Lama da aku tak update, ni free skit aku update la.
lagipon dah nak final. assigment belambak2 tak buat2.
pak mat weh, bila la kau nak buat ye.. *aku ajukan soalan tu untuk aku sendiri*
**********************************************
Nak bercerita pasal email dan facebook ni, aku rasa ramai dah agak tension dengan notification facebook tu.
setiap kali ada orang komen ntah apa2, farmville sume, memang akan memenuhkan email aku.
yela, sekarang ni mereka2 yang berfacebook tu suka noh tag nama kita kat gambor dia.
kononnya nak komen banyak la tu. contohnya aim. =.='
tu tak termasuk application2 yang otomatik yang ada lagi. farmville, cafe world.
kadang2 aku tak bukak email 2 hari dah beratus2 email. semuanya dari facebook.
"aku dah antar kau email 2hari lepas, kau tak tengok ke khai?"
mana nye nak tengok, kalau bukak email dah ada 900++, aku select all, aku delete je.
nasib la assigment aku semua dalam tu. memang tak dapat dikesan. kalau rajin aku suruh hantar balik kat email lagi satu. drcomot@gmail.com.
Email tu memang khas untuk orang hantar2 assigment je.
tapi tula. orang kata email macam tu tak matang untuk pelajar universiti.
saya_kasanova la, balakcun_ker la, tak matang orang kata, selalunya da sampai tahap universiti ni email bubuh nama panjang je, macam email facebook aku. khairulanuarazman@yahoo.com.
simple dan matang kan? kononnya.
Tapi ada jugak email facebook sampai kat spam. tapi sama je, aku nye email2 penting pon selalu jugak masuk kat spam.
Tapi ada jugak email facebook sampai kat spam. tapi sama je, aku nye email2 penting pon selalu jugak masuk kat spam.
**********************************************
Panjang betul mukadimah aku ni, so hari ni aku nak bagitahu la sebenarnya kita boleh setting email tu, supaya facebook tak hantar apa2 email kat kita.
macam ni.
PERTAMA
Korang pergila kat account setting kat facebook korang tu.
KEDUA
Korang click kat notification tu, then korang hilangkan je semua tanda2 "right" kat situ.
KETIGA
Last sekali, korang save. konfem lepas tu email korang bersih dari segala hadas2 besar facebook.
macam aku punya.
Dah 3 hari dah email aku ni kosong je, takda ke yang nak ber"email" dengan aku? tau la facebook dah ada (:
Taraaaaa!
Amacam, walaupon aku tahu ramai gila yang dah tahu, aku nak buat jugak.
tak ada idea punya pasal.
p/s : Aku pon kadang2 suka tag orang lain kat gambor aku jugak, saja nak mencapap.
Sila Mengomen.