Azam.

Malam malam ni sejuk, angin sepoi sepoi je lalu memeriahkan suasanan bilik. tak ketinggalan lagi bunyik bunyik serangga yang bermacam macam bunyik yang menghairahkan jiwa raga. bukan sebab bilik kolej guwa dekat dengan hutan, tapi mungkin sebab bilik guwa bersepah sepah. guwa rasa bukan takat serangga seronok beranak pinak di celah celah katil, guwa jugak khuatir kalau gajah pon tersorok dibawah celahan baju baju yang cantik terletak kat atas katil tu. kalau dia bangun pastu pijak guwa, tak ke mampus guwa tak sempat mengucap? tu tak kira baju baju dalam bakul guwa yang dah bape minggu tak basuh. tapi tak pe, banyak lagi baju guwa tak guna, boleh tahan lagi kot kot sebulan dua. eh kenapa guwa malas sangat ni? Kata azam baru nak jadik rajin. AZAM? hah kejadah pe kau.


semua orang ada azam masing masing. tak kira la miskin, sederhana miskin, sederhana kaya, kaya, malah cun mahupon budak hensem macam guwa, pasti ada azam baru, konon konon nya dah masuk tahun baru azam kena baru.

guwa maksudkan azam, merupakan sesuatu kemahuan (ikut kamus bahasa) untuk menjadi lebih baik,guwa bukan maksudkan mohammad azam bin pakmat tempe. guwa juga tak maksudkan zam zam ala kazam yang dalam citer P ramlee dulu dulu tu.

guwa tension. Setiap tahun baru, guwa kena reka azam baru. kot kot jiran jiran tetangga dan rakan rakan busy body guwa tanya apa azam tahun baru guwa, guwa tau la nak jawab pe. well, mak guwa kata budak universiti malu la kalau ditanya soklan dia tak dapat jawab. baik duk umah kawen, buat anak dan pastu jaga anak. sekurang kurangnya dapat jugak dia main main dengan cucu. katanya.

seperti tahun tahun yang sebelum ni, sama, tak berubah. guwa dah memilih satu azam baru selaras dengan kemajuan teknologi 2011, tuk guwa ambik dan poyokan kepada rakan rakan guwa.

“khai apa azam baru?”

“oh azam baru aku, nak belajar betul betul la,nak naikkan pointer. pastu nak jadi manusia yang berguna, senang mak bapak. haa lagi satu aku nak awek sorang dua. hakhak”









“eh tu bukan macam azam kau tahun lepas ke?”

yelah tu. setiap tahun sama je pon. cuma ubah ayat sikit je. buatnya tak. tak guno jugak.

p/s : azam baru taknak ponteng kelas. hari kedua dah TERponteng. nak buat macamana. katil empuk sangat.


Sila Mengomen.