lucah jugak cikgu aku ni. siri 3.

assalamualaikum, ada orang?

dah lama rasanya blog ini ditinggalkan tuannya. dah berhabuk tak update. follower pon tak naik naik. viewer pon dah larik. password pon 2,3 kali letak, asyik salah, tu tak termasuk terlupa email yang mana satu nak letak. ish sapa lah tuannya yang tak bertanggungjawab ni? mesti hensem. kan?

today, atau dalam kamus bahasa melayu, hari ni, guwa nak sambung stori mori pasal cerita malam pertama cikgu kemahiran hidup guwa, yang lama guwa postpone. tapi sila baca siri 1 dan siri 2 dulu. kang sepatah haram luorang tak faham.


Dalam dunia penyu.


lalu penyu hitam menjawab.

"nampak, saya boleh bagitau cik adik dimana penyu hijau, tapi ada satu syarat. tapi cik adik serius nak tau ni? serius nak tau?"

"mestila nak tau"

"betul betul nak tau?"
"yelaaaa"


"kalau nak tau, satu round dengan saya" kata si penyu hitam.


si penyu betina (hijau) serba salah. kalau nak tau kena satu round, berbaloi ke tak berbaloi tu? mentang mentang la time musim mengawan kan. semua nak ajak mengawan. dia semakin runsing. hati ingin setia pada sang suami, tapi apakan daya, keadaan memaksa. dan penyu betina tersebut akhirnya bersetuju.

dan mereka pon melakukan perkara terlarang itu tanpa segan silu.

sesudah melakukan perkara perkara tersebut, si penyu hitam menunaikan perkara yang dijanjikannya, iaitu memberi tau dimana si penyu hijau (suami) berada.

"tadi saya nampak dia di hujung pulau sana, awak pergi la cari dia kat sana. mana tau kot kot ada" kata si penyu hitam sambil menunjuk dimana arah pulau tersebut.

jauh. bisik hati si penyu betina. tapi demi kasih kasang dan cintanya, dia menyeberangi lautan semua dan menuju ke pulau yang ditunjukkan, dengan daya ketahanan mental yang kuat, dia berjaya sampai ke pulau itu.

malangnya, dia tak jumpa pon suami dia kat situ. puas dia keliling pulau, korek tanah, menjerit jerit panggil suami dia. tak jumpa, tetap tak menyahut. oh pakai handfon?

oh mana suami aku ni?


dia pikir sejenak. tak, dia sedar yang dia hanya penyu, mana leh pakai handfon. dia menangis. dikala tengah syok menangis sambil menyanyikan lagu "mengapa kau tinggalkan aku syaiton?", seekor penyu jantan berwarna kuning menghampirinya, dan tanpa melepaskan peluang dia bertanya.

"mengapa cik adik menangis kesepian disini?"

"saya mencari suami saya yang hilang, si penyu hijau. saya rindu dia. encik ada nampak dia tak?"

"oh, saya tahu dimana dia sekarang"

"dimana?"

"saya boleh bagitau cik adik dimana penyu hijau, tapi ada satu syarat. tapi cik adik serius nak tau ni? serius nak tau?"

"mestila nak tau"

"betul betul nak tau?"

"yelaaaa"

"kalau nak tau, satu round dengan saya". kata si penyu kuning.

cis, kena satu round lagi. bisik penyu betina. dia masih merasa serba salah. tapi nak buat camna, musim mengawan, keadaan memaksa. fikirnya, suaminya mesti memahami. jadi dia pon setuju dan mereka pon melakukan perkara perkara mengawan tersebut sehingga selesai.

"haaa tadi saya nampak suami awak kat pulau pinang sebatang, jauh nun sana. haaa awak cuba la cari dia kat sana"


tanpa mengeluh, si penyu betina tadi pon berenang berenang menuju destinasi berikutnya. tapi perkara sama yang berlaku. suaminya tetap takde. hati si penyu betina mula panas, ntah ntah dia kena prank. cilakak betul. bisiknya.

dia kembali menangis, dan meraung. "mana suami aku??!" disebutnya berulang kali. tiba tiba datang seekor penyu jantan berwarna biru pula, dan bertanya padanya.

"kenapa menangis ni? tak comel la muka menangis. hikhik"

"saya mencari suami saya yang hilang, si penyu hijau. saya rindu dia. encik ada nampak dia tak?"

"oh, saya tahu dimana dia sekarang"

"dimana?"

"saya boleh bagitau cik adik dimana penyu hijau, tapi ada satu syarat. tapi cik adik serius nak tau ni? serius nak tau?"

"mestila nak tau"

"betul betul nak tau?"

"yelaaaa"

"kalau nak tau, satu round dengan saya". kata si penyu biru.


sekali lagi dia bersetuju. dia semakin malas nak fikir. dia redha dengan ketentuan illahi. dia lakukannya sehingga selesai. dan akhirnya, penyu biru tersebut berjaya menemukan penyu betina hijau dengan suami nya yang tercinta. tapi, akan tiba tiba........


penyu betina hijau itu bertelur.


Kembali kepada dunia sebenar, di dalam kelas.

(cikgu)
"haaa korang semua faham cerita yang cikgu cerita ni, sekarang cikgu nak tanya satu soalan, apa kaler telur penyu tu?"

semua budak dalam kelas guwa jawab macam macam. biru la, kuning la, warna biru laut, biru sungai, warna pelangi, semua kitaorang tibai. tapi tetap salah. cikgu dari tadi dok menggeleng kepala je.

"taktau la cikgu, kami surrender."

"cikgu boleh bagitau tapi dengan satu syarat. tapi korang serius nak tau ni? serius nak tau?"

"mestila nak tau"

"betul betul nak tau?"

"yelaaaa"

"kalau nak tau, satu round dengan saya". kata cikgu.




cis patotla dia kata ni cerita untuk malam pertama. hampeh punya cikgu.





Sila Mengomen.