Hidup sebagai seorang yang berkerjaya ni memang payah. bangun pagi, semayang, mandi, pakai spender, edit-edit rambut sikit kat cermin, dalam keadaan muka tak serupa makhluk tuhan pon dah kena bergerak ke kerja. kalau jadi aku lagi susah. nak pergi keje pon kena bersusah-payah. with all obtacles omputeh kabor. tu pon aku tak bape sure sangat sebab memang dari azali aku benci subjek omputeh.
haa hmmm kat mana tadi?
Ohh ok. kalau jadi aku, memang susah. engkau semua cuba bayangkan, orang biasa yang bekerja biasa nya pukul 6.30 pagi baru nak lap air liuq, baru nak melepaskan dakapan suami/isteri. aku? kalau aku, time time cenggitu aku dah kena standby untuk pergi kerja sambil press press moto lc merah bapak aku tu. itu pon kadang kadang bukan main payah nak start. al maklumlah sejuk lagi enjen dia. naik moto dari rumah semenyih aku, sampai ke stesen ktm kajang. ada lah dalam 20,30 minit. naik tren ktm, turun kat bandar tasik selatan, aku kena tunggu lagi LRT untuk ke masjid jamek. kalau bernasib baik, memang aku sampai tepat 8.15 pagi. kalau takde nasib memang aku senyum jela kat SV sambil menabur janji esok aku akan datang lebih awal. kahkah. tak ke power aku ni? kalau dulu kat UKM, nak turun ke cafe pon kena amik mood 2,3 jam baru boleh mula pergerakan meninggalkan katil, sekarang ni dah macam mesin robokop pon aku rasa. punya cilaka.
hari ni, sama seperti hari hari sepanjang 3 minggu sebelum ni. dengan berbekalkan muka hensem dan rambut spiky tak menjadi serta baju kemeja belang belang hitam kemas dimasukkan kedalam seluar dengan gaya gaya mengalahkan CEO, aku masuk ke dalam opis, menyapa semua orang dalam opis dengan senyuman paling manis semanis keindahan embun pagi.
“selamat pagi encik”
“gudmorning sir”
“hey bos, morning!”
“hello miss, morning”
“morning baby”
kahkah. okay yang morning baby tu memang aku tipu. mana lah aku ada makwe kat opis ni. yang cun cun semua bini orang. yang belum kawin tu.. err macam macam pesen ada. yang gigi jongang, yang jendul tak bertempat, sampai ada yang macam sabut kelapa pon ada aku tengok rambut diaorang. kakaka. punya sedap aku kutuk ciptaan tuhan ye dak? ya ampunn. ini kalau ada sapa-sapa orang opis baca blog aku ni, masak aku dibuatnya.
dan sebagai seorang pelajar intern yang berjaya dan berwawasan di kamponi yang tersohor macam ni, benda pertama yang aku buat bilamana aku duduk di meja aku, adalah mencari supervisor aku. kat mana dia, buat apa dia. walaupon hari hari aku dok berdoa supaya dia sakit dan amik MC, tapi tak penah termakbul. betul la mak aku cakap, doa benda tak elok ni memang susah nak termakbul. dan sedang asyik memandang supervisor yang sedang sibuk di hujung sudut cube, tetiba dia bangun sambil memegang segerombolan kertas di lengan sambil tersenyum sendiri. aku syak ada lah dalam 30-40 helai kertas yang dia pegang tu. itu kalau tetiba datang kat aku, kemudian cakap “khairul, please do this, this this” memang aku ingat nak maki dia kat twitter mahupon fesbuk. alah macam korang tak biasa maki kat twitter kan?
sedang asyik memandang pergerakan supervisor, tetiba aku dapat merasakan sesuatu yang tak pasti. sesuatu yang menyakitkan dan tak bisa diungkapkan. perut seakan akan melakukan pemberontakkan sekular. ahh sudah. ni kalau aku angkat sikit bontot aku ni, memang terlepas angin kentut ni. kali ni memang bukan calang calang punya bau. bisik hati.
aku tengok jarak ke tandas, dengan anggaran kepantasan maksimum 10km sejam, tak mustahil nak tercirit di tengah jalan. ahh sebelum aku memalukan diri sendiri dalam opis dengan mengeluarkan bunyi bunyi tak sepatotnya, aku mengambil tindakan drastik dan drumstik dan selaras dengan kemajuan teknologi, bangun dari kerusi dan terus menuju ke arah pintu tandas dengan gaya yang melulu. Dan laju mengalahkan larian bolt yang tengah pegang rekod dunia tu. Ahh aku bukan kenal sangat si bolt tu.
sesampai di tandas, hmm.. takyah la aku cerita kan? semua dah besar. takkan taik seketul seketul jatuh pon aku nak cerita ye dak? kakaka. okay abang abang kakak kakak yang tengah makan tu jangan membayangkan pulak. boleh gila nanti. Ai taknak bertanggungjawab tahu?
Nak disenangkan cerita, sesudah berak, aku seperti manusia normal yang lain akan ke cermin, membasuh tangan, muka, membetulkan tie, make sure zip tutup, membetulkan baju, dan sebagainya sambil membisikkan kata-kata memuji diri sendiri sampai ke langit. selalunya ungkapan yang bakal keluar dari mulut adalah "eh kacak jugak aku ni". di ungkap dengan penuh konfiden dan jati diri.
Dengan tiba-tiba, pintu tandas tadi ditolak oleh seorang perempuan. ya, perempuan.
tak lain tak bukan, perempuan tersebut adalah seorang makcik cleaner yang berpakaian pink sambil memegang mop lama. Aku syak mungkin makcik indon umur dalam lingkungan 40-an. Tengok paras rupa cenggitu, memang langsung tak menaikkan nafsu syahwat. kakaka. time pagi-pagi cenggini memang waktu makcik-makcik cleaner ni membersihkan tandas agaknya.
“selamat pagi cik”
ucapan yang aku ucapkan dia ambil endah tak endah. dalam hati ada jugak niat untuk mencarut bertubi-tubi, tapi mengenangkan dia sudah umur-umur monopos, jadi aku senyumkan saja.
“pagi pagi lagi cik dah bersihkan tandas”
“ya, pagi pagi dah sudah kena cuci tandas ni”
“ohhh sehari berapa kali cuci?”
“sehari dua kali saja, sekali pagi, sekali petang”
tiba-tiba kedengaran bunyi ringtone ala ala muzik remix. aku dengan segera meraba poket sendiri mana tahu bunyik tu datang dari phone sendiri ye dak? eh tak da. aku pandang tepat ke arah makcik itu. meraba raba juga makcik. habis mop yang dipegang dicampak dan tidak diendahkan. lalu makcik tadi mengeluarkan phone dari poketnya, lantas berkata.
“ya ya aku sudah sampai. kamu di mana??”
aku hanya memandang keras pada makcik tersebut dan beredar dari tandas tersebut. tidak lupa hati aku berbisik.
“power betul cleaner zaman sekarang ni. cleaner pon dah pakai iphone. power power…”
Sila Mengomen.