Extensions untuk pengguna Google Chrome.

hello? ada orang tak? hello? hello? anybody home?

oh, lama gila tak update blog. busy gila. dengan kerja kerja yang bayak lagi terbengkalai. tambah lagi study yang tak hilang ke mana. tu tak tengok result aku lagi, hampeh nak mampus. ntah apa mimpi aku update hari ni pon tak tau. ntah, buang tebiat kot. tebiat nak mampus (macam kata dalam pramlee). ahhhh! sukatihaku lah!

ape kau merepek ni khai?

**************************************************

dah lama aku tak buat post pasal info info ni. sebelum ni asyik dok cerita pasal diri aku je. apa yang aku buat time keluar timesquare la, ape aku buat time raya la, sampai study terok aku semua aku storii. sah sah mesti korang bosan dengar cerita meleret aku kan? ntah. aku menulis sebab aku takut lupa memori memori yang best macam tu. ya, aku mudah lupa.

switch mood.

sok pepagi buta ni, dengan sistem otak mak yang tak berapa nak betul, serta jam yang menunjukkan pukul 7.45 pagi bersamaan dengan hari selasa 12 haribulan, mak nak show uollz semua apa yang boleh uollz boleh buat dengan browser (cth firefox, explorer, chrome). tapi topik kita pada hari ini adalah extension extension yang ada kat google chrome. harap uollz semua beri perhatian ye.

pertama sekali mak nak tanya uollz, uollz tau tak apa itu extension? tau? tension? bukanla uollz, uollz ni memandai je tauu. mak lepukk kang.

extension tuu, macam menyambungan la dalam bahasa melayu. nak bagi senang uollz nak faham, macam kita letak extra benda kat google chrome tu. tak kesah la nak bagi cantik ke, nak bagi semart lagi ke. nak bagi menyusahkan uollz lagi, hah tu semua kerja kerja extension la tu. kalau mak, mak letak la gincu nak bagi mak lawa sikit. eh mak bubuh "extension" jugak tau. tapi mak tak pakai susuk, susuk tu haramm uollzz..

kalau uollz semua dah faham apa tu extension, kat sini mak nak share dengan uollz 10 extension yang wajib akan ada dalam google chrome mak. mesti ada.



hah, kita mulakan dengan sooooosial network dulu ye, photo zoom tuk facebook. facebook photozoom ni memang senang gila uollz nak faham and uollz nak guna. fungsi nya uollz semua tak payah dah nak buang tenaga batin uollz nak klik kat gambar gambar yang ade kat facebook, uollz cuma letak mouse uollz je kat gambar tu, otomatik dia zoom kan punya. senang kan?

mak bagi markah 10/10.




ok, yang nie mak rekemen uollz guna. senang uollz nak stalk wall awek/balak uollz. nak stalk wall mak pon boleh. fungsi extension ni, dia susun fren uollz siap dengan update. kalau kawan uollz tu update je, dia bagi notification comel kat uollz. macam gambar kat atas ni, mak memang suka stalk wall dia, sebab dia suka cari pasal dengan mak. so kalau dia update status senang mak serang dia.

yang ni pon mak bagi 10/10.




cooliris ni mak tak pakai sangat. sebab mak prefer photozoom lagi. tapi untuk uollz mak stori sikit. cooliris ni design dia gempak tau uollz. uollz boleh scroll kesana kemari. nak tengok galeri kat fesbuk ke, tengok video kat utube ke, uollz boleh pakai benda alah ni.uollz klik je kat icon bawah gambar uollz tu. nanti uollz tau lah.

markah mak 7/10.


oleh sebab mak ngidam pakai iphone original tapi tak dapat dapat, so mak pakai extension ni. extension ni akan bagi uollz feel pakai iphone yang touchcreen mahal tu. uollz tak yak nak susah susah scroll kat scrollbar, uollz tarik tarik screen je, ala, macam iphone touch touch tu la.

markah dari mak 8/10.


adakah uollz bosan dengan design logo google yang ntah apa apa? yang tak bawa makna apa kat uollz? hah, mak ade jawapan untuk uollz. uollz semua usah tension lagi. ada extension untuk uollz. extension ni akan ubah logo uollz dengan apa apa benda uollz nak buat. hah terbelit belit lidah mak ni.

yang niiiiiii.....8/10.


OMG. yang ni mak betul betul minat tau uollz. masa nak tengok youtube tu, mak memang nak feel lebih, so mak akan pasang extension ni. dia akan gelapkan sekeliling supaya video kat utube tu nampak lebih menonjol. memang sesuai tuk semua orang yang seka sangat usha awek kat utube macam mak.

10/10 of course.




well, banyak lagi extension extension yang ada, cuma mak jadi "tension" nak taip panjang panjang. ala, uollz semua tengok la sendiri semua extension yang ada. kalau ada apa apa masalah uollz bagitau mak okeh. muaah!


link : https://chrome.google.com/extensions.








p/s: akibat kecelaruan otak diwaktu pagi, sampai aku pon geli baca post aku ni. gila.


Sila Mengomen.