PES. Pro Evolution Soccer.
damn. tadi aku kena tibai dengan junior main PES ni.
sebelum main, bukan main lagi aku dok berlagak dengan diaorang.
macam aku bagus sangat.
"kau yakin boleh menang lawan aku?"
tu ok lagi. kalau keluar ayat ayat poyo macam selalu aku buat lagi cilaka.
"PES? korang dah cukup training ke?"
hamik kau.
semalam, ada la lepas terawih tu, aku dapat satu mesej.
bukan awek, bukan mak, bukan ayah.
tapi seseorang yang dipanggil member.
"khai, free tak. nak ajak studi mcD ni".
aku kalau orang ajak studi, kalau aku free takde meeting takde ape. memang aku join.
lagi lagi kat mcd. best kan kat mcd?
dapat makan, dapat studi. dapat cuci mata.
cuci mata tu amik eye mo letak kat mata la.
agak2 kol 10 member aku tu amik kat kolej. dia ada kereta, senang.
memang tu dah jadi rutin dia, kaut aku sampai ke mcD untuk studi.
masuk kereta, gerak, sampai mcD, parking, duduk, bukak buku.
tapi adat la. kalau buat studi group, 4 jam studi tu kena pecah pecah.
makan 1 jam, borak 1 jam. studi 2 jam.
tapi selalunya time makan borak borak jugak. jadi memang studi and borak sama je masanya.
2 jam 2 jam.
time bosan dok cuit cuit orang. dok mengacau orang. dok mengefuck orang.
itu biasa kalau studi studi pastu bosan.
ni awek aku.
aku taktau la, dalam kebosanan tu macam macam cerita keluar.
pasal awek, pasal teknik nak ngorat awek, pasal kawan kawan lain, macam macam la.
dan kawan aku ni suka bercerita tentang diri dia dan famili dia.
bagi aku dia sangat bertuah, dilahirkan dalam suasana family yang berlatar belakang kaya, mewah dan senang.
ayah bawak kereta besar, ada macam macam kereta. rumah jangan cakap.
tambah lagi dengan ada macam macam syarikat bapak dia pegang.
dan dia jugak manusia yang pandai cari duit sendiri, macam2 kerja dia buat, bukan amik mak ayah je.
tambah lagi dengan ada macam macam syarikat bapak dia pegang.
dan dia jugak manusia yang pandai cari duit sendiri, macam2 kerja dia buat, bukan amik mak ayah je.
aku jeles dengan cerita dia.
sampai satu tahap, dia ada cakap.
"aku lepas ni malas la nak kerja bawah orang. terus jadi head planner je, takyah orang nak arah arahkan aku".
"betul tu, so kenapa kau amik degree gak. kalau aku jadi kau, aku benti je studi ni. kerja dengan family lagi elok".
dia senyum rilek je.
"bro, degree ni macam baju bro. kau rasa pelik tak kau datang mcd ni tiba tiba ada sorang tak pakai baju? pelik kan?".
macamtu je dia cakap, dan siap buat lawak lagi.
"kalau amik degree ni baju dia biasa biasa la, amik master baju lawa sikit la. ber"tie" berkemeja la. tu je".
betul jugak. degree ni sekarang bersepah. berlambak lambak. terpikir aku macamana la masa depan aku ni.
even sains aktuari yang aku amik ni demand dia tinggi di pasaran pekerjaan sekarang.
"bro, aku jeles la dengan geng geng lain. study bukan main nak rak kot."
"rilek je bro. studi kena semart. studi ikut buku bukan segala galanya.ayah aku selalu cakap macamni bro, is not important you know what, the important is you know who".
"maksudnya?"
"lembab la kau ni. contohnya perdana menteri nak buat longkang. kau tau buat longkang, ramai jugak tau buat longkang. tapi kau rasa perdana menteri tu amik kau buat ke amik orang yang dia kenal buat? mesti la dia suruh orang yang dia kenal buat bro. kesimpulannya, kau JAKSA. kau amik peluang ni nak kenal ramai orang. bila orang dah kenal kau, tak de hal la."
damn. terkena lembab kat situ. tapi ayat dia buat aku terpikir. apa yang dia cakap betul.
"betul betul betul. tapi bro, studi penting jugak bro. nak kena dapat result gempak ni."
"bro, your success is not determine by the degree you have, but from the car you drive."
p/s : "study tu penting. sosial life pon penting. stabil kan dua dua." on mission.
Sila Mengomen.