saya rindu waktu study macam dulu.

rindu. rindu tu abtract gila. aku pon taktau bentuk dia macamana.
bujur ke, tigasegi ke, polygon square ke.
tapi bila dia datang. amik kau, hati tak tenang. ada je benda yang kita buat jadi salah.
ada je benda buat kita resah, resah dan terus resah.
ada je perasaan yang kita sedang kehilangan sesuatu.
"khai, itu rindu".

**************************************

emosi aku tak stabil lately. macam macam masalah dan macam macam berlaku.
kejap hepy, bila ada orang yang lama jugak aku usha, dia cakap dia suka kat aku. dan dapat rumate yang sempoi, memang sekepala dengan aku.
adakala sedih. bila adik adik yang aku sayang, yang aku rasa aku lah abang senior terbaik diaorang, tapi sebenarnya tak, sedih bila mereka bosan dengan aku. dan bila tengok mereka lebih bahagia dengan yang lain daripada dengan aku.
adakala bangga, sebab dapat menganjing member member baik aku, dapat buat diaorang stop dari menganjing aku balik. dan cakap "1-0".

eh, itu di"consider" bangga ke?

tapi aku memang suka menganjing orang. dan orang itu adalah orang yang dekat dengan aku.

dan kadang kadang aku kecewa, bukan dengan orang lain. tapi dengan diri sendiri.
kenapa? sebab tetiba rasa aku tak dapat survive kat UKM ni. SUSAH yang mungkin bagi orang lain senang.

"kadang kadang kita kena selfish kat uni ni"

itu ada orang cakap. kenapa nak kena jual ikan kat u?
hah, itu korang pikir sendiri.

tiba tiba teringat kat ayat cikgu aku yang comey comey dulu time form 1.

"kamu semua ni, studi bagai nak rak pon kalau tak masuk otak tak guna jugak. studi kena smart. masing masing ada cara tersendiri nak studi semart. find it yer murid muridddddddd."

muriddddd itu panjang. ada la dalam 6 - 7 harkat.
aku? dah lama dah tau studi semart yang kena dengan jiwa aku.
yang kena dengan cara aku. studi ramai ramai.

honestly speaking, apa yang aku rindu adalah geng geng studi aku masa MRSM dulu.
yang dok menyemak kat bilik aku ajak aku studi sama sama.
yang dok berkumpul bilik aku pastu sepahkan buku buku tak reti nak kemas.
yang dok paksa aku jawab soklan addmath itu ini. sampai kadang kadang berpinar pinar aku tengok nombor.


ramai kata studi ramai ramai ni buang masa, borak borak je lebeh.
bagi aku, bila studi ramai ramai, borak borak tu memang borak borak.
tapi still ada input. ada jugak benda yang masuk kepala otak.
contohnya,

"weh, soklan no55 ni susah kot. jom lawan sapa dapat dulu jawapan. kalah belanja nasi lemak!"

time tu yang dok sebok borak berhenti cari jawapan, yang main kad pokemon pon stop jap, dok mencari solusi jawapan.
kot kot dapat nasi lemak free esoknya.

bagi aku, input belajar tu datang dari situ.
sebab aku ni jenis yang taknak kalah dengan orang. nak aku je yang menang, lagi lagi time subjek addmath dulu.
kalau ada je yang dapat jawapan dulu dari aku, aku cabar balik.

"tu nasib je tu, apa kata kita lawan soklan no56 pulak?"

see?



persoalannya, di universiti, sekarang?






p/s : meh aku copy balik ayat kat atas tu. "kadang kadang kita kena selfish kat uni ni". semua orang nak jual ikan kan? sebab mungkin bagi diaorang kejayaan dan kegagalan aku takda apa apa effect pon dalam hidup mereka. nilai persahabatan?


Sila Mengomen.