbert ni memberikan dia 1 assigment (kerja rumah) untuk dia buat. kononnya tu untuk markah final la.

tajuk dia "IMPIAN SAYA".

Maty robbert ni bukan main suka lagi dapat assigment tu. bagi dia, tu menjadi satu platform untuk dia bagitahu kat dunia tentang impian dia. sebab bagi dia, impian dia adalah segalanya dalam hidup nya.

nak tau apa impian dia? dia nak bina satu ladang kuda yang sangat besar, 400ekar. siap ada banglo lagi kat situ.

**********************************************

So, dengan semangat nya dia buat assigment, dia buat hampir 20 muka surat untuk assigment tu.
kat dalam tu macam2 dia tulis, kat ladang tu kena ada apa, kuda berapa ekor, struktur tanah yang dia nak. siap lukis plan lagi, plan ladang, plan rumah banglo dia, bilik dia dia kat mana, ruang tamu rumah. siap, complete bak kata omputeh.


Pada hari ditetapkan untuk hantar, dia hantar assigment tu.
dalam hati dia, pensyarah mesti berbangga dengan dia, dan bagi fullmark untuk assigment tu. mana taknya, kawan2 dia yang lain suma hantar 1-2 muka surat je. dia sampai 20 muka tau.
tapi, apa yang diharapkan oleh Maty robbert ni, salah sama sekali.

Dia GAGAL dengan assigment tu. 0/100.

"Awak tahu kenapa saya bagi awak gagal? sebab impian awak ni tipu semata-mata. mana la awak boleh capai benda ni. awak tengok ayah dan mak awak. miskin. kerja orang gaji dan pemandu je. ada hati awak nak semua impian yang awak tulis ni? Jadi saya simpulkan yang assigment awak ni TIPU dan gagal."

macamtu la jawapan cikgu dia. amacam? tak ke tersentap member bernama Maty Robbert ni? bila impian yang dia dambakan selama ni cikgu dia cakap macamtu?

"Tak pa, saya beri kamu sehari, kamu ambil assigment ni, kamu buat baru. saya akan pertimbangkan gred kamu."

Maty robbert ambik balik assigment tu, dia balik ke rumah.

Dirumah, dia termenung. memikirkan apa impian yang sesuai untuk dia yang miskin tu. dan berniat nak membuang semua impian2 ladang2 kuda dan rumah banglo dia. apa yang sesuai tuk dia? dia sendiri pon tak tahu.

Kemudian, ayahnya datang kepadanya.

"My son, kenapa ni? daddy tengok kamu ni dok termenung je dari tadi. apa ke hal kamu ni?"

Maty robbert story la berjela tentang apa yang berlaku pada dirinya. pasal assigment dia, cikgu dia, pasal impian dia. dan ayahnya cool je menjawab.

"My son, ini impian kamu. kamu fikirlah, apa yang kamu mahu. daddy sentiasa doakan kamu berjaya mencapai impian kamu"

************************************************************

Keesokkan hari, Maty robbert berjumpa dengan cikgu dia untuk menghantar assigment. dia tak buat apa2 pon. cuma berbekalkan assigment sebelum ni di tangan, dia masuk berjumpa cikgu tersebut.

"Cikgu, cikgu ambil la assigment saya ni. saya tak mahu ubah. cikgu boleh gagalkan saya, cikgu boleh hina saya, boleh gelakkan saya, boleh bakar assigment ni. saya tak kesah. saya tetap pegang impian saya ni."



jadi, dia GAGAL masa tu. tapi dia bersemangat untuk buktikan kat cikgu dia yang dia boleh berjaya.

*
*
*
*
*
*

25 tahun berlalu.

apa yang dia tulis dalam kerja assigment dia, semua menjadi realiti. dia ada satu ladang besau, ada rumah banglo, bahkan lebih baik dari apa yang dia impikan.

ramai penduduk2 kat situ datang berkelah di ladang kudanya.
dan sampai satu masa, cikgu dia yang dulu po datang berelah kat situ.
dan yang paling sweet untuk Maty Robbert, cikgu nya datang kepadanya dan kata.

"saya sebelum ni, selalu mencuri impian2 pelajar saya untuk diri saya. dan semasa saya tengok impian awak, saya rasa sangat mustahil untuk saya capai. tapi, awak telah buktikan, dalam dunia ini, tiada apa pon yang mustahil untuk dicapai."




Amacam? bermotivasi tak? memang betul, dalam dunia ni, tak ada satu benda pon yang mustahil.
semuanya bergantung pada diri kita sendiri, sama ada nak capai atau tak.
dan yang paling penting, jangan la putus asa, putus harapan. kalau korang putus asa dan menganggapnya mustahil, ianya akan jadi mustahil. macam cikgu si maty robbert.


p/s : bermotivasi semula.

Perkara yang kadang2 kita ambil remeh je.



P/s : kadang2 hidup kita kena berterus terang. ambil semua peluang yang ada depan mata. sebab benda yang dah tiada nanti baru kita akan sedar itulah masa dan perkara paling berharga yang kita ada.

Masa, tenaga, duit dan kita?

Apa kaitan kita, masa, tenaga, dan duit? korang tahu?
meh aku simpulkan sesimpul2nya..

******************************************************

MASA KITA MUDA *in our teenage. pergh. speaking~

ADA MASA, ADA TENAGA, TAPI TAK ADA DUIT.
teenager = time + energy ; but no money.

 

________________________________________________________

MASA KITA DEWASA, dah kerja dan sebagainya. *in our working age.

ADA TENAGA, ADA DUIT, TAPI TAK ADA MASA.
working age = energy + money ; but no time


_______________________________________________________
MASA KITA TUA. *in our old age

ADA MASA, ADA DUIT, TAPI TAK ADA TENAGA.
old age = time + money ; but no energy.


**********************************************

Macamni la kitaran hidup kita. 
korang rasa begitu tak?


p/s : tu pon tak tahu lagi dapat hidup sampai bila, kan?




Apa ada tentang mimpi?

Ok, DR TIT da merajuk dengan aku, sebab aku cakap dia gemok.
dah plan hari ni nak story tentang kesihatan2 ni, tapi tak pelah, kita postpone dulu.

********************************************************

Hari ni aku nak story tentang mimpi. apa itu mimpi?
mimpi basah? mimpi hantu? mimpi seram?

Cakap pasal mimpi ni, aku teringat pula 2 hari lepas, aku termimpi han ye seul. serius ni. tapi aku mimpi bodoh2 jela.
mana taknya, kat bilik aku bersepah gambar dia. pusing kiri nampak dia, pusing kanan nampak dia, bangun nampak dia.
tapi macam orang cakap la, mimpi ni terjadi tentang apa yang kita fikir 5 saat sebelum kita tido.

Apa2pon, mimpi ni mainan tido je. TAPI kadang2 ada jugak petanda2 tu.
so korang pandai2 la menilai.
Sudah, back to our topic, *wah macam cikgu lak. aku nak story fakta2 mimpi ni.
korang tengok jela.

FAKTA MENARIK PASAL MIMPI

fakta mimpi dream fact apa mimpi maksud mimpi
  • Ok, ni semua tahu. sebab semua orang bermimpi. tapi tak tahu la wujud penyakit2 extreme yang membuatkan kita tak bermimpi. Dan kadang2, kita bukannya tidak bermimpi, cuma kita lupa apa yang kita mimpi.

fakta mimpi dream fact apa mimpi maksud mimpi

  • Orang buta juga bermimpi. tapi untuk kes yang buta sejak lahir, mimpi mereka cuma merangkumi aspek2 sentuhan, bau2 dan emosi sahaja.

fakta mimpi dream fact apa mimpi maksud mimpi

  • YA, fakta. kita akan melupakan lebih separuh tentang apa yang kita mimpi tu. kalau mimpi korang 2jam, korang mungkin akan ingat benda2 yang dalam 5minit je. dan kadang2 kita lupa kesemua jalan cerita mimpi tu.

fakta mimpi dream fact apa mimpi maksud mimpi

  • Otak kita tidak boleh mereka2 wajah manusia. Jadi, orang yang kita mimpi tu, semestinya kita pernah lihat dimana-mana, sama ada kita kenal atau tak, dan juga mungkin lupa muka orang tersebut. Secara saintifik dan fakta, kita akan melihat beratus2 muka setiap hari, dan otak kita takkan mampu untuk mengingat semuanya. *kecuali mungkin yang cun dan hot boleh la kot. Tapi untuk kes lain, seperti para ulama islam, berkemungkinan yang hadir dalam mimpi tu adalah malaikat2 atau jin2 yang hendak menyampaikan sesuatu.

fakta mimpi dream fact apa mimpi maksud mimpi

  • 12% manusia dalam dunia ini bermimpi dalam warna hitam putih sahaja, dan selebihnya full colour. Ada kajian pada 1915 hingga 1950, kebanyakkan orang semasa itu bermimpi dalam hitam putih. walaubagaimanapon, revolusi dan revolusi berlaku, dan bilangan orang yang bermimpi hitam putih semakin berkurang. hasil kajian, revolusi media massa yang mengubah keadaan tersebut. kan dulu filem hitam putih.

fakta mimpi dream fact apa mimpi maksud mimpi

  • Mimpi itu satu simbolik. mimpi kita takkan bagi straight to the point je. dia bertapis dan simbolik sikit. kita la kena pandai memikirkannya. tak pon kita pergi jumpa pentafsir mimpi je senang.

fakta mimpi dream fact apa mimpi maksud mimpi

  • Kita boleh bermimpi lebih dari satu mimpi sehari. secara fakta, kita akan bermimpi bermacam2 benda dalam 2jam-3jam kita tido. dan kadang2 tu, dah bangun tido balik pon mimpi benda sama, macam berepisod pulak.

fakta mimpi dream fact apa mimpi maksud mimpi

  • Banyak kajian dah dilakukan untuk ini. mereka membuktikan semua haiwan tido, akan mengeluarkan gelombang otak yang sama seperti manusia. kalau kita tengok kucing tido, kadang2 kita nampak ekor dia bergerak2. mesti tengah mimpi indah tu.

fakta mimpi dream fact apa mimpi maksud mimpi

  • Surrounding kita jugak ada pengaruhnya. contohnya, korang mimpi korang tengah tengok konsert super junior kat dataran KL, tapi sebenarnya adik korang yang menyanyi melalak kat sebelah korang.

fakta mimpi dream fact apa mimpi maksud mimpi
  • 70% watak dalam mimpi lelaki adalah lelaki. dan bilangan watak lelaki dan perempuan adalah sama untuk mimpi seorang perempuan. so, mimpi lelaki lebih extreme dari perempuan. dan selalunya perempuan akan mimpi benda2 yang sentimental je.

fakta mimpi dream fact apa mimpi maksud mimpi

  • Kita akan dapat rasa semua deria2 rasa kita yang ada. bauman, ciuman, seronak, perasaan, sentuhan dan macam2 dalam mimpi. kadang2 kita mimpi kena pukul, bangun2 sakit badan, penah tak korang rasa?

fakta mimpi dream fact apa mimpi maksud mimpi

  • Dan last sekali, kalau korang berdengkur, memang susah korang nak bermimpi. pasal kajian, korang try la tanya pakcik google tuk tu. 

**********************************************************

Hah, macamana? dapat sikit fakta2 tak?
korang cerita la pulak story mimpi korang ek. fullstop.


Guna mouse dan keyboard anda dengan kaedah yang betul.

Sebelum tu, aku memperkenalkan, kawan aku punya bapak punya kawan punya jiran ni.
nama beliau DR TIT. dia adalah doktor peribadi aku. baru ambik beliau kerja. gaji free cuma bagi makan je.
saja nak bagitahu. lepas ni kalau korang jumpa muka dia, maksudnya entry ni cakap pasal kesihatan2 dan tip2 kesihatan la tu. adakah anda faham?

********************************************************

Tengah duduk membaca blog,  DR TIT datang kat aku, then sound aku sesukahati dia.

"Kamu pegang mouse salah tu. keyboard pon salah. ni boleh kena penyakit Carpal Tunnel Syndrom ni. mahu mati ka?"

"Kau senyap la. kau dah la gemok, tak hensem pulak tu" kata aku. dan segera dia menunjukkan gambar2 yang ada dalam poket dia.

Gambar contoh Carpal Tunnel Syndrom
untuk lebih info pasal syndrom ni, klik sini.

Percaya atau tidak, DR TIT cakap orang di atas ni, jadi macam ni kerana memegang mouse dan keyboard dengan cara yang salah.
sampai macam ni sekali akibatnya, yang kadang2 kita tak ambil kesah pon.

"abis tu macamana DR? saya mana la penah ambik kesah benda2 macam ni."

"kau tengok jela kat bawah ni, apa susah?"

***********************************************************

CARA2 YANG PATUT KITA PRAKTIKKAN.
 
  
 

BEBERAPA EXERCISE YANG DIGALAKKAN.

 

POSISI SESUAI MEMEGANG KEYBOARD.

 

  • A. The laptop is too high and distant. Your arms are raised and outstretched, resulting in unnecessary fatigue in your shoulders, neck, back, forearms and hands.
  • B. On your lap. Facilitates good arm position, but your head is dropped, causing muscle tension in your back, neck, shoulders and chest.
  • C. The laptop is on a typical desk which is too low and close for comfortable viewing, and too high for upper body comfort. Your hands are higher than your elbows, your wrists are resting on the edge of the desk, and your lower back is not supported. This position increases the risk of injury to your neck, back, elbows, and wrists.
 
 
 Klik pada gambar untuk sebarang pembesaran.

****************************************************

"Oh, macamtu ke DR TIT, baru saya tau. terima kasih ea"

"Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri"

Ok, itu saja story aku dan DR TIT hari ini. fullstop.

***************************************************
p/s : korang praktik2 kan la, sebelum tangan kaki dan hidung korang jadi macam tu =.='
***************************************************

Kaum lelaki sudah pupus? Betul?

*************************************
Situasi
  1. Si anak memberitahu emaknya. "Emak, saya taknak kawen dengan seman tuh. tak hensem." Si ibu menjawab. "Jangan memilih, kang tak kawen2 kau. Lelaki da la kurang sekarang"
  2. Si lelaki bertanya kepada si perempuan. "Kenapa sekarang ni ramai sangat pengkid ea?" dan si perempuan menjawab "Yela, kan lelaki da kurang. diaorang terpaksa la jadi pengkid.
  3. Si guru berkata kepada murid lelaki nya. "Belajar rajin2, spesis korang dah la nak pupus."
  4. Si suami berkata kepada isterinya. "Abang nak kawen lagi nie sebab tak nak bagi ramai perempuan membujang je. Perempuan kan ramai dari lelaki sekarang".
 *************************************

Korang selalu dengar tak ayat2 kat atas tu? Aku macam selalu dengar je. Betul ke spesis aku yang bernama lelaki ni dah semakin berkurang?

"Ratio lelaki dan perempuan sekarang dah 1:7 la weh"

statistik penduduk malaysia mengikut jantina bilangan kaum lelaki dan perempuan di malaysia
Barisan awek aku.

Ayat ratio2 antara laki perempuan ni dah selalu sangat aku dengar. betul ke perempuan lagi ramai dari lelaki? Bila aku tengok balik bila aku sekolah rendah dulu, sekolah menengah, matrik. memang betul pon. kawan aku kebanyakkan nya perempuan. 1 kelas, 8 laki, 27 perempuan.
Tapi aku pelik la. Kenapa kawan lelaki aku, yang tak ada awek lebih ramai dari dari kawan perempuan aku? kebanyakkan kawan lelaki aku single je, tapi nak jumpa kawan perempuan yang single susah benor. bila aku tanya kat kawan2 perempuan.

"Biasala, lelaki ni kan selalu main kayu 3,4,5. kau bayangkan sorang laki couple 7. Tu yang jadi macam tu"

*****************************************************************
Cis. tu plak jawapan dia. Ok, aku seorang lelaki. yang juga mempunyai ramai kawan perempuan. aku tengok ramai lagi kawan perempuan aku yang pasang skandal sana sini. kawan lelaki aku yang ada awek, setia je aku tengok. tak ada pasang skandal2 pon. setakat melayan, ngorat2 skit, usha awek2 cun yang depan mata, biasa la tu. =.='

Ok, melalut sudah. kembali topik asal. betul ke lelaki kita dah pupus? Kaum perempuan lebih ramai ke dari lelaki? Ni cek nak habaq mai. Korang sebenarnya salah sama sekali. Lelaki lebih ramai dari perempuan sekarang. Nak bukti?

statistik penduduk malaysia mengikut jantina bilangan kaum lelaki dan perempuan di malaysia
statistik penduduk malaysia mengikut jantina bilangan kaum lelaki dan perempuan di malaysia
statistik penduduk malaysia mengikut jantina bilangan kaum lelaki dan perempuan di malaysia
Sumber dari : epu.gov.my, sumber perangkaan Malaysia
Klik untuk tumbesaran.

******************************************************************************
Ok. sekarang aku rumuskan dalam bentuk graf bar pulak.

statistik penduduk malaysia mengikut jantina bilangan kaum lelaki dan perempuan di malaysia 
 Graf bar statistik penduduk malaysia 2010 mengikut jantina.

Tengok, lelaki yang lebih ramai dari perempuan. ratio 1:7? korang tengok. dan pikirla sendiri. siapa lebih ramai.

***************************************************************

Dimanakah kaum aku yang dipanggil lelaki?
So, aku ada beberapa soalan yang aku tahu sebenarnya, tapi gatal nak tanya.
  1. Mana pergi kaum lelaki?
  2. Kenapa orang lelaki kurang di Universiti?
  3. Apa yang lelaki ni buat sampai kita nampak dia sikit berbanding perempuan?
  4. Last sekali, wahai pengkid, kenapa korang suka perempuan juga, walaupon sebenarnya lelaki ramai?
Korang pikir2 la, dan komen2 ea. aku serahkan tugas tu untuk korang. =.=
sory, pinjam ayat nabil. "Lu piki la sendiri. Assalamualaikum~"

*************************************
Situasi yang aku ubah
  1. Si anak berkata pada ibunya "Mak, saya nak kawen dengan seman mak". Si ibu menjawab. "Banyak lagi lelaki kat luar sana, yang lagi elok untuk kau."
  2. Si lelaki bertanya kepada si perempuan. "Kenapa sekarang ni ramai sangat pengkid ea?" dan si perempuan menjawab "Ntahla, sebab bosan dengan lelaki yang ramai kot."
  3. Si guru berkata kepada murid perempuannyanya. "Belajar betul2, kita sebagai perempuan kena bersaing dengan lelaki yang ramai ni"
  4. Si suami berkata kepada isterinya. "Abang nak kawen lagi nie sebab tak nak bagi ramai perempuan membujang je. Perempuan kan ramai dari lelaki sekarang". Si isteri menjawab "Kepala otak awak".
 *************************************