Aried, Romantik itu bukan MIMPI!!

Tatkala aku berjalan2 di blog orang, terjumpa pula contest ni.
Aried, Romantik itu bukan MIMPI!!

untuk maklumat tentang syarat2 penyertaan, hadiah2 dan seumpamanya, layarila sendiri blog en aried kita ni.
Romantik ke aku ni?
ada orang kata aku romantik. haha 
macam yang aried cakap, cerita tentang pengalaman bersama awek2, atau pengalaman rakan2, atau perkara romantik yang saya ingin dari seseorang, tapi kali ni aku nak cerita apa yang aku nak wat tuk bakal teman hidup aku.
sebab ari tuh aku tanya, boleh tak wat apa yang kita nak wat tuk pasangan kita, cik aried cakap boleh, so aku buat la.

Babak bermula.
Idea romantika aku ni tak tahu la romantik ke tak untuk korang. tapi bagi aku sangat romantik.
dipendekkan cerita idea ni datang selepas aku tengok cerita "A Millionare First Love", satu cerita korea.
apa yang romantik dalam cerita tu? orang kata aku ni hati kering, kadang2 orang kata benda tu romantik pon aku kata tak.
tapi ada 1 babak dalam cerita ni aku rasa romantik sangat.
babak si hero bagi 1 hadiah kat aweknya untuk hari jadinya.

Nak ikut cerita, awek nya ni sakit, dan tak lama pon nak hidup, so pada hari jadi awek nya itu, si hero bagi 1 hadiah, 1 balang yang dalam nya ada capsul ubat.
dia kata "makan jangan tak makan, semua orang tahu ubat ni boleh menyembuhkan semua penyakit, jadi saya bagi awak. tapi jangan overdose, dan jangan sesekali lupa makan"
so aweknya pon menerima dengan hati yang sedih, yela, hari jadi bf bagi ubat je sebagai hadiah.

Tapi setelah aweknya bukak balang tu, dye terkejut, hadiah itu bukannya ubat.
tapi sekeping kertas yang digulung2 berbentuk capsul.


Hati aku sangat tersentuh time tu, romantiknya bf si heroin nie. tiba2 terdetik kat hati aku "Cinta la pengubat semua penyakit" tapi cinta tu bukan sahaja cinta sesama manusia, yang paling penting cinta kepada tuhan.
Start dari hari tu aku dah pasang niat, nak buat 1 perkara untuk bakal teman hidup aku.
Apa yang aku nak buat.


Kotak ini menjadi bukti dengan apa yang aku nak buat. huhu
aku guna konsep si hero diatas, aku akan bagi teman hidup aku satu hari nanti. dan aku suruh dia bukak 1gulungan tu 1 hari sekali.
cuma aku bubuh banyak benda je dalam ni. bukan setakat ayat cinta2 yang tiba2 datang kat fikiran aku.
aku letak sekali apa yang aku suka, tak suka kat dalam kotak ni.
contohnya hari nie aku makan nasi gorang ayam, dan aku suka sangat, dan saya akan tulis kat situ
"hari ni saya suka sangat nasi gorang ayam"
kalau contoh tak suka "hari ni saya nampak perempuan merokok, bodohnya dia"
so, bagi aku bila isteri aku baca perkara2 sebegitu, dia akan tahu apa yang aku suka, apa yang aku tak suka.
sebab kadang2 kita ni kalau tak suka, tapi pasangan kita suka, kita akan ckp "suka je", xpon "ok la".

Bagi aku banyak je perkara romantik2 yang kita buat, ada untuk jangka panjang, tapi kebanyakkan nya untuk jangka pendek sahaja. kalau buat hari tu, romantiknya hanya sekadar tarikh tu sahaja.
tapi itu ikut kita juga, nak menilai dari sudut mana, dan erti perkataan romantik itu.

Itu je aku nak cakap, kepada siapa2 yang nak jadi bakal isteri aku, kalau awak baca, cepat2 la delete memory tu, nanti tak suprise la. haha
sudah !



-------------------------------------------------------------------------
Aku pelik, aku romantik ke?
-------------------------------------------------------------------------


Sila Mengomen.