kepada orang yang membahasakan diri mereka gua.

Sekarang aku bosan, tak tau nak buat apa. baru teringat esok ada exam, takpe. chess je kot. pergh. macamla chess tu senang.
yang tag tu nanti aku buat ea. nak pikir idea apa nak buat tag tu. sory kepada semua yang bagi tag. dunt woli, nanti aku buat kalau ada masa.

************************************************

Semenjak dua menjak ni banyak rakan2 blog aku dah tukar cara panggil diri sendiri. sebelum ni kau aku, sekarang dah gua lu. tapi aku tak kesah. aku ok je mana2 pon. yang penting semua happy dalam berblogging.
ni mesti pengaruh cerita adnan sempit. aku konfem derr..


Tiba2, bila pikir bab2 "gua lu" ni aku ingat story zaman budak2 sekolah aku dulu. dulu2 ada gak kawan2 aku yang bahasakan diri gua lu je. tak reti nak guna saya awak, kau aku ke. kecuali dengan cikgu. memang la nak kena libas dengan kerusi kalau panggil cikgu macamtu.
sampai kadang2 aku terasa takut nak cakap dengan dia.

"gua rasa lu patut pegi makan la brader"

tengok, suh gi makan je tapi bunyik dah kasar. nasib dia kawan baik aku, kira aku assume je dia cakap macamni.

"saya rasa awak patut pegi makan la khai."

ha, kan sedap sikit telinga aku dengar. ok, back to story. aku nak cerita bab aku kenakan dia. aku pon tak tau la idea jahat aku ni datang dari mana. dari teka teki udak2 kot.

story dia macam ni.

"weh, jom teman gua pegi tandas. pastu kita lepak berejam kat tandas. bosan dowh cikgu ni ajar. jom ar teman gua."

aku pon ok je. nak ponteng kelas nye pasal. memang bosan pon duk kelas, bek aku lepak tandas. tak buat apa pon. duk depan tandas tu tengok orang lalu lalang.
sesampai tandas, apa lagi, bercerita/mengumpat dan seada dengannya la.
then aku tergerak hati nak tanya dia.

"kau ni memang suka cakap gua lu ea? dah terbiasa ke apa?"

"ala lu ni, lu ingat orang yang cakap gua lu ni jahat2 ke? saja je gua cakap camni. kepuasan."

aku senyum je. pastu aku bagi dia teka teki bodo.

"kau nak dengar teka teki aku tak? kau jawab je la ea. pada zaman dulu, ada satu kerajaan yang sangat besar. ada raja, ada rakyat. tapi tempat dalam negara tu banyak yang tak explore lagi. so, pada suatu masa, raja tu plan nak gi ronda2 tengok negara dia. jalan punya jalan, dia tiba kat satu hutan. jalan2 dalam hutan tu. terjumpa lah dia satu gua yang sangat besar."


"bukan main teruja lagi dia. lepas tu dia masuk la dalam gua tu, mana la tau ada harta karun ke, ape ke. terkejut gila bila dia tengok, banyak gila babi dalam gua tu. bukan sekor dua ekor. tapi beratus2 ekor. tiba2 bendahara raja tu cakap kat raja tu. 'tuanku, kita perlu namakan gua ni'. kalau kau jadi raja, apa nama kau nak bagi tuk gua ni.?"

*
*
*
*
*
*
*
*

"gua babi la"

pastu aku pon buat mata terbeliak, buat2 macam tak faham. dengan sekuat hati aku cakap.

"hah? kau babi?!"

dia pelik, buat muka innocent.

"yela, tadi kau kata gua babi. kau cakap kau babi la kan"

*
*
*
*

dia pon angkat kaki, bla dengan hati yang bengkek dan kembali ke kelas tanpa ajak aku.
bro, 1-0!



p/s : wakaka, aku tak kesah pon korang nak bahasakan diri korang apa weh dengan aku. gua lu ke, apa ke. asalkan aku faham sudah.








Sila Mengomen.