Kaum lelaki sudah pupus? Betul?

*************************************
Situasi
  1. Si anak memberitahu emaknya. "Emak, saya taknak kawen dengan seman tuh. tak hensem." Si ibu menjawab. "Jangan memilih, kang tak kawen2 kau. Lelaki da la kurang sekarang"
  2. Si lelaki bertanya kepada si perempuan. "Kenapa sekarang ni ramai sangat pengkid ea?" dan si perempuan menjawab "Yela, kan lelaki da kurang. diaorang terpaksa la jadi pengkid.
  3. Si guru berkata kepada murid lelaki nya. "Belajar rajin2, spesis korang dah la nak pupus."
  4. Si suami berkata kepada isterinya. "Abang nak kawen lagi nie sebab tak nak bagi ramai perempuan membujang je. Perempuan kan ramai dari lelaki sekarang".
 *************************************

Korang selalu dengar tak ayat2 kat atas tu? Aku macam selalu dengar je. Betul ke spesis aku yang bernama lelaki ni dah semakin berkurang?

"Ratio lelaki dan perempuan sekarang dah 1:7 la weh"

statistik penduduk malaysia mengikut jantina bilangan kaum lelaki dan perempuan di malaysia
Barisan awek aku.

Ayat ratio2 antara laki perempuan ni dah selalu sangat aku dengar. betul ke perempuan lagi ramai dari lelaki? Bila aku tengok balik bila aku sekolah rendah dulu, sekolah menengah, matrik. memang betul pon. kawan aku kebanyakkan nya perempuan. 1 kelas, 8 laki, 27 perempuan.
Tapi aku pelik la. Kenapa kawan lelaki aku, yang tak ada awek lebih ramai dari dari kawan perempuan aku? kebanyakkan kawan lelaki aku single je, tapi nak jumpa kawan perempuan yang single susah benor. bila aku tanya kat kawan2 perempuan.

"Biasala, lelaki ni kan selalu main kayu 3,4,5. kau bayangkan sorang laki couple 7. Tu yang jadi macam tu"

*****************************************************************
Cis. tu plak jawapan dia. Ok, aku seorang lelaki. yang juga mempunyai ramai kawan perempuan. aku tengok ramai lagi kawan perempuan aku yang pasang skandal sana sini. kawan lelaki aku yang ada awek, setia je aku tengok. tak ada pasang skandal2 pon. setakat melayan, ngorat2 skit, usha awek2 cun yang depan mata, biasa la tu. =.='

Ok, melalut sudah. kembali topik asal. betul ke lelaki kita dah pupus? Kaum perempuan lebih ramai ke dari lelaki? Ni cek nak habaq mai. Korang sebenarnya salah sama sekali. Lelaki lebih ramai dari perempuan sekarang. Nak bukti?

statistik penduduk malaysia mengikut jantina bilangan kaum lelaki dan perempuan di malaysia
statistik penduduk malaysia mengikut jantina bilangan kaum lelaki dan perempuan di malaysia
statistik penduduk malaysia mengikut jantina bilangan kaum lelaki dan perempuan di malaysia
Sumber dari : epu.gov.my, sumber perangkaan Malaysia
Klik untuk tumbesaran.

******************************************************************************
Ok. sekarang aku rumuskan dalam bentuk graf bar pulak.

statistik penduduk malaysia mengikut jantina bilangan kaum lelaki dan perempuan di malaysia 
 Graf bar statistik penduduk malaysia 2010 mengikut jantina.

Tengok, lelaki yang lebih ramai dari perempuan. ratio 1:7? korang tengok. dan pikirla sendiri. siapa lebih ramai.

***************************************************************

Dimanakah kaum aku yang dipanggil lelaki?
So, aku ada beberapa soalan yang aku tahu sebenarnya, tapi gatal nak tanya.
  1. Mana pergi kaum lelaki?
  2. Kenapa orang lelaki kurang di Universiti?
  3. Apa yang lelaki ni buat sampai kita nampak dia sikit berbanding perempuan?
  4. Last sekali, wahai pengkid, kenapa korang suka perempuan juga, walaupon sebenarnya lelaki ramai?
Korang pikir2 la, dan komen2 ea. aku serahkan tugas tu untuk korang. =.=
sory, pinjam ayat nabil. "Lu piki la sendiri. Assalamualaikum~"

*************************************
Situasi yang aku ubah
  1. Si anak berkata pada ibunya "Mak, saya nak kawen dengan seman mak". Si ibu menjawab. "Banyak lagi lelaki kat luar sana, yang lagi elok untuk kau."
  2. Si lelaki bertanya kepada si perempuan. "Kenapa sekarang ni ramai sangat pengkid ea?" dan si perempuan menjawab "Ntahla, sebab bosan dengan lelaki yang ramai kot."
  3. Si guru berkata kepada murid perempuannyanya. "Belajar betul2, kita sebagai perempuan kena bersaing dengan lelaki yang ramai ni"
  4. Si suami berkata kepada isterinya. "Abang nak kawen lagi nie sebab tak nak bagi ramai perempuan membujang je. Perempuan kan ramai dari lelaki sekarang". Si isteri menjawab "Kepala otak awak".
 *************************************


Sila Mengomen.