Ditengah malam ni singgah blog abang Benjul Ben Ashaari, aku ternampak satu perkataan yang memang khas untuk aku, NEWBIE (well aku kan newbie).
so, kalau korang terjah blog beliau disini, korang tahu lah apa yang kena buat.
kita kena buat satu cerita berdasarkan gambar yang diberi, tidak lebih dari 100 patah perkataan mengikut kretiviti masing2.
******************************************
susah sebenarnya nak buat, lama jugak perah apa la yang aku nak cerita.
lagi 100 perkataan je, sebab story2 aku sebelum ni memang panjang berjela.
"aku malas baca blog kau khai, panjang nak mampus." kata kawan aku.
sory la, aku ni kalau dah bercerita memang tak ingat dunia.mau lepak dengan aku, 2-3 jam tak da hal hal berborak.
tapi takpa, bak kata abang Ben, "setiap barang kecil itu ada nilainya .. kena kreatif ..." so ini jela yang mampu aku buat. (abang ben, terima jela yer..)
***********************************************
Tajuk story : Ben Ashaari.
lokasi : satu tempat yang Ben Ashaari tak tahu.
Alkisah seorang lelaki hensem bernama Ben Ashaari berjalan nak menunggu bas. Ni 1st time dia naik bas, tu pon lepas tayar GT-R nissan skyline dia pancit. kalau tak, takda nya nak naik bas, tak machola.
lepas 5min berjalan, nampakla dia pondok bas, dan dia pon rilek je lepak tunggu bas kat situ.
5min tunggu, bas tak sampai2. Ben ok lagi, xpe, fon dia ada game snake (game favorite beliau). dia main la sambil2 tunggu bas.
lepas 30min, ben tahan sabar lagi, walaupon dah nak abis bateri dia main game. sabar2, biasa la naik bas, kena la tunggu sikit.
dah 1 jam lebeh tunggu, bateri fon pon dah kong bas tak sampai2, memang hangin brader Ben.
Tiba2 ada pakcik menjerit kearah Ben.
"Nak, tunggu bas ke?"
Ben angguk.
"Nak, masuk kamu ni dah 37 orang dah tunggu bas kat sini. ni pondok umah pakcik, bukan pondok bas. saje je buat pondok tepi jalan ni nak tengok kete lalu lalang takdela panas."
Ben : @#%%#%%$^@$!
jumlah perkataan : 139
(tu pon lepas aku mendelete
nak seratuspatah dah. tapi alamatnya
terlebih jugak. mintak ampun la yer.
(tu pon lepas aku mendelete
nak seratuspatah dah. tapi alamatnya
terlebih jugak. mintak ampun la yer.
***********************************************
Benda ni berlaku kat aku sebenarnya, masa aku belajo kat matrik dulu. maklum la tak pandai guna bas kat situ. kat KL ni senang je nak naik bas lagi2 rapidKL. betul tak?
ok, masa kejadian aku auting sorang2, aku main redah jela nak naik bas kat mana bagai.
last2, aku tunggu la kat satu tempat yang macam pondok bas, lama gak aku tungu, nak sejam lebih. last2, tu pondok orang, bukan pondok bas. pakcik depan umah tu siap cakap lagi camni.
"pakcik dah perasan dah dari tadi kau nak tunggu bas. tapi pakcik malas cakap. kau pon taknak tanya."
kuang ajau punya pakcik.
p/s : moral of story, jangan berlagak pandai. tak bertanya sesat jalan beb.
Sila Mengomen.