Cerita kawan baik

malam ni menyempatkan diri untuk mengupdate blog. walaupon kalkulus atas pagar tak study pape.
tapi dah rindu macamna kan?

"baik kau takyah buat blog, nanti kau addicted macam aku, study pon tak"  kawan aku cakap.

sekarang ni memang dah kena penyakit tu, nasib baik penyakit ni tak boleh bawak maut.
kalau tak arwah dah aku.

************************************************************

hari ni aku nak story tentang kawan baik. kawan baik dalam kamus hidup aku, kawan yang baik dengan kita *punya senang.
kawan baik ni sinonim jelah dengan sahabat. orang yang kita boleh percaya, yang kita buat benda jahat, jahat, jahat dan baik semua dengan dia.
u jump, i jump also bak kata omputeh.

bak kata orang, kawan biar beribu, bercinta biar seribu satu. tapi dalam ribuan kawan2 aku, aku ada 2 orang je kawan baik. yang kira rapat gila babeng la.

aku pelik, korang perasan tak kalau selalunya kawan baik mesti bertiga termasuk korang?
kebanyakkan la, kalau berempat pon, mesti sorang tu kurang rapat, dan yang tiga tu macam gam?
senang cerita kat mana2 aku servey pon mesti 3 orang jugak. korang macamna?

ok, hari ni nak cerita sorang je, yang lagi sorang tu aku buat kat edisi kedua pulak.
boleh kan?
sebelum nak start cerita, nak lebeh afdhol, baik aku show gambar dia dulu. nah, amik kau!

aku tau kau akan marah aku upload gambar ni, ah, peduli apa aku.blog aku.
sebab ni la gambar yang paling tak hensem yang aku ada. saja nak jatuhkan market kau. =.='

Nama dia ibrahim manaf. aku panggil dia aim je, tapi sekarang dia dah gedik sikit, nak suruh panggil dia naim. mungkin sebab malu kot nama dia macam bangla jual kapet (yang nama ibrahim jangan mara aaaaeee).
sory der, aku akan tetap panggil kau aim sampai kau mampus.

aim ni sama je gila otak nya macam aku. eh, bukan gila, tapi gila-gila. lain kan?
suka buat perkara2 tak berfaedah dengan dia. tapi bak kata dia, sengal2 dia sengal lagi aku.
haha "aku memang sengal" menjerit dengan riak dan bangga.

 
 gila ke tak gila baring2 atas jalan ni?

aku dengan dia ni dah macam gam. asal cuti je, dia la orang pertama aku ajak keluar sebelum ajak skandal2.
mak bapak dia pon dah macam mak bapak aku. aku masuk rumah dia pon rilek je pegi dapur cedok nasik. selambe tak selambe?
ah, dia pon lebeh kurang je. memang tak malu datang umah aku nak makan, mentang2 umah aku banyak makanan kan aim?

takpa, mak aku masak memang untuk kau makan (kau faham kan ayat perli aku ni?)

Aku kenal dia dari aku darjah 4 ke darjah 5. aku pon ingat2 lupa. tapi agak kelaka jugak la bila aku pikirkan balik. story dia macam ni.


dulu aku suka lepak sisi main game emulator king. best gila game tu dulu.
tiba2, ada budak sebaya2 aku jugak duk sebelah kata nak pinjam singgit.

"nak pinjam singgit, nanti aku pulang"

hah, yang meminjam tu dia la, bukan aku. sebab aku tengok dia macam gangster dulu, aku bagi je. singgit je pon.
tapi harapan aku tinggi jugak untuk dia pulangkan balik.

susah jugak jadi ceti ni, nak mintak hutang. lagi2 dia masa tu bukan 1 sekolah dengan aku, sekolah sebelah. tapi selalu terserempak dengan dia.
setiap kali aku terserempak dengan dia, dia lari, takmo bayar hutang aku. kuang ajaq. tapi aku kejar.
tapi sebab main lari2 selalu la aku boleh rapat dengan dia. sampai sekarang.

****************************************************

kalau ada dia, memang takkan duduk rumah. mesti berjalan merayau tak tentu hala.
dari form 3 sampai sekarang, rapidKL tu dah jadi rumah kedua kitaorang. aku rasa rumah pon tempat tuk aku tido je.
mana taknya. dulu rapidKL, 1 tiket boleh guna 1 hari. memang syok. so memang lepak jela dalam bas tu sepanjang hari. dan dalam rapidKL jugak la aku kenal lagi sorang kawan baik aku, annisa namanya. bab annisa tu edisi kedua aku cerita.


bukan nye buat apa pon dalam bas, mengusha awek je. padahal masa tu awek dah keliling pinggang. biasala, budak pramatang.
nak story pasal awek, banyak sangat story. kalau nak cerita satu-satu sok pon tak abis menaip.

tapi yang paling nakal, masa lepas SPM, masa kitaorang berjinak2 nak keje kat KFC.
aku dan dia abis je SPM, 2 hari lepas tu dah cari kerja. jumpa2 KFC kat Raja Laut, chowkit tu.
nak keje KFC bukan senang, kena gi enjek, kena pegi kursus bagai.

masa gi kursus KFC la story awek ni bermula. dalam kursus tu, benda pertama kitaorang cari, awek. bagi aku masa tu takda sapa pon yang cun boleh aku tackle. tapi dalam banyak2 yang tak cantik tu, ada la yang sedap mata memandang.
so, dengan beraninya aim mencabar aku.

"weh, jom kita tengok sapa leh ngorat dia, amacam?"

dah jadi sifat semulajadi lelaki, pantang dicabar. aku on je.
macam cerita biasa, lelaki mintak no. aku tak der nye nak mintak nombor pompuan.
aku jeling2 sikit, borak2 sikit. last2 dia mintak no aku ye. tak caya tanya aim, betapa keciwa nya dia time tu.
dalam 2 minggu je kot perempuan tu cair. hebat tak?

to aim : "sory der, kau memang takleh lawan aku bab2 awek ni. hahahahaha!"


tapi tu dulu, sekarang dah pencen jadi buaya ni semua.
sekarang memasing dah insaf, aim pon ada sorang je awek, aku? jangan ditanya. han ye seul jela awek aku. sedih tak?

*************************************************

apapon, dia la kawan baik aku dunia akhirat, yang aku percaya dia takkan tikam belakang aku punya.
sekurang2nya kalau aku nak buat jahat ada teman. kan?
bukan senang nak cari kawan baik. ada sesetengah tu, kawan baik gila, kemana2 bersama tapi belakang kita dia mengumpat kita, kutuk2 kita.
aku dah banyak sangat dah rasa benda tu.


so, ada sape2 nak berkenalan dengan dia pegi la blog dia sendiri.
tapi nak ngorat takleh la.
kang tak pasal2 awek dia libas korang pakai penyapu.
aku tak tanggung.



p/s : banyak sangat kalau nak bercerita pasal aktiviti jahat aku dengan dia ni. tiba2 terasa diri aku ni banyak dosa pulak. khai, bila kau nak insaf?


Sila Mengomen.