nama aku khai, seorang budak hensem, baik, peramah, haa yang baik baik dan bersifat mahmudah, tu semua aku. aku bukan setakat hensem dan baik, tapi juga memilik ciri ciri idaman para wanita, which is aku ni caring, memahami perasaan wanita, menjaga maruah nya dan bermacam macam lagi.
perasan. ya, aku ni memang suka perasan. suka perasan hensem, perasan pandai, perasan bagus. walaupon aku tau semua benda yang aku mem"perasan"kan tu takde sama sekali dalam diri aku. tak caya korang tanya la kawan kawan rapat aku, jiran aku, famili aku, kawan kepada adik aku, nenek aku, atuk aku (opst atuk aku dah takde. maaf). mereka semua labelkan aku sebagai seorang budak laki pendek yang suka perasan dan takde kemaluan sifat malu. tapi aku tak kesah. mempunyai level keyakinan yang tinggi itu penting. ntahla, sebab memang aku suka mempoyokan diri sendiri, or mungkin sebab takde orang nak puji aku, so baik aku puji diri sendiri kan?
dan aku merasakan satu kejayaan kepada diri aku sendiri apabila mereka yang asyik men"deny"kan dan meng"tidakmengaku"kan yang aku ni hensem, mereka akhirnya tunduk dan mengeluarkan kata kata penyedap hati seperti "yela khai, kau la laki paling ensem di alam semesta nii", takpon "yela yela, dalam dunia ni kau sorang je hensem", atau yang lebih bergaya dan kerek "khai kau la lelaki yang paling perfect dalam muka bumi ni, hero hero korea ke, hollywood ke semua kalah dengan kau", dan seumpama dan seerti dengannya. walaupon aku tau semua tu dikeluarkan akibat terpaksa, tapi aku assume je semuanya benar benar belaka.
tapi dalam hal perasan perasan ni, ada sorang insan yang asyik banned aku kalau aku perasan. seorang insan yang susah betul nak sedapkan hati aku dengan kata aku ni hensem or baik.
mak aku.
mak aku yang kacak dan ayah aku yang jelita
situasi yang sering berlaku macamni.
"maa, tadi along tengok cermin, hensem jugak along kan"
"tak hensem langsong."
ataupon..
"maa, ade orang puji along hensem..."
"buta ke ape orang tu kata kau hensem..."
takpon..
"mama rasa along dengan anak kawan mama tuu mana lagi hensem?"
"anak kawan mama"
walaupon aku bandingkan diri aku dengan pakcik tua kerepot mana ntah, aku still kalah. pelik aku. ini betul betul menaik kan amarah!
tapi baru baru ni aku telah menjumpai, satu strategi yang berkesan untu mengalahkan ego mak aku, setelah lama aku mencari jalan penyelesaian, akhirnya aku berjaya juga.
"maaa, kawan along cakap muka along MACAM mama.."
"haaaa sebab tu la kau HENSEM, sebab muka kau macam mama.."
yes, satu kejayaan besar untuk diri aku.
p/s : mak aku lagi kuat perasan. perasantan betul.
Sila Mengomen.