Kenapa awak beri saya harapan? Palsu atau tak?

Haish, tengok tajuk kat atas ni macam aku aja yang ditimpa masalah ni.
bukan aku, aku cuma cakap bagi pihak2 yang selalu cakap benda ni.
cinta? apa itu cinta? penting ke cinta ni. mesti la pentingkan. siapa kata tak penting tu maksudnya tak cukup sifat la dia tu.
sekurang2nya cinta kat keluarga, kat tuhan. tak gitu?

tolak cinta kawan

Jadi yang aku tak suka dengar ni bila kawan2 aku ni, duk kutuk2, lagi2 yang pompuan tu, banyak benar kutuk si laki ni. yela, apa yang dia cakap.
"aku tunggu dia lama, tapi kenapa dia buat aku macamni?"
aduyai, aku da rimas dah, banyak betul kawan2 perempuan aku yang mengadu masalah macamni.
so salah siapa sebenarnya? salah lelaki yang bagi harapan palsu ke? salah perempuan?
Bagi aku dua2 salah. ok la, mungkin aku boleh bagi pendapat la kenapa lelaki, atau pompuan buat macam tu, berdasarkan pengalaman aku.
  •  Tu kawan baik dia, takut kalau terus terang nanti terus tak nak kawan, so amek keputusan layan je.
  •  Dia hensem/cantik, jadi rasa best kalau bersama dia walaupon hakikatnya tak suka pon.
  •  Berniat nak pasang lebih dari sorang. apa kejadahnya. sorang pon belum tentu boleh jaga, nak pasang lebih.
  •  Orang tu memahami dia, kadang2 lagi faham dari bf/gf dia, so dia rasa selesa la walaupon tak suka.
  •  Tak ada alasan lain, macam kawan2 aku, tak suka cakap sebab study la, apa la, pastu suruh tunggu dia abis study, padahal alasan nak lari diri je.
  •  Dicabar kawan2 dia, biasa nya budak2 hensem jela wat benda ni, muka market, boleh pegi.
  •  Paling ramai, sesaja nak hilang bosan, besela, manusia ni mane pernah puas dengan apa yang ada, tak gitu?
Yang ni pulak bab yang berharap tu.
  • - Rasa cinta gila babi kat mamat/minah tu, tak nak cari orang lain.
  • - Mamat tu hensem gila, dia suh tunggu 10 tahun pon tak pe, asal kan satu hari nanti laki tu cakap "i love u" kat dia.
  • - bagi dia, laki tu sorang je yang faham dia, walaupon hakikatnya tak.
  • - ada jugak yang memberi harapan tu over, tiap2 hari bagi ayat2 manis, cinta. mana tak cair si berharap tu. pastu tinggal macam tu je bila da dapat.

Tolonglah, bagi aku ramai lagi manusia kat muka bumi ni, kenapa something yang tak pasti korang nak tunggu? bukan ke buang masa tu?
kalau kita tengok, memang la yang bersalah tu yang bagi harapan, tapi yang berharap tu takkan tak sedar yang diaorang diperbodohkan?

Kalau dia tu kawan baik yang jadi punca, baik korang buat macam ni, macamana nak tolak cinta kawan2 baik korang tu. sebab biar sakit dulu sebelum menyesal nanti.
  • - korang cakap je elok2, beranikan diri yang korang just anggap dia kawan je.
  • - tak pon ko cakap " aku ni selama kawan dengan ko, ko takda ciri2 laki yang aku nak la"
  • - cakap yang korang ada suka orang lain, tak pon korang tipu je, cakap dah ada bf/gf walaupon korang tu sebenarnya tak ada. macam yang selalu aku buat. haha
  • - tak pon once korang dapat tau si dia tu suka kat korang, cakap sesegera mungkin, yang korang ni nak berkawan je.
tolak cinta kawan
Kan senang? tapi aku nak cakap jugak la, tak semua orang sempurna, so hargai je la sesiapa yang suka kat korang, jalan memilih sangat, sebelum aku maki kat korang dan cakap "korang ni hensem/cantik sangat ke?"
ahakz

sudah !




----------------------------------------------------------
Ada jugak yang tak bagi harapan, tapi duk tergila2 jugak, macam aku dengan han ye seul =.='
-----------------------------------------------------------


Sila Mengomen.