Tips2 yang best dalam penggunaan google dengan berkesan. korang tau?

walaweh. gua dah habis exam, sekarang gua leh enjoy!

pergh, tak beradab betul aku yer, orang suma bagi salam aku bagi walaweh je. assalamualaikum, apa khabar semua? sehat? (1st time aku buat baik macamni)
aku nama je dah abis exam, tapi masih takleh balik umah. banyak noh aktiviti.
well, menjadi seorang jaksa ni memang kena busy la sikit kan. wah, punya bangga.

hari nih aku dengan suka dan citanya aku nak mengajor anda2 semua apa yang ada kat google yang mungkin anda semua tak tau lagi. kalau tau pon baguslah.
hari2 kita bukak google dan search kat google kan, tapi ada jugak orang yang tak reti nak search2 maklumat yang diaorang nak.

well, aku tiap2 masa menggunakan google. kira aku ni menyapot google habis2san la kalau nak compare dengan yahoo atau sesahabat dengannya. sebab google ni sebenarnya ada banyak gila function dia.
so, aku yang tak bape power ni, nak tunjuk kat korang apa yang ada kat google sebenarnya yang korang mungkin tak tau.

antaranya.

Google boleh jadi kalkulator.
google ni sebenarnya boleh jadi kalkulator jugak. cuba korang taip unsur2 math kat google, contohnya 20 * ((30+40)*2) apa yang keluar?


kat komputer/laptop pon ada jugak kalkulator sebenarnya, tapi kadang2 aku malas bukak, memandangkan aku nih 24 jam duk depan tenet.

Google boleh jadi kamus.
ni aku rasa semua orang tau. dan memang aku selalu praktikkan pon. tapi yang aku selalu praktikkan macamne nak eja sesuatu tu. contohnya macam bawah ni.

Hah, faham fungsinya?

Penggunaan "site:"
penggunaan ni sebenarnya nak search kat blog tertentu sahaja. contohnya korang nak cari maklumat apa2 dalam blog aku, korang just letak jela site:khairulanuarazman.blogspot.com.


so, kalau nak cari maklumat ke apa kan senang.

Google boleh jadi jam dunia.
google pon leh jadi jam dunia. contohnya korang nak tau kat bangladesh sekarang pukul berapa, korang just letak je "time NEGARA". contohnya : time bangladesh


kat semua negara boleh. bahkan kat negeri2 pon boleh.

Google boleh jadi currency convertion.
korang tak yah susah2 nak kira pakai kalkulator RM150 bape dalam dollar bagai. korang letak je macam contoh bawah ni.


semua mata wang pon boleh, dengan syarat betul la korang eja. kalau salah ko tunggu la 3-4 tahun tak berhasil nyer.

Penggunaan " " dalam search.
kalau korang taip ujian semester memang berterabur. memang susah la nak search. kalau korang letak "ujian semester", so dia akan search ujian semester tu tanpa pecahkan ujian dan semesta.


so dia memang akan search ujian semesta je. cara ni memang sesuai la nak cari maklumat tuk kerja projek. search pon takde la trabor.

Penggunaan tanda "-"
penggunann ni sebenarnya macam taknak benda tu keluar. contohnya kalau kita taip david beckham, mesti ada keluar victoria kan? so, kalau taip macam ni "david beckham" -victoria, search korang takkan langsong keluar pasal victoria.

Search fail dalam bentuk dokumen.
dalam pencarian dokumen, korang kena selitkan perkataan ni filetype:TYPE FILE. contohnya, filetype:ppt. selalunya orang akan cari ppt untuk powerpoint, doc untuk microsoft word dan pdf.


then, korang download je fail2 tu. aku selalu nye hantar projek copy paste dari benda nih la. wah, kantoi!

Penggunaan .. untuk sesuatu range nombor.
tips ni sesuai la untuk korang yang tak ingat sesuatu event tu. so, korang letak 1990..1994, nanti akan keluar semua tarikh antara tu. korang takyah letak panjang2 macam ni 1990 1991 1992 1993 1994. just letak 1990..1994 sahaja.


ok, tu jelah aku nak bantu rakan2 aku yang suka mengoogle nih. semoga korang dapat mengoogle dengan baik di masa akan datang.
wakaka.

p/s : google ni best dari yang lain, betul tak?



Sila Mengomen.