sekarang ni semua bercakap pasal awek aku. mana mana nak sembang dan gebang pasal awek aku. di blog, tidak lupa juga di laman laman soSIAL macam fesbuk, twitter dan juga myspace (eh mana ada orang main myspace, ketinggalan). semua nak kutuk awek aku. semua nak benci awek aku. aku pelik, kenapa semua bencikan awek aku? kenapa semua nak banned dia? apa salah dia? salah ke dia menang AJL 25? tak salah kan. tapi aku kecewa, sedikit hampa ditambah dengan secubit kesedihan sesedap rasa. Ana rafali menang tak sebut nama aku. macamni ni lah awak bila dah menang. bila dah naik atas pentas pegang tropi kejuaraan, awak lupa saya. dah menang lupa pakwe! dulu saya menang nombor satu acara makan paling banyak sampai termuntah saya tak lupa kat awak pon tau. awak kejam.
ok, kita lupakan pasal si ana rafali ni. tadi baru je guwa mesej dia mintak putus. padan muka dia.
hari ini cuaca baik. indah, tak panas sangat tak sejuk sangat. jadi sesuailah untuk kita bersembang. hari ni kita akan bergebang mengenai satu topik yang hangat, panas, dan meletop pada era ini, selaras dengan kemajuan teknologi malaysia yang menaikkan minyak ron95 sebanyak seposen baru baru ini. juga selaras dengan kadar ekonomi yang sentiasa menaikkan harga minyak, gula dan pelbagai bahan mentah yang lain yang menyusahkan para para berniaga untuk berniaga. ehem. topik kita tak lain dan tak bukan adalah, jeng jeng jeng. tips tips yang berkesan, untuk kita ponteng ke kelas atau kuliah dengan sesukahati mak bapak kita.
pada masa kini, belambak lambak ipta ipta baru yang dibina di malaysia. tak lupa juga ipts ipts mahal, kolej kolej swasta, politeknik, sekolah pondok, sekolah separa pondok, dan bermacam macam institut pengajian tinggi yang di buka demi melahirkan masyarakat yang berwawasan, berpendidikan, dan melahirkan lebih ramai pengganggur bertaraf diploma atau ijazah.
tapi, adakah kita tahu, yang sebenarnya masih ramai diantara kita masih tidak pandai, masih tidak jelas, masih tidak bijak? ya. pelajar kita masih lagi tidak tahu bagaimana untuk memontengkan diri dalam kelas kelas atau kuliah kuliah. pergh ape skema sangat korang ni?
meh aku, khairul anuar azman, 20 tahun kalau ikut bulan, yang juga kaunselor tidak bertauliah dan akan merosakkan otak anak anak muda, mengajar korang tips tips ponteng kuliah dengan berkesan. bagaimana? hah korang layan jela.
1) Pastikan diri anda berada dalam keadaan yang sangat mengantuk lima minit sebelum kuliah bermula.
ini adalah cara yang paling efektif dan berkesan. semakin mengantuk seseorang itu, semakin tinggi peratusan untuk dia ponteng. menurut kajian prof. alfonso di albukek, seorang ahli falsampah, guru tuisyen matematik sekolah rendah dan juga mempunyai ijazah dalam bergebang, statistik beliau mengatakan, genetik otak yang mengantuk, akan membawa cel cel otak yang gila untuk dihantar ke saluran pemalasan otak melalui rongga mulut atau hidung, lebih dari 90peratus. akibatnya, kita akan jadi lebih malas untuk bangun, berjalan untuk ke kuliah apatah lagi jika kelas/kuliah korang jauh yang memerlukan korang melepaskan 1.987 liter peluh korang. apa lagi, tak nampak katil yang setia menunggu? hipotesis awalan diterima.
2) Chat dengan rakan rakan anda sampai lupa diri di laman laman sosial.
ini juga merupakan point point penting, dalam menjalankan misi "ponteng ke kelas secara berjemaah" dan misi "kau ponteng, aku ponteng juga". kita ambil contoh mudah, fesbuk atau nama melayunya bukumuka. see? kita tidak memerlukan tenaga yang banyak untuk ke kuliah, kita hanya perlu berada monitor screen laptop (bergantung pada kebesaran screen anda) untuk membuka BUKUmuka. jika mahu lebih efektif dan efisyen, carilah sorang dua awek yang bajet cun, hot dan menarik tertarik dabom untuk korang chat dan bersembang. mesti korang akan rasa sayang nak tinggalkan awek awek tersebut semata mata untuk ke kuliah yang jauh. pergh penat tu nak berjalan.
3) Tanamkan perasaan "anti pensyarah" pada pensyarah pensyarah tertentu.
pensyarah juga manusia biasa. ada kelebihan, ada kelemahan. ada perkara yang kita suka, ada benda yang kita tak suka dan meluat. apa lagi? kita kenalpasti semua ketidak sempurnaan pensyarah tersebut, listkan semua perkara yang kita tak suka dan meluat dalam sekeping A4. tatap dan kutuk lah pensyarah anda itu, dan ini. lama kelamaan perasaan benci dan menyampah akan meningkat dengan kadar yang sangat drastik dan drumstik. pada masa itu, kita nak pegi ke kelasnya pon malas. eee meluatnya dengan dia!
ok. itu saja untuk hari ni. kepada sesiapa yang nak berjaya dalam hidup, mahu hidup senang dan mewah di masa hadapan, serta mempunyai anak anak dan isteri yang sempurna. sila jangan lakukan perkara perkara diatas. terima kasih.
Sila Mengomen.