rasanya belum terlambat lagi ni nak cakap selamat hari raya kepada semua. dan kepada semua yang bagi kad raya (padahal sorang je), terima kasih banyak banyak ye. dan yang penting raya tak abis lagi. kan kita puasa sebulan, jadi raya pon sebulan la kan? tu mak aku cakap. tapi, sekarang ni mana feel sangat hari raya kan? bosan nak mampus. nak pegi berjalan umah orang pon malas. tambah lagi dengan panas terik. lagi lah malas. dulu time muda2 rajin la. duk ketuk umah orang bagai nak rak, niat nak kutip duit raya banyak banyak. 20sen pon dah oke, apatah lagi dapat 50sen, singgit. kalau tak dapat duit raya, tahun depan pakat adik beradik taknak ke rumah tu dah.
source : google.
sekarang? harammm. pegi raya umah orang, kalau la dapat 50sen. cuba korang dok pikir pikir, korang tak rasa kelaka gila vavi ke korang yang dah tua bangka ni pegi beraya umah orang dapat duit raya 50sen? baik aku mintak kat mak aku. “maa, nak 50 senn..” konfem dapat. dah besau panjang dah pon. umo da 20, kalau kawen dah mampu buat anak 5,6 orang. cehh, lagi rela aku tak dapat duit raya dari dapat 50 sen. wahaha.
tapi nenek aku cakap, memang macamtu, time kecik bes beraya, time2 besau tahap2 aku dah kurang bez. kau tunggu ah dah tua nanti, jadi seronok balik.
“time raya jela nenek nak tengok cucu2, anak2 berkumpul, time lain dah takleh, masing masing bizi”
ya, betul tu. kot laaaa. aku kawen pon tak lagi. mana aku tau.
**********************************
duit raya?
nak bercerita pasal duit raya, semakin tua agaknya makin banyak duit raya. yelah, makcik makcik yang nak bagi duit raya pon pikir, kita dah studi universiti. takkan nak bagi sama dengan budak sekolah rendah. kalau adik aku dapat rm1, aku akan dapat rm10. kalau adik adik dapat 10, aku dapat 50. setakat 50 sen tu bagi kat budak2 kecik je. buat cukup beli jajan kat kedai.
tapi budak2 sekarang bukan macam dulu, sekarang nak duit banyak je, tak main ah 50sen. nak tikam mainan digimon kat kedai pon dah rm2. lagi la kalau nak beli yoyo ke, kereta control ke. 50sen sebagai duit raya tu dah tak diiktiraf rasanya.
well, aku bercerita melalui pengalaman. tradegi raya ke dua.
*********************************
tahun ni, sama seperti tahun tahun sebelum nya, beraya di johor. kedua dua mak ayah aku orang johor. ayah belah batu pahat, mak belah kampong sri medan. hah, satu kampong dengan Allahyarham datuk sosilawati lawiya tu. tu member baik mak aku tuuu. dari sekolah rendah ke sekolah menengah. mak aku cakap la, mak aku cakap dulu diaorang sama sama satu geng tiru time exam masa kat sekolah agama. taktau la samada mak aku tu gebang ke tak. mak aku tu pon kadang kadang kuat gebang jugak. wahaha. mampus aku kalau mak aku baca ni. sori mom. I love youuu.. aicehh.
dah, banyak merepek pulak. back to stori.
kronologi beraya aku sama je setiap tahun, raya pertama kat umah belah mak aku, kedua kat belah ayah aku, ketiga mak aku balik, keempat umah ayah aku pulak, petang balik. tak pon sebaliknya. senang kan kampong dekat dekat. ulang alik je. takda da masalah nak balik raya. smooth and clean kata omputeh.
raya kedua tahun ni agak bosan, beraya kat kampong belah ayah aku. takde orang sangat kat rumah kat batu pahat tu. yang ada tahun ni famili aku, dan nenek aku kat umah tu. kalau kat umah belah mak aku ramai sikit askar nya. sepupu bukan main ramai, meriah gampang. tapi kat belah ayah aku hampeh. aktiviti yang boleh di buat time tu cuma tengok tv, melepak, ngorat budak umah sebelah, main mercun, dan aktiviti sorang sorang. nak pergi beraya malas. panas terik, dan bukan kenal pon jiran jiran kat situ.
tengah dok sedap melepak sambil online facebook pakai opera mini mobile, aku dengar suara budak budak kirim salam depan umah nenek aku tuh. bukan main seronok diaorang bagi salam, dengar macam banyak suara. sah ramai yang datang.
“Assalamualaikummmmmmmm….”
aku yang pegi bukak pintu. mak aih, bukan main ramai lagi budak budak. bersusun, laki ada, pompuan ada, macam macam warna kulit. warna baju baru raya apetah lagi kaler dia. macam rombongan sekolah tahunan pulak aku tengok. aku nak panggil nenek aku, tapi tengok dia sebok kat dapur memasak dengan mak aku. jadi aku decide biar jela aku yang layan diaorang. ala, budak2. tanya tanya, borak borak sikit, bagi minum air gas sarsi, makan kuih 2,3 keping, pastu dieorang blah la. tak gitu?
“meh masukk. jangan maluu”
***********************************************
“jemput jemput makan kuih tu.. jangan malu malu.. hah, ade cawan dengan air tu. tuang sendiri yerr. kang tercekik pulak makan kuih tuu kalau takde air”
diaorang pon bukak la air botol tu, minum, pastu makan kuih kuih yang ada. sempat la jugak aku tanya duduk mana, mak sapa, ni semua adik beradik ke, baju raya sapa buat, dan macam macam la persoalan aku.
5 min lepas tu semua pandang muka antara satu sama lain. berkerut kerut dahi sambil angkat angkat kening. biasanya tu tanda diaorang dah nak chow. dan yang pentingnya tula time nak salam, sambil amik sampul duit raya. jadi, sebagai laki yang dah dewasa, aku, khairul anuar bin azman, berumo 20 tahun, aku rasa tak salah aku yang bagi duit raya kat budak budak ni.
“1,2,3,4,5,6,7…….14”
hah, aku kira kira yang ada semua 14 orang. kalau sorang 50 sen, baru 7 hengget. ok lah tu, 50 sen sorang. cukup la bajet. lagipon yang datang semua budak budak sekitar 5-8 tahun je. takleh pegang duit banyak banyak. takot ilang. tapi ntah tiba tiba macamne aku tergatal tanya soalan bangang.
“banyak ke duit raya dapat korang semua ni”
“tak, sikitt jeeeee”
ade la jugak yang angguk, ade yang geleng. tapi yang pasti semua buat muka nak duit raya banyak.
“abang lagi la, tak dapat duit raya pon tau. untung dah korang ni.. korang semua ni selalu pegi rumah orang dapat bape posen?”
“mana ada posen banggg. paling sikit pon kitaorang dapat singgit laaaa”
ciss. singgit paling kurang? kuang asam. aku baru plan nak bagi korang 50 sen, hampeh tol. kang aku bagi 50 sen, takot aku dan seisi rumah tu akan dicop sebagai kedekut. calar imej nenek aku. kalau sorang singgit, ikut kiraan aku dah rm14. pergh. abis jugak duit raya aku. takleh jadi. rm14 ringgit tu kalau aku buat topup 3 minggu dapat tahan. pikir, pikir. puas aku pikir macamna nak settlekan, diaorang pon nak balik dah tu. jadi aku perlu pikir dengan pantas. dan akhirnya dengan otak aku yang separa bijak ni, yes, aku dapat satu jalan yang efektif lagi kretif.
“neeeekkk! ade orang datang niii.. budak budak.. dah nak balik dahhhhhh..”
hah, biar nenek aku settle kan.
p/s: aku pon paw makcik makcik aku nak duit raya, lagi nak bagi duit raya kat budak budak tu. kirim salam laa. wahaha.
Sila Mengomen.