bermalam bersama si jelita.

ya, nama aku khai, berumur 20 tahun. single, peramah, mudah berkawan dengan orang, haa pendek cerita yang baik baik tu semua aku. aku belajar di UKM, mengambil jurusan sains aktuari dan dah masuk tahun 2 dah pon. makanan feberet aku nasi goreng ayam yang mak aku masak. takpon maggie kat mapley, sedap jugak lagi lagi kalau ada yang belanja. air feberet? teh o ais. memang aku akan selalu order air tu sebab air tu la yang paling murah.


yaaaa. aku pon tak tau kejadah apa yang aku taip ni. =.='

2 hari lepas aku balik rumah, itupon sebab mak aku dah membebel dah lama aku tak balik. macam tak ingat rumah mak aku kata. nak taknak aku balik jugak. yela mak aku tuh kalau merajuk, kalah awek merajuk. nak tacing tacing tu wajib. silap hari bulan aku mintak duit belanja, dia tak bagi. kan aku yang susah. macamana nak beli nasi goreng ayam dengan teh o ais, ye dak?

tapi sebagai remaja laki yang tak reti duduk diam kat rumah, kalau balik pon konfem takde kat rumah. yela. kalau budak pompuan balik boleh tolong mak dia masak, kemas kemas rumah, lap tingkap, cuci pinggan, buat susu adik. aku? ahh, adik perempuan aku ade 2 orang. biaq pi la diorang yang buat. aku nak merayap.

kalau nak merayap pon satu hal gak. takkan nak kuar sensorang tanpa hala tuju. so disebabkan aku bosan, aku perlu keluar. keluar dari rumah hanya boleh aku tido, makan, tengok cerita cinta kirana, tido balik, makan balik, tengok ulangan cerita kirana episode yang sama. bosan. aku nekad nak keluar. aku tengok handset. semua nombor yang ada aku mesej, ajak keluar. tak kira pompuan ke laki, asal free dan sudi teman aku keluar. takde hal setakat nak belanja makan ke wayang.


dan yes. aku dapat satu mesej. "jom keluar, i pon bosan ni" dari kawan myspace aku, alin namanya. si alin ni aku tak pernah jumpa pon. setakat komen komen kat myspace dulu, pastu mintak no ade lah. kalau tengok kat myspace je memang kemain lawa. layan jelah. kalau ade rezeki boleh aku jadikan awek. wakaka.

nak pendek cerita, semua plan aku buat dalam masa 5 minit, nak kuar gi mana, nak buat apa, nak makan apa, semua tersusun rapi dalam kepala otak aku.

"timesquare, oke? kalau bosan boleh pegi ukit bintang or pavilion.."

so aku bersiap, aku pakai lawa lawa, tunggu bas, tepat kol 1.30 petang aku sampai kat timesquare. pergh punya nervous nak jumpa, 1st time la kata kan. aku mesej dia, dia kata dia dah sampai, tengah beratur nak beli macflurry kat mcD. "oh, awal dia datang".

so aku pergi ke mcD kat tingkat 5 timesquare. tercari cari mana satu la awek yang bernama alin ni. hati ni dup dap dup dap. macamana la rupa orangnya.

"khai?"

ada suara dari belakang. ok, ni sah si alin ni. aku pusing perlahan lahan. Ya Allah, aku macam ternampak satu bidadari depan mata. sangat cantik. putih, dan memang sangat terpanar mata aku tengok dia. dah la tengah makan mcflurry, wah sumpah comel!


"khai, kita duduk makan dulu oke? i tak makan lagi ni dari pagi. family i balik kampung tinggalkan duit je tuk i. haha sadis kan?"

"haa jom, i pon tak makan lagi ni. lapaaaa.."

padahal dah bape pinggan aku melantak sebelum keluar tadi. kenyang pon aku layan je lapar. nak teman awek punya pasal. ahh, aku dah tak keruan time tu. ape ke hal awek cun macam ni ajak makan aku tolak kan?

kitaorang just makan simple je, dia beli cheeze berger, macamtu jugak dengan aku. cuma aku up beli funfries large, makan leh kongsi kongsi. time makan tu, aku taktau kenapa mata aku asyik terpandang lama kat muka dia. terpaku. macam ada magnet pulak.

"haha khai, nape u pandang i semacam niii?"

"you nak tau sesuatu tak? seumor hidup i, i tak pernah nampak pompuan secantik you. ini 1st time so agak nervous. haha"

"you ni macam macam la. i mana ada lawa. bf pon takde you. takde sapa nak kat i"

bodoh ape manusia zaman sekarang ni? ini bidadari kot. memang sapa yang tak pandang memang mata dia ada masalah yang sangat kronik. takpe. its my chance. peluang yang takkan aku dapat kat mana mana. go khai!

"oh ye khai, tadi i datang awal sangat, so i dah beli tiket wayang dah. takpe la, i belanja. tapi tak tau la you suka ke tak tengok cerita ni.."

wah, malunya aku. pada awalnya aku yang plan nak belanja wayang. last last dia yang belanja. nak tolak, ini peluang. nak taknak aku oke je. senyum. tengok pada tiket cerita estet, pukul 8.45 malam. eh malam?

"alin, apsal you beli malam? nanti you nak balik macamana?"

"takpe. sempat. last bas pukul 11 malam ke gombak. ok la, dont wori ok?"

aku senyum. takpela kalau dia dah cakap oke. time tu aku cuma pikirkan keselamatan dia, macamana dia nak balik. aku tak kesah sangat tentang aku, aku lelaki kot. kat mana mana boleh survive.

sementara nak tunggu kol 8.45 tu, aku teman alin jalan jalan sekitar timesquare, tengok baju, tengok kasut. tapi dia tak beli pon. tengok tengok je katanya. tawaf nak dekat 7-8 kali kat timesquare tuh. pastu dia pulak teman aku main game kat arcade. kat situ la aku tengok dia banyak sangat ketawa. bila dia senyum, bila dia ketawa. pegh, terpaku lagi dengan kecantikkan dia. tak terkata aku.

yang paling aku suka, dia tak lupa waktu semayang. siap dia lagi yang ingat kan aku tuk semayang bila masuk waktu.


masa bersama dia sangat cepat berjalan. alih alih tengok jam dah pukul 8.30 malam, dan tepat pukul 8.40 kami masuk untuk tengok cerita estet tu. pelakonnya farid kamil. cis, tak abis abis farid kamil. cerita tu takde la best sangat, aku tak fokus sangat kat cerita tu pon sebenarnya. aku just pandang je muka si alin kalau ada peluang. walaupon dalam wayang tu gelap, tapi aku nampak sinar muka dia tu time dia senyum. chewahh.

abis wayang tepat pukul 10.50 malam. eh, tinggal lagi 10 minit je sebelom bas terakhir.

"sempat tak you balik ni alin?"

"sempat kot"

kami bergegas naik monorel sampai ke stesen titiwangsa, dan terus ke stesen bas. ada la beberapa orang kat situ, dan ada seorang pakcik berbaju rapidKL. so aku dengan beraninya tanya kat pakcik tu, just nak make sure bas terakhir alin belum lagi sampai.

"pakcik, bas terakhir ke gombak dah lepas belom?"

"dah, baru je lepas. dah takde bas dah ni, naik teksi la dik kalau nak balik"

damn. sangat damn.

"lin, bas you dah lepas la. macamana ni?"

"entah la... abis tu macamana. kita terlambat sikit.."

"ok macamni, you amik je teksi, i bayarkan.."

"takpela. taknak. i takut naik teksi. macam2 kes dah teksi ni. takut laa."

"pulak. ataupon i call ayah i, you tumpang rumah i dulu. family you takde kan? so esok pagi you boleh balik, i hantar"

"taknak la, i taknak susahkan family you. takpe. you balik la. tu ade hotel tu, i boleh bermalam kat situ dulu. so you balik je dulu oke?"

"hah? you nak bermalam kat hotel? are you serious? takyah la, tumpang rumah i oke?"

"taknak, i decide i duk je hotel depan ni. so esok i boleh balik. you call la ayah you amik you. takyah risaukan i oke?"

aku serba salah. puas aku pujuk dia, bahaya duduk sorang sorang. dia perempuan, cantik pulak tu. bahaya.

"takpela. kalau tu yang you nak, i teman you check in dulu oke?"

dia angguk. dan kami terus menuju ke hotel di seberang jalan. terpangpang depan hotel tu, "RM70 semalam". so aku yang tolong check in kan, aku ambik kunci bilik, no 311 dan terus ke bilik tu. tapi aku risau jugak, pakcik kaunter tu dah tersengih sengih tengok aku, mungkin orang pandang serong, pikir yang kami nak buat benda yang bukan bukan. tak, aku cuma teman je, lepas aku hantar ke bilik aku akan balik rumah.

"311, tingkat 3 kot. erm alin, boleh ke tinggal sorang sorang? tak takot ke?"

dia senyap je. mungkin dia buat buat berani, taknak susahkan aku. nak taknak itu je yang mampu dia buat. and akhirnya, sampai bilik tu. 311. aku bukak pintu bilik tu, bukak lampu, oh, boleh tahan jugak bilik dia.

tiba tiba alin tolak aku, terus ke dinding. dikuncinya pintu bilik tu. tinggal aku dan dia, hanya berdua.

"khai, teman alin malam ni ok?"

"tapi alinnnnn..."

belom sempat aku habiskan ayat terakhir aku, dia tutup mulut aku dengan jari dia.

"sssshhhh. teman alin ok?"

dia senyum, dan dia mendekatkan muka dia dengan muka aku. muka dia semakin dekat dengan muka aku. memakin lama, semakin dekat. semakin dekat dan semakin dekat.












*******************************************

"along! bangun la. subuh dah. tolong mama niaga hari ni. daaaahhhhh. bangun!"

cis. mama, boleh tak kejut along lagi 20 min ke, 30 min ke? mimpi tengah bes niiiiiii.



p/s : indahnya.. haha


Sila Mengomen.