lets imagine bak kata omputih.
di suatu malam yang hening, dimana anda sedang memandu kereta anda dengan sederhana laju, bergerak menuju destinasi yang anda tuju. tak banyak kereta. ada lah 2, 3 bijik yang lalu disebelah, seiring dengan anda. sunyi, memang sunyi. hot fm sahaja yang jadi peneman, berkumandang lagu lagu calon AJL, pergh kena dengan suasana time tu. korang juga turun menyanyi dengan penuh feel dan perasaan, menjerit sekuat hati. tak ada orang disebelah kanan, kiri mahupon belakang. apa nak malu untuk memekak, ye dak?
#tolong ingatkan aku~~#
anda pandu dengan berhati hati, slow, telus dari hati. mana tak nya, anda selalu teringat yang mak anda selalu pesan, "pandu kereta elok elok, ingat la orang tersayang". eh macam dalam iklan pulak. takpe. tak lari gunung dikejar pon. kalau kejar kucing or kejar orang yang berhutang, yes, mereka lari. oh lupa, anda sedang memandu kereta, bukan berlari.
ok, continue imagine.
tapi tiba tiba, anda terasa tak sedap badan, untuk lebih spesific, perut. perut anda seakan akan mempunyai babi baby sebesar adibah noor yang enak menendang nendang. sakit. anda memegang perut anda, usap usap dan berkata "ish, ni mesti salah makan ni. sakitnya". perut anda semakin lama semakin pedih. anda gengam tangan anda sekuat nya, semakin lama semakin lama anda gengam. untuk ke sampai ke destinasi yang dituju, masih jauh. nak berenti singgah melabuh kat petronas/shell/esso, malas pulak. oh, anda perlu buat keputusan sekarang sebelum sesuatu yang berbau keluar tidak sengaja dari punggung anda.
jika ini berlaku, apa kah yang anda perlu lakukan?
nak senang citer tuk lu orang faham, masa lu syok bawak kereta tengah tengah jalan tiba tiba lu orang nak terberak. apa yang lu buat derr?
aku yakin perkara ini selalu terjadi kat anda, anda, anda, dan juga anda.
bersambung part 2. malas nak menulis dah. takde mood. sakit perut.
Sila Mengomen.