entri ni aku nak cerita kan sikit ke"bes"an balik cuti raya cina ni.
persoalan nya, best ke?
Ok, aku balik jumaat, so konfem kena tolak lepas semayang jumaat, lelaki kan.
so, dalam pukul3.30 aku bertolak dari teratak bilik aku tuh, untuk menuju ke rumah.
benda pertama aku buat tunggu bas kat tepi kolej aku, tapi ok la, tak sempat lagi membontot bas dah sampai, kira aku takyah la tunggu lama2. dan terus menuju ke KTM (Kereta api Tanah Melayu).
milo free!
Sesampai di KTM, aku nampak kaunter tiket tuh dah macam kaunter bagi milo free dah. punya panjang. time tu la aku membaca semua doa yang ada, jangan la time aku beratur ni KTM sampai. Memang tensi la kalau jadi macam tu. Jadi betul la kata sunbae2 aku, lain kali beli Touch n Go, senang nak balik, tak yah nak beratur.Punya la ramai kat KTM tu, semua stok nak balik kampong, tunggu 5min, tren pertama sampai, penuh. tak naik. lepas 20minit, tren kedua sampai, penuh jugak, tak naik lagi. Tunggu 30minit, tren lagi sampai. kali nie aku nekad aku nak redah je. lantak la. lelaki ke, perempuan ke, aku redah je. terseksa jiwa aku beb dalam tren.
berhimpit2, dah la sekeliling aku pompuan. aku tak tahu siapa aku peluk, siapa peluk aku dalam tren tu. aku anggap darurat je. tak de feel pon peluk orang dalam tren ni. macam2 bau ada. aku rasa ikan sadin tu lagi bebas dari aku masa dalam tren tu.
"mana la tren ni, dari semalam tunggu ni"
Ok la, memang sangat terseksa dalam tren tu. tapi aku tahan jela. dengan karenah abang2 mengorat kakak2 yang ada kat depan aku, dengan orang borak2 kuat2 lagi. memang tension la dalam tren tu.tapi ada benda best. sepanjang perjalanan aku tu, aku dengar something yang best. ringtone orang. selalunya aku menyumpah kat orang2 ni, macam orang lain tak ada fon je.
tapi, kali ni lain skit. ringtone pertama aku dengar lagu nobody-wonder girl tu, layan kejap.
pastu dengar lagu bad women-ft island, aku layan lagi.
pastu aku dengar lagu sory2-suju, lagi aku layan.
pastu fon aku pulak, lagu cnblue la, wetoriya2~
haha sekarang ni aku kat korea ke? lagu korea je semua.
Selepas 45min menyiksa jiwa raga aku, sampai aku kat KL sentral. kat sini la aku terjumpa ramai kawan2 lama aku yang aku lama tak jumpa.
adik angkat aku, kawan sekolah rendah, menengah, 1st love aku.
memang aku sangat terkedu terjumpa si dia, maklum la, time form4 dulu dia la yang ajar aku addmath sampai aku jadi A. dan dia masih comel macam dulu.
tapi konfem da ada balak, so aku pon biar jela perasaan syok sendiri aku ni.
hanya gambar hiasan. comey la budak ni.
Then aku sampai ke rumah. sampai terus tido tak sedar diri, magrib ke mana, isyak ke mana, aku qada' je. better dari tinggal je kan.So, balik kali ni best sebab aku jumpa ramai member2 aku je, sebelum nie balik cuti tak ada pulak jumpa diaorang.
Jadi, perjalanan anda semua best x? share2 la.
sudah!
************************************************
Sory kepada siapa yang saya peluk tu, saya takda niat langsung nak peluk anda
************************************************
Sila Mengomen.