Aku, cita-cita dan impian 2

Tiba2 hilang mood study (padahal tak penah nak tudy pon) so aku plan nak update blog.
dan terima kasih kepada anda semua yang mengomen template baru aku ni. komen2 anda amatla aku hargai. tepuk tangan untuk diri sendiri. phewiit. =.='

***************************************************

Seperti yang dijanjikan, aku nak sambung cerita pasal aku, cita-cita dan impian ni. hari tu (isnin) pensyarah tutor aku ada ceritakan satu kisah motivasi kat budak kelas.
pasal seorang bernama Maty Robbert.


Macam ni hah cerita nya.

Di masa dahulu, ada seorang budak namanya Maty Robert. Maty robbert ni nak dipendekkan cerita cukup la sifatnya sebagai seorang manusia. pandai, hensem, kacak lagi bergaya macam aku uncle.
dan bila kita cerita pasal background family dia, dia berasal dari keluarga yang susah.
bapak dia cuma pemandu disebuah ladang kuda yang besar dan mak dia pulak orang gaji kat situ.
apa2pon, itu tak menjadi penghalang dia nak study or buat apa2 seperti budak biasa.

Pada suatu hari, cikgu maty robbert ni memberikan dia 1 assigment (kerja rumah) untuk dia buat. kononnya tu untuk markah final la.

tajuk dia "IMPIAN SAYA".

Maty robbert ni bukan main suka lagi dapat assigment tu. bagi dia, tu menjadi satu platform untuk dia bagitahu kat dunia tentang impian dia. sebab bagi dia, impian dia adalah segalanya dalam hidup nya.

nak tau apa impian dia? dia nak bina satu ladang kuda yang sangat besar, 400ekar. siap ada banglo lagi kat situ.

**********************************************

So, dengan semangat nya dia buat assigment, dia buat hampir 20 muka surat untuk assigment tu.
kat dalam tu macam2 dia tulis, kat ladang tu kena ada apa, kuda berapa ekor, struktur tanah yang dia nak. siap lukis plan lagi, plan ladang, plan rumah banglo dia, bilik dia dia kat mana, ruang tamu rumah. siap, complete bak kata omputeh.


Pada hari ditetapkan untuk hantar, dia hantar assigment tu.
dalam hati dia, pensyarah mesti berbangga dengan dia, dan bagi fullmark untuk assigment tu. mana taknya, kawan2 dia yang lain suma hantar 1-2 muka surat je. dia sampai 20 muka tau.
tapi, apa yang diharapkan oleh Maty robbert ni, salah sama sekali.

Dia GAGAL dengan assigment tu. 0/100.

"Awak tahu kenapa saya bagi awak gagal? sebab impian awak ni tipu semata-mata. mana la awak boleh capai benda ni. awak tengok ayah dan mak awak. miskin. kerja orang gaji dan pemandu je. ada hati awak nak semua impian yang awak tulis ni? Jadi saya simpulkan yang assigment awak ni TIPU dan gagal."

macamtu la jawapan cikgu dia. amacam? tak ke tersentap member bernama Maty Robbert ni? bila impian yang dia dambakan selama ni cikgu dia cakap macamtu?

"Tak pa, saya beri kamu sehari, kamu ambil assigment ni, kamu buat baru. saya akan pertimbangkan gred kamu."

Maty robbert ambik balik assigment tu, dia balik ke rumah.

Dirumah, dia termenung. memikirkan apa impian yang sesuai untuk dia yang miskin tu. dan berniat nak membuang semua impian2 ladang2 kuda dan rumah banglo dia. apa yang sesuai tuk dia? dia sendiri pon tak tahu.

Kemudian, ayahnya datang kepadanya.

"My son, kenapa ni? daddy tengok kamu ni dok termenung je dari tadi. apa ke hal kamu ni?"

Maty robbert story la berjela tentang apa yang berlaku pada dirinya. pasal assigment dia, cikgu dia, pasal impian dia. dan ayahnya cool je menjawab.

"My son, ini impian kamu. kamu fikirlah, apa yang kamu mahu. daddy sentiasa doakan kamu berjaya mencapai impian kamu"

************************************************************

Keesokkan hari, Maty robbert berjumpa dengan cikgu dia untuk menghantar assigment. dia tak buat apa2 pon. cuma berbekalkan assigment sebelum ni di tangan, dia masuk berjumpa cikgu tersebut.

"Cikgu, cikgu ambil la assigment saya ni. saya tak mahu ubah. cikgu boleh gagalkan saya, cikgu boleh hina saya, boleh gelakkan saya, boleh bakar assigment ni. saya tak kesah. saya tetap pegang impian saya ni."



jadi, dia GAGAL masa tu. tapi dia bersemangat untuk buktikan kat cikgu dia yang dia boleh berjaya.

*
*
*
*
*
*

25 tahun berlalu.

apa yang dia tulis dalam kerja assigment dia, semua menjadi realiti. dia ada satu ladang besau, ada rumah banglo, bahkan lebih baik dari apa yang dia impikan.

ramai penduduk2 kat situ datang berkelah di ladang kudanya.
dan sampai satu masa, cikgu dia yang dulu po datang berelah kat situ.
dan yang paling sweet untuk Maty Robbert, cikgu nya datang kepadanya dan kata.

"saya sebelum ni, selalu mencuri impian2 pelajar saya untuk diri saya. dan semasa saya tengok impian awak, saya rasa sangat mustahil untuk saya capai. tapi, awak telah buktikan, dalam dunia ini, tiada apa pon yang mustahil untuk dicapai."




Amacam? bermotivasi tak? memang betul, dalam dunia ni, tak ada satu benda pon yang mustahil.
semuanya bergantung pada diri kita sendiri, sama ada nak capai atau tak.
dan yang paling penting, jangan la putus asa, putus harapan. kalau korang putus asa dan menganggapnya mustahil, ianya akan jadi mustahil. macam cikgu si maty robbert.


p/s : bermotivasi semula.


Sila Mengomen.