kain.

Semalam. bersamaan 19 Mac 2011, lokasi, rumah guwa, bandar rinching, semenyih.

guwa taktau apa nak jadi dengan diri guwa. jiwa guwa sedikit kacau. tak tenteram. guwa duduk situ salah, guwa diri kat sana salah. ada je serba tak kena dengan reaksi badan guwa. guwa rasa tak selesa. hah bila tak selesa, kuar lah muka 10 sen guwa. adik guwa, (guwa panggil angah) jeling serius kat guwa.

"jadik ke tak along? kau ni macam tak jadik je. duit ade tak?"

bab bab duit ni memang guwa lemah. guwa ni dah la boros. makan pon tak cukup. hutang member pon ada yang guwa tak bayar lagi. guwa selok poket belakang guwa, guwa amik wallet ROMP guwa yang guwa beli kan medan, Indonesia awal tahun hari tu. guwa check wallet. perlahan lahan guwa bukak. ade lah beberapa keping duit merah. guwa senyum.

"ade lah. tapi tak banyak. kita share share jela. kita panggil mira dengan atie join sekali. pancung empat orang. duit kete aku support la"

"okay gak. aku follow je. aku pon tengah pokai ni, kalau dapat pancung ramai2 lagi senang nak settle kerje"

guwa tau, adik guwa yang mira dengan atie tu takkan kesah punya. diorang semua takut dengan guwa. guwa ni, kalau balik rumah je, guwa lah raja. guwa jugak la pemaisura. nasik dan lauk lauk, si mira cedokkan. air milo pekat susu lebih, si atie buat kan. guwa tinggal nak bangun pegi atas meja makan je, kemudian melahap la sepuas hati.

guwa panggil lembut.


"eh korang sini sat. aku ade stori best ni. kalah cerita playfull kiss"

guwa stori masalah. itu, dan ini. dan guwa dapat lihat mereka dengar dengan teliti.

"ahh atie, mira. kau nak ke taknak, kau kena join the club gak. aku tak pedulik. okay tak?" ujar guwa tegas.

well, dengan adik adik kena tegas. tapi, hakikatnya guwa baik tau. sopan santun, lemah lembut, menghormati orang tua, hensem, comel.

okay itu korang tak patot baca sebenarnya.



"okay set. kitaorang follow".

hati guwa lega. bagai ada taman bunga matahari dan orkid dalam hati guwa. tambah lagi bayangan guwa dengan lisa surihani berlari lari keriangan di tengah tengah taman tersebut. wah mesti comel.

"okay rakyat rakyat ku, malam ni kol 9 kita gerak pegi bangi okay. takde excuses"





"tapi ingat, jangan bagitahu mama, kalau mama tahu, habis kita nanti".

"okay!"


**************************************************** 

guwa tengok jam. tepat kol 9. angah, mira, atie dah jeling guwa. seakan akan masih ada yang tak selesai. ya, guwa tahu. plan. mana boleh guwa lupa kat plan guwa sendiri. guwa bangun dari kerusi, guwa menuju ke dapur. guwa cari mana mak guwa. eh, selalu nya 24 jam dia kat dapur. mana pulak dia ni?

"maaaaaaa, mama mana?"

"haaa ape dia?"

"maaaa... erm.. along... nak kuarr kejap... nak balik ukm japp... ade barang tinggall laaa...."

"kau ni along, nak pegi mana?? malam malam dah ni. barang pe kau nak amik ni?? dah malam, sok takleh ke nak pegi amik?? pagi tadi mama tengok ade negro tu accident bawak laju bla bla bla, semalam pon ade india masuk gaung bla bla bla. sok je la."

"ala maaa, ni soal hidup mati maaaa. nak siap kan keje. isnin dah kena hatar, kalau amik esok mana sempat along nak buat."

"erm yela. bawak angah tu sekali buat teman"

"okay, mira dengan atie sekali yer".


***********************************************


"along, apa plan kau ni? dah ada barang ke?"

"dah ada plan dah. aku target lama dah benda ni. jap ek.. haa nak sampai dah. depan tu je kedai nya. korang semua okay tak?"

semua angguk. so guwa assume semua okay. dari jauh guwa dah nampak kedai tu. guwa carik parking, guwa parking.

"dah, semua turun"

"yela, takkan nak tido dalam kete sampai esok lak" angah cuba menganjing guwa. cilake.

guwa turun, guwa jalan menuju ke kedai tu. hati guwa berdebar debar. guwa takut barang tu dah tak ade. sebab barang tu dah lama guwa target. kalau orang dah beli macamana? kalau dah takde? kalau tak cukup bajet? semua tu bermain di pikiran guwa.


perlahan lahan guwa jalan. doa juga tidak putus putus guwa baca.

tup! yes. guwa dah nampak benda tu. ada. hujung sekali belah kiri. guwa pasti, itu lah benda yang guwa mimpikan. itu la benda yang guwa agung agung kan. cinta pertama guwa. guwa tak pikir banyak. guwa terus beli je. takde guwa nak tengok benda benda lain selain cinta pertama guwa tu.

"angah, bayar dulu, kat umah pancung".

"yelah".

selesai beli, guwa pon balik ke rumah. sebab guwa ada misi. misi apa? rahsia.

"along, bila nak settle? sok ke malam ni jugak?"

"malam ni la. sekarang dah pukul 11.50malam. kol 12 lebeh2 sikit kita samapai rumah, kita settle terus la."


guwa pandu laju. guwa tak sabar nak sampai ke rumah melunaskan misi guwa. guwa tau misi guwa ni tak seberapa, tapi itu je yang guwa mampu buat. eh bukan guwa sorang, guwa dengan adik adik guwa buat.


"Assalamualaikum"

"haaaa dah pukul 12.30 baru balik? ingatkan dah taktau jalan balik ke rumahhhh"

"tau lahh. ade keje sikit. sori la maaa"

"mama nak tido pon tak senang tau"


guwa cuit mak guwa.

"maaa ni hadiah dari kami. selamat hari jadi yang ke 44"

mak guwa bukak, dia seakan akan dah tau apa yang guwa bagi. kain baju kurung, 4 meter. warna biru.

"kain lagi"




guwa bisik dengan angah.

"ngah, sebelom ni kita bagi apa?"

"kain jugak kot"



selamat hari jadi mama. kami semua sayang mama.


Seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw, kemudian berkata: “Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling berhak aku layani dengan baik?” Beliau bersabda: “Ibumu.” Orang itu bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Beliau menjawab: “Ibumu.” Orang itu bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Beliau menjawab: “Ibumu.” Lalu orang itu bertanya lagi : “Kemudian siapa?” Beliau berkata : “Ayahmu.” - Abu Hurairah ra.



Sila Mengomen.