D'Bomb photo contest - dari cik Ann

Hai, sekarang ni aku da gila contest dah. nampak ada kontest itu ini aku masuk.
menang tak jugak, join je lebih. =.='
sewaktu aku takda kerja, aku menklik la next blog, next blog kat atas blog yang aku bergolek.
tiba la di blog cik Ann sendiri. macam ada contest, dah gosok2 mata pon masih nampak.
tentera disitu D'bomb photo contest.

Sila klik sini nak tengok syarat2 ke, apa yang perlu ada dan buat ke, hadiah ke, dan apa2 sahaja : blog admin

Daripada aku dok memberatkan bontot, baik aku join kontes ni.
betul tak?
30min menyelongkar hardisk 500G aku, mencari gambar2 yang best tuk dimasukkan.
baru jumpa gambar. tapi nak cakap ni cik ann, saya tak tahu dalam gambar tu kena ada gambar kita je ke, atau kalau ada gambar kawan pon boleh. so, saya letak 2 gambar la eh. satu gambar saya sahaja, satu gambar dengan kawan.

Gambar 1

Adakah cik ann tersenyum? Saya rasa photo saya patut menang kerana saya rasa photo saya patot menang. sebab saya rasa boleh menang la dan kemenangan tu saya rasa boleh dapat dengan photo ni.
 
apa punya sebab kau ni khai.

Gambar kedua
Hah, ini gambar individu saya, dengan muka sikit hensem bertenggek kat tebing tu. Saya rasa photo saya patut menang kerana photo ni la gambar pertama yang diambil lepas saya beli telefon baru saya masa tu,w800i black edition, lepas amek je gambar ni, terdetik pulak, cantik pulak kamera fon ni. =.='.

So dua gambar jela la saya letak. niat kat hati nak letak banyak, kang berpusing pulak mata cik ann kita.
dan kalau tengok kat dua2 gambar tu, dua2 saya tag dititian jalanan. so tema yang saya nak bawak nie tema jalan la yer =.='
tuk jawapan dari soalan dari mana saya dapat info tentang kontest ni, dari cik ann sendiri la, selepas tersinggah secara otomatik di blok cik ann.

sudah! 

***********************************************
jom join. due date = 28 feb 2010
***********************************************


Sila Mengomen.