mencik mencik mencik!

tajuk entry nak gedik je kan?



(bunyik angin kedengaran)

Meon : ah, kami semua tak suka kat kau abu. dari dulu perangai kau tak berubah ubah. dok camtu jugak. kau ingat kau sapa nak buat perangai pulak???!
Abu  : weh, aku cuba jadi diri aku sendiri meon, buatpe nak jadi plastik jadi orang lain??!

ujar abu tegas. ya, nama watak utama dalam cerita mengarut guwa kali ni adalah abu. abu bin abun. orang gelar dia abu-orang-semua-tak-suka. semua orang tak suka dia. tak suka dengan perangai dia yang kerek dan poyo tu. hatuihh!

Abu : tak baik membenci orang meon, kita kan sesama manusia, rasulullah dulu lagi banyak musuh, tak pon baginda membenci musuh musuh dia, ni lagikan kita umatnya meon...
Meon : ah! tu rasul. ni manusia biasa abu. ada sifat suka dengan tak suka, tapi aku betul2 meluat dengan perangai kau! pentingkan diri sendiri!
Abu : dah la abu! aku tetap dengan diri aku. aku pelik napa manusia sekarang ni suka benci sesama manusia. sesama manusia pon nak benci benci. blah la kau!

abu segera meninggalkan meon. semakin lama melangkah, semakin jauh meon dari pandangan. semakin hilang. hubungan akrab mereka dulu turut hilang bersama jejak abu. kalau dulu, kemana mana berdua bersama. makan sama, pergi kelas sama, tak lupa juga berkongsi masalah bersama. you jump i jump. you eat i eat you punya makanan.

tapi tu semua dulu.

jalan punya jalan, abu sampai di hadapan biliknya, dia ambil kunci biliknya di poket. dia perlahan lahan buka, mukanya murung. dia terus melandingkan badannya dia atas katil. pening dia memikirkan masalah ni. tangan nya diletakkan diatas dahi. berkerut.

"kenapa manusia sekarang ni macamni? suka benci sesama sendiri? kita kan sama manusia? why why why?"


ronta abu keseorangan. dia masih tidak berpuas hati dengan sikap meon. dengan apa yang meon sudah luahkan. dia keliru, konfius. dia tak tahu apa yang patot dia lakukan. dia keliru dengan dunia sekarang yang penuh dengan onak duri dan jalan berliku.

lantas abu buka laptopnya, ingin dia meluahkan perasaan nya di fesbuk. otaknya bermain main ayat yang ingin dia tulis di wall nya sendiri. biasala orang sekarang semua luah perasaan kan fesbuk kan?

tapi,

tiba tiba sesudah dia buka fesbuk, di news feeds, dia ternampak sesuatu yang tidak sedap matanya memandang. dia mengerutkan dahi nya 3,4 lapis. semakin lama semakin berkerut.

jeng!

24:7 - group k-pop malaysia yang menjadi pilihan para gadis gadis di malaysia waktu kini, dan selamanya


hati abu panas. panas melihat apa yang dilihatnya.


"pergh bodoh nya la makhluk ni. perasan korea pulak. mamat korea tu putih, ni muka cam orang asli pendalaman kampung melayu pon ade hati nak jadi k-pop. hatuih! benci betul aku dengan orang camni. bodoh betul. benci la bodoh!"




tu la manusia sekarang. cakap je pandai. words speak louder than actions.





Sila Mengomen.