budak budak. apa yang korang faham dengan perkataan "budak budak" tu? adakah seorang manusia kecik yang suka menangis mintak jajan tapi tak dapat? atau seorang perwira yang terkedek2 memakai baju atromen sambil memegang belon upin ipin? ataupon sesorang yang suka melompat lompat atas perut ayahnya sambil menyanyi lagu akedemi fantasia? ok semua tu mengarut.
semalam mak aku kol, macam biasa, mengadu masalah yang setiap hari dia hadapi sambil dia selitkan kutukan terhadap jiran tetangga atau dengan kata lain mengumpat. cakap pasal rumah baru kat kajang, cakap pasal tuan rumah depan umah aku, cakap pasal tadi dia makan rojak, cakap pasal adik aku baru je pecahkan spek mata, macam macam lah.
"long, nak tau tak? abangngah eksiden semalamm.. jatuh motoh.."
"laaa. macamana leh jatuh? abangngah kata dah pro naik moto kelas. macamana leh jatuh."
"yelah, moto tu kan berat, abangngah nak elak kan budak melintas. tapi terlanggar jugak budak tu"
"budak tu macamana pulak? mati ke?
"tak, kepala budak jahit je. abangngah tu dah la tak salah, jiran jiran lain suma nampak, budak tu tiba tiba melintas. budak tu adalah dalam 4 ke 5 tahun. yang mama panas hati tu, bukannya ayahnya tu nak gi hantar gi klinik ke ape, dok tinggalkan abangngah darah darah kat jalan tu.. cian abangngah"
"haha, ala abangngah tu dah besar, budak tu kan kecik lagi.."
"tula, nak marah salah, tak mara sakit hati. BUDAK BUDAK kan, nak marah pon bukannya tau apa"
haaa, budak budak tu memang mak aku cakap terang terang. siap aku bubuh semua capital letter lagi. well, budak budak. kalau dia pecahkan gelas kesayangan aku pon, "ala, budak budakkkk". kalau dia campak handfon aku sampai berderai pon, "ala budak budakkk tu longgg". kalau dia tarik hidung aku time aku syok tido sambil menjerit jerit bahasa planet pluto pon, "ala budak budaakkkk". takleh nak marah. innocent macam aku la katakan. tapi alhamdulillah, adik aku takde pape. cuma muka dia dah calar malar. ah! tak calar pon bukan hensem.
********************************************
budak budak atau kanak kanak ribena ni mana la tau apa, dalam kepala otak diaorang ni nak main je. main, makan, main lagi, lapar makan lagi, tido. kalau orang cakap 1 tambah 1 sama dengan teh o ais pon diaorang percaya je. kadang kadang memang haram punya lawak kalau buat bahan. macam yang selalu aku buat..
"adik, nak milo ke nak susuuu?"
"susu"
"nak susu ke milooo?"
"milo"
diaorang amik part belakang je. tukar la dengan air lain, teh o ais ke, milo suam takde susu ke, air embun pagi ke, tu la jawapan mereka. pergh. punya innocent dan rasa tak bersalah langsong mereka yang bergelak budak budak ni dengan jawapan mereka.
so bila bercerita pasal budak budak ni, aku ade stori nak stori ni.
ntah bila ntah, pada zaman dahulu kala, aku nak pegi ke PWTC, ada pesta buku time tu. walaupon dalam otak plan nak usha awek je kat pwtc tu sebenarnya. wahaha aku nak beli buku? haram lah. jadi untuk ke pwtc, aku perlu naik LRT komuter kat titiwangsa, dan seterusnya menuju ke stesen PWTC. betul betul je depan stesen tu bangunan PWTC tu.
jadi, macam manusia biasa yang kacak dan bergaya seperti manusia lain, aku beli tiket LRT, tunggu sambil duduk dalam 5 minit, LRT sampai. pintu LRT terbukak dan aku masuk dengan bergaya, macam manusia lain.
di dalam LRT tersebut, mata aku cepat mengesan tempat duduk kosong, malas nak diri walaupon hanya satu stesen je. ada. dan lantas aku mengorak langkah dengan duduk terus ditempat kosong tu tanpa menghiraukan makcik makcik yang tua kerepot, ibu ibu mengandung, dan jugak awek awek yang buat muka sakit kaki nak berdiri. aku tak pedulik semua tu.
sebelah aku ade seorang makcik, tua jugak kot. dan disebelahnya ade budak kecik lelaki mungkin sekitar 4-5 tahun. dia memegang satu patung atromen sambil mengerak gerak kan patong tu. "fire! fire" mulutnya membebel.
makcik sebelah aku tu tersenyum je tengok budak kecik tu main patong atromen. bukan main suka lagi dia. pastu aku terdengar dia berkata sesuatu kat budak kecik tu.
"adik, dah besar nanti nak jadi atromen ke?"
"taknak. taknak jadi atromen"
"jadi atromen la bagus, boleh lawan raksasa"
"taknakkkk"
"abis tu adik nak jadi ape"
"nak jadi pencuri"
"kenapa plak adik nak jadik pencuriii?"
"sebab mak kata dah besar kena carik duit banyak banyak"
sapola ibu beliau yer?
p/s : aku bersaiz kecik tapi aku bukan budak budak. aku hanyalah insan dewasa yang comel. lalala~
Sila Mengomen.