kadang kadang aku rasa cepat je bumi berputar pada paksinya, rasa cepat je malam dengan siang bertukar tukar. kadang kadang rasa sangat cepat masa berjalan dan berlari. aku dok pikir, start dari tadika masa umor 6 tahun, naik pulak sekolah rendah sampai darjah 6. dari sekolah rendah ke sekolah menengah pulak, duk buat nakal selama 5 tahun. then naik pulak matrik setahun, dan sekarang dah masuk universiti. dah bape tahun tu? kalau kira kira adalah dalam 15 tahun. sekejap kan? pejam celik pejam celik dah 15 tahun. mak aku kata, kalau kawen dah dapat 5-6 anak dah.
selamat hari jadi.
yes, tula ayat yang aku selalu terima bila munculnya 4 september, dimana tarikh mak aku lahirkan aku. yela, bila aku pikirkan balik, mesti mak aku penat angkat aku selama 9 bulan, kesana kemari bawak aku, tambah lagi siksa masa nak keluarkan aku tuh, takkan dapat imagine punya. tapi mak aku cakap benda tu bukan salah aku yang dia kena angkat aku kehulur kehilir, salah bapak aku yang "produce"kan. dulu aku tak bape nak faham, sekarang aku faham.
dan bila sampai tarikh befday, mestila ada sesuatu yang kita harapkan. macam orang lain. macam ex aku dulu duk mengharap coklat, yang kawan baik aku pulak suka baju, dan macam macam lagi wishing list. begitu jugak dengan aku. macam aku, aku pon mengharapkan sesuatu jugak. aku manusia biasa kan. aku tak harapkan sangat hadiah hadiah yang berunsur benda, macam baju ke, coklat ke. aku tak minat. aku lagi suka benda benda yang simple, tapi bagi impak sampai aku tersenyum 7 hari 7 malam.
korang bayangkan, hari ni hari jadi kau. tepat kol12 malam, kau tengok kolej kau kosong je, gelap. selalunya bukan main meriah lagi, tapi hari ni takde orang. jalan jalan round kolej, terserempak dengan member baik, boleh pulak member baik kau tak layan kau, dia kata busy gila, siap marah marah lagi. kau pon tension, kau balik bilik. hati kau pon berbisik "kenapa dengan semua orang ni, hari ni befday aku lah. hepy hepy la sikit". takpe, kau redha. kau masuk bilik kau, tiba tiba kau dengar bunyi mercun, "pup!" dan terdengar orang nyanyi lagu befday untuk kau. pulak tu, kau tengok kat tangan diaorang ada kek hari jadi kau, yang semakin lama semakin rapat dengan kau. "tiup la lilin ni". kata diaorang. baru je nak hembus, ada yang cakap "weh, pejam mata dulu, doa2 dulu sempena hari jadi kau ni, apa yang kau nak". kau pon pejam mata, kau doa, dan kau hembus lilin sekuat hati. semua tepuk tangan sambil ucap semoga panjang umo, hepy befday dan etc etc. gelak gelak, dan mereka tanya kat kau apa yang kau hajatkan tadi. kalau aku, aku jawab "aku doa nak kawen dengan puteri raja!"
itu la yang aku harapkan dari aku kecik sampai sekarang. tapi sayang tak penah dapat. well, bukan semua benda yang kita nak dapatkan?
hari ni, 4 september aku bermula macam 4 september yang lepas2. tak berubah. bangun sahur, aku check fon, tengok banyak yang wish befday, aku reply "tq ;)" macam selalu.
kemudian aku bukak lappy, ntah2 ada yang tukar wallpaper aku dengan wallpaper "selamat hari jadi, khai". takde. check check bawah pintu bilik kot2 ade la selit selit notis "selamat hari jadi khai" kat bawah pintu, mana tau orang masukkan. cet, takde jugak. keluar bilik, pegi tandas, dalam tandas jumpa pulak kawan searas, mengharap kot2 dia balik air kat aku banyak banyak, sambil kata "selamat hari jadi kawanku!", cet, takde jugak. pergi kafe, jumpa junior yang rapat, kot2 diaorang kata "1,2,3 nyanyi. selamat hari jadiiii, selamat hari jadiiiii, bla bla bla" cet, takde jugak. sama macam tahun tahun lepas.
apa apapon aku tak kesah. ia cuma satu harapan ngada ngada yang aku takleh nak buang dari dulu. kecewa? mungkin tak, sebab aku tau mana la ada yang nak buat aku macamtu. aku je selalu buat kat orang. maybe.
petang tadi aku dah bosan keseorangan dalam bilik. bosan yang amat. aku dok pikir pikir, mana best duk bilik time hari jadi, kan? takleh jadi. aku nak sambut ketibaan angka "2" depan nilai umor aku ni. jadi aku pon keluar, ke time square. kalau korang tanya keluar dengan sapa, aku jawab.
"ya, aku keluar sorang".
bukan takde member nak ajak. yela, member member yang tinggal pon sebab ada exam, yang lain semua dah balik kampung masing masing. so mereka nak studi. kalau takde exam pon sebab diaorang taknak keluar. kalau diaorang keluar pon mungkin destinasi tak sama. kalau destinasi sama pon, mungkin dieorang taknak jalan dengan aku. jadi better aku kuar sorang.
hari ni aku nak buat kerja gila, aku nak beli kek coklat, aku nak makan sendiri. aku nak beli lilin, aku nak tiup sendiri. aku nak nyanyi tuk diri sendiri. aku pejam mata, aku doa apa yang aku nak, pastu aku tanya kat diri aku sendiri,"khai, kau doa apa?" pastu aku jawab sendiri "aku nak kawen dengan puteri raja!". yes, memang phsyco. tapi aku aku kesah la. hari jadi ke 20 kot, bila lagi nak merasa kan ;p
sampai kat timesquare dekat dekat pukul 5 petang. puas aku mencari kek kat situ. tak jumpa. dekat 7-8 kali gak la aku pusing sana. sampai bateri badan aku low gila. dah la lapar kan. last last aku give up nak cari. "biar la. aku buat next time jela, masa umor 21". bisik hati aku. itu pon kalau panjang umor, kan?
pusing punya pusing tak sedar jam dah kol 7. dah nak berbuka pon. aku terus gerak ke food court. setibanya aku di sana, korang cuba teka apa yang aku nampak?
ya, pandai. aku nampak barisan yang panjang gila vavi, yang aku pon taktau mana hujung dia. dalam hati dah mencarut marut dah. plus dengan ayat2 menyesal sebab tak pegi beli makanan tu awal. kan dah tak dapat makan. so aku decide aku nak gi semayang dulu, baru makan. dengan perut yang lapar, aku pergi semayang magrib dulu kat surau. damn. taktau la khusyuk ke tak. sebab aku lapar sangat time semayang tu. wakaka.
lepas semayang, aku pegi balik ke food court. Alhamdulillah, que dah tak panjang. masing masing dah habis makan pon. aku pergi beli yee mee, aku beli air, dan cari tempat duduk. tempat duduk pon aku pilih memang taknak kalah, aku pilih yang 10 orang nye tempat. well, aku just assume ada orang duduk kat situ tu makan dengan aku. yes, agak phsyco. tapi aku peduli hape.
tiba tiba ada orang tegur aku, perempuan.
"eh khai. apa kau buat kat sini?"
ohh, nama dia sara. dia kawan matrik aku dulu. aku rapat dengan dia pon sebab dulu aku ketua mentee, dan dia penolong. so selalu gak la berhubung untuk tanya apa apa. tapi sebab aku kat matrik ada awek, so takde la rapat sangat dengan perempuan lain. setia la katakan.
"eh sara, aku saja je jalan jalan. bosan duk kolej. dengan tak malu nye aku nak cakap hari ni befday aku, takkan nak lepak bilik sorang2 je kann".
"befday kau ke? wah2 selamat hari jadi weh. dah tua dah kau. kau sorang ke?"
"aah, sorang jela, takda yang nak teman aku."
"yela tuu, awek mana? haha duduk sorang meja nak besar je.. eh khai, tunggu jap eh".
aku nampak dia pergi kat kawan kawan dia tak jauh dari meja aku. memang tak jauh. ada la 6-7 orang kawan dia. semua perempuan, takde laki. dalam pikiran nanti konfem2 dia akan ajak aku join diaorang. pergh layan jugak. semua perempuan tu. tapi ntah apa la yang dia bualkan. kejap angguk, kejap geleng. tertanya tanya jugak time tu. dia tak bagi aku join diaorang ke? then aku nampak dia ambik satu plastik dan datang kat aku.
"hehe sori khai, meh aku teman kau makan kat sini eh"
"eh takpe ke weh? aku boleh makan sorang sorang la, takde hal. pegi jela makan dengan kawan kawan kau. kesian diaorang"
"takpe. tu kawan searas aku. dah muak dah aku tengok muka diaorang. haha. kau anggap jela ni hadiah hari jadi kau. aiceh'
"HAHA terima kasih la banyak banyak cik sara. susah susah je. jom la makan. mana makanan kau?"
"ni hah"
dia tunjukkan plastik yang dia bawak tadi. ooh plastik big apple. dia makan big apple je? mungkin diet kot. tapi aku tadela nak banyak soal. biar la dia nak makan apa pon.
baru je nak ngap yee mee aku, dia pulak tak bagi.
"khai khai. jangan makan dulu. meh meh. sempena birthday kau hari ni, jom kita assume donut ni kek vanilla, ok?"
dia letakkan donut big apple tu kat atas tisu, dia letak depan aku. tangan dia siap macam letakkan sesuatu atas donut tu, ntah apa ntah.
"kau letak apa pulak tu sara?"
"aku letak lilin la, alaa, kau assume jela aku letak.. jap nak pasang api, nanti kau tiup la yer.."
"HAHA kau ni macam budak budak la sara"
dia senyum je, malu kot aku cakap dia macam budak. tapi aku melayan je. seronok tetiba.
"aku tiup nii"
"eh2 nantiii. kena nyanyi lagu befday dulu. selamatt harii jadiii, selamat harii jadiiii.. selamat hari jadiii untuk khai ngokngekk.. selamat hari jadi...."
"sumbang gila suara kau. HAHA thanks weh"
"jangan tiup dulu yer, kau tutup mata dulu.. kau doa dulu apa yang kau nak khai"
aku pon pejam. bukak mata balik. pastu buat buat tiup, bajet ada lilin. punya la phsyco. pastu pon aku makan donut tu.
"amacam kek vanilla tu? sedap? HAHA"
"aku tak suka vanilla, so tak sedap langsong"
tak. aku tipu. sedap sangat, sara.
p/s : aku tersedar sekejap, kadang kadang apa yang kita nak sangat, kita hajat sangat, dan yang kita harapkan sangat, bukan Allah tak bagi, cuma kita perlu bersabar. dan mungkin dia bagi dengan cara lain kan? sara, kau lupa nak tanya aku apa yang aku hajatkan. nanti kita jumpa aku cakap "aku nak kawen dengan puteri raja!"
Sila Mengomen.