Perempuan tu kadang kadang sangat komplikated.

kadang kadang aku pelik dengan sesetengah manusia ni. aku bukan apa, lately, aku tengok banyak sangat kes macam "kasut crocs kalimah Allah", "putrajaya dan penubuhan malaysia agenda illuminati", yang terbaru pulak kes baju graduasi universiti nak disamakan dengan pakaian paderi yahudi. aku bukan tak percaya benda tu, illuminati memang la ade, cuma kadang2 rakyat Malaysia (orang melayu) ni suka amik bulat bulat apa yang dia baca, telan terus takde kunyah kunyah. kalau makan pon kalau tak kunyah tercekik. alahai. aku nak kutuk melayu sangat pon tak guna jugak, sebab aku melayu. or memang iman aku tak sekuat orang orang yang "paranoid" tu. erm ntahla.


sebab bagi aku nak takut illuminati tu kenapa? macam la apa yang terjadi kat dunia semua ni dibawah kuasa yahudi. semuanya dibawah kuasa yang MAHA kuasa rasanya. dah la. malas aku nak celoteh panjang panjang bab tu. sebab aku rasa baik ustaz or alim ulamak je yang mengulas. kan? lagipon aku bukan jenis curi trafik dengan tajuk entry yang murah macam tu. hihi.

******************************

perempuan? ye. bagi aku kaum sangat pelik or kata lain dia komplikated. sekejap nak ni, kejap taknak. kejap nak tu, kejap taknak. mak aih. pening kepala aku. yang mana satu dia nak pon aku taktau. ni aku bagi example kecik je.

sabtu lepas aku balik rumah. yela, mak aku dah merajuk rajuk sebab aku dah lama tak balik. sampai aku kol pon dia buat suara tacing je. takleh. aku dah dengar sore mak aku lain macam aku terus balik. well, mak. 1000 tahun aku hidup kat muka bumi ni pon tu jela satu satunya mak kandung aku. so kalau dia dah merajuk memang aku tak dapat buat ape. kang aku tak dapat duit belanja, aku nak makan apa?

so macam biasa la, sampai rumah, rilek2, tengok tibi, makan apa yang ada kat rumah. hidup kat rumah memang bez, sebab aku tak penah pikir nak studi kat rumah. eh? kat kolej pon tak pikir jugak, melainkan esok nak exam, malam tu baru kelam kabut. memang stok buat kerja last minit punya. kalau aku studi awal awal ni memang member kata macam ni.

"buang tebiat nak mampus ape khai?"


malam tu, aku tengok adik aku yang perempuan ni dok berkepit dengan henset dia. bukan main lagi, ibarat menunggu suami call mengatakan dia selamat dari berperang. muka mengharapkan sesuatu datang.

"iya, kau mesej dengan bf ke? macam mati laki je kau ni"

"takde la. mesej kawan la. mana ade bofren"

kawan? takde nya kalau mesej kawan sampai buat muka mengharap macam tu. kan? tipu ahh. nak tipu aku memang tak dapat la.

"long, kau kata kau dokter cinta kan? aku nak tanya ni"

"ape dia?"

"macamana kita nak tau yang laki ni suka kat kita?"

"laki ni simple je. kalau dia suka, dia cakap je dia suka. kalau dia cakap dia suka kau tu. dia suka la kot. mana aku tau. laki yang mesej dengan kau ni ke?"

"aah. dia kata dia suka aku. dah setengah jam aku tunggu dia reply mesej aku, tak reply reply pon."

"kau suka dia tak?"

"taklah. aku anggap dia kawan je. kawan je ok"

"kalau kawan kenapa kau menharap sangat dia reply mesej kau? rilek sudah"

"aku dengan dia kawan je ok!"


tut tut. henset dia bunyik. muka dia berubah terus. tersenyum lebar. macam dapat iphone 4 free. dia angkat kaki, gerak terus masuk bilik dengan ghairahnya.


ok, laki tu dah reply mesej dia kot.



p/s : dah suka cakap jela. nak tipu aku konon.



Sila Mengomen.