Aku tidak mempunyai cita-cita, sebab bagi aku cita-cita tu akan mengehad kan apa yang aku minat. tapi aku ada impian. Impian tula yang penting dan harus kita capai.
Hah, ramai tanya aku apa cita2 aku. nak jadi saintis ke? apa ke.
dulu time kecik2, setiap tahun ada cita2 baru. mungkin datang sekali dengan azam tahun baru kot.
penah nak jadi doktor, nak jadi saintis, peguam, penulis novel, pemain tennis, mcm2la.
ada la jugak 20-30 cita2.
dan aku suka tanya kawan aku, apa cita2 diaorang.
kalau best je aku pon nak ikut gak cita2 tu. takda pendirian langsung kan?
***********************************************************
Sampaila satu masa kat matrik dulu, aku dok sibuk tanya cita2 kawan2 aku.
bila ditanya, macam2 jawapan aku jumpa.
diaorang nak jadi macam2. yang nak jadi pemain game DOTA terkenal pon ada.
DOTA - games paling femes kat matrik dulu
sampaila aku tanya kat kawan aku sorang ni, Am je aku panggil.
"Am, apa cita2 kau? doktor gigi ke? doktor bedah ke?"
"macamana ek khai aku nak cakap dengan kau. aku sebenarnya takda langsung cita2 dalam hidup aku."
aku dah pelik masa tu.takkan la takda cita2 kan, belajar bukan main pandai.
"bagi aku cita2 ni akan mengehadkan apa yang aku minat. aku minat gila kimia. so, kalau kau tanya impian, adalah jawapannya. impian aku nak jadi seorang pakar kimia yang berjaya suatu hari nanti."
jawapan tu buat aku terkelu masa tu.selama ni aku asyik pikirkan apa cita2 yang sesuai tuk diri aku.
tu yang kejap2 tukar tu. sebab aku tak jumpa lagi apa yang aku nak.
kata2 dia tu buat aku berpikir, kat dalam dunia ni, ada macam2 cita2 selalu aku dengar.
dan kadang2 kita selalu specifikkan cita2 kita tu.
tapi bila aku tanya
"weh, cita2 kau tu macamana? apa yang dia buat? apa yang kau kena belajar?"
hah, senyap memasing. tak tau apa nak jawab. tu selalu terjadi. satu fakta.
termasuk la diri aku ni. *sambil tuding jari kat aku.
********************************************************
Start dari hari tu, aku mula ubah pendirian aku. mula lupakan cita2 merepek aku sume tu.
dan cari apa yang aku betul2 minat. ok, aku minat math.
dari kecik sampai besau, aku memang minat math. add math tu semua tu kacang rebus je. (pergh bongkak).
bila dah minat math, buat research bagai, jumpa sains aktuari.
nak lebih bangga, korang tengok bawah ni.
The best and the worst job in the world. cuba tengok actuary no bape kawan2?
Bila pikir balik, dulu cikgu yang suruh aku cari satu cita2. siap suruh specifikkan lagi supaya kita tahu apa yang kita nak.
tapi, aku rasa cikgu aku dulu sepatotnya suruh aku cari satu impian. apa yang kita minat.
so lepas aku tau pasal sains aktuari, aku pasang satu impian, nak menjadi seorang pakar aktuari yang berjaya.
tapi, tak tau nape aku dah melupakan impian aku tu. banyak sangat main, dan lupa semua benda yang aku impi dahulu.
********************************************************
Hari ni, pensyarah tutor aku ada cerita satu kisah tentang seorang budak dan impian.
sangat best dan tersentuh. dan sekaligus buat aku bersemangat tuk study sekarang.
nak tahu kisah tu? tunggu la ye.. next post aku buat.
p/s : ingat nak buat entry pendek. panjang jugak. dah2 khai. gi study!
Sila Mengomen.