Berita Tak Kosmo 1



Kebakaran Berlaku Gak, Tiga Cedera Parah.
BANGI,10 Feb - Alkisah telah berbunyi siren kebakaran di sebuah kolej di Universiti Kebangsaan Malaysia tepat pada pukul 2.45pagi yang menandakan kebakaran besar telah berlaku di situ. 

Jika dilihat dari sudut perspektif dan 360 darjah sisi, kebakaran yang besar itu telah menyebabkan orang ramai takut dan berlari-lari anak untuk menyelamatkan diri mereka, ini terbukti apabila mereka tidak sempat menyelamatkan barang berharga mereka seperti laptop dan juga dompet. Kejadian tersebut menyebabkan keadaan disana menjadi kelam kabut bak pasar malam bangi hari selasa kat shell.

"Saya lari ni nak markah MERIT sahaja, tapi tak apalah, orang ramai lari, saya pon nak lari juga" itulah jawapan mangsa yang cedera di otak kirinya, Rozymie. Mangsa akhirnya dirawat di biliknya sendiri dengan jagaan pribadi Basit selaku roomate beliau.

Beberapa cubaan memadam api dijalankan oleh pihak bomba, tetapi sesudah api padam, mereka menghidupkan semula api tersebut. dan kemudian padam kan semula. Proses tersebut diulang beberapa kali dan akhirnya pihak bomba give up nak hidupkan semula. (pihak wartawan pon tertido masa tu, maaf la ye)

Selepas beberapa minit, pihak bomba senyap-senyap yang diketuai oleh supritendant Azfaruddin telah berjaya menyelamatkan mangsa kedua kebakaran tersebut. "Ni dulu saya putih ni, lepas kebakaran ni saya bertukar hitam. Nanti mak saya mesti da tak cam saya lagi, saya harap ada lah sponsor nak buat plastic surgery ni." kata mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ryn. Walaubagaimanapon, beliau tidak berjaya mendapatkan sponsor tersebut, kerana beliau dah ada JPA.

Tepat pada pukul 3.45pagi, pihak bomba mula beredar dari kolej tersebut setelah kebakaran berjaya dipadamkan. Kemudian semua pelajar balik ke bilik masing-masing dan menyambung aktiviti harian mereka. -berita dalam luar negara edisi terhad.

-------------------------------------------------------------------------
Korang mesti nak tanya mana mangsa ketiga kan? mangsa ketiga aku lah, sakit ati, sakit badan, sakit kepala otak aku melayan karenah aktiviti kolej ni, haish.
-------------------------------------------------------------------------


Sila Mengomen.