Puasa?

"sahur, sahur, sahur. bangun. kang kau lapar merengek macam budak kecik. bangun along oiiii"

ok itu mak aku. memang hobi dia membebel kat aku, tak kira masa dan tempat. tak puasa ke, puasa ke, sama je. ade je point yang dia try nak tuju kat aku. kadang kadang aku dah buat punya sopan kat umah, kena bebel jugak, di suruh nya buat itu buat ini. kadang2 penat, lagi2 tengok adik adik sedap tengok astro ceria kat luar,cerita sponge bob, kadang kadang digimon yang aku minat gila. dan aku siuk buat kerja tolong mak aku.

tapi aku tau, dia buat camtu sebab dia sayang kat aku. dan aku pon tak kesah, sebab aku pon sayang dia.


dan, bila kat rumah, aku jarang miss sahur. bagi aku kalau aku tak sahur, energy kosong gila. badan jadi tak selesa, macam ade je kurang kat dalam badan. berjalan pon macam mayat hidup, nak tak nak je jalan, orang kata hidup segan mati tak mahu. kalau tak bernasib baik, keluar pulak ayat kurang sopan dari adik aku.

"tu lupa nak charge bateri la tu. kong semacam je along tu."


dan  sekarang, nasib baik rumate aku ni, sama jugak macam aku. kena sahur kalau tak kena gastrik. jadi aku hari2 sahur dengan dia. tak penah miss. eh ada, semalam. tu pon dua2 terlajak tido. dua2 tak sahur. punya lembik aku pagi tu, dengan kelas yang pack gila vavi, nak je aku ponteng. tapi memang aku ponteng pon. wakaka. tak larat dah masa tu.

tiba2 aku teringat masa aku kecik, bila aku tak larat nak puasa je, aku mengadu lah kat mak aku.

"mama, nak bukak pose. along laparrrrr"

mak aku pon kata.

"sabar long, dekat je nak berbuka dah. tahan jela. nak ak singgit tuk hari ni?"

tu dulu. masa muda muda dulu mak aku bagi singgit tuk sehari puasa. total up kalau full dapat rm30 termasuk bonus rm20. so total rm50. woh, masa tu banyak kot nilai 50 tu, beli jajan pon tak luak duit tu. target puasa dulu dulu setakat nak kutip duit 50 hengget. jadi bila dengar macamtu, bertambah semangat nak puasa. 


tahun lepas, aku puasa full. takde ponteng. balik rumah masa cuti, aku mintak 50 hengget kat mak aku sebab puasa full. konon konon.

"maa, nak 50 hengget."

"along nak buat apa?"

"yela, along kan puasa full, mama kan kata dapat singgit sehari puasa."

"kau buang tebiat ape long?"





aku nak try lagi la mintak kat mak aku tahun ni. apa la agaknya respon beliau yer?






p/s : doakan mak aku bagi yer, dapat aku beli baju raya extra.


Sila Mengomen.