Kenapa awak buat saya macam ni?

Sory, tapi post ini boleh dikatogarikan emo sikit. aku pon tak tahu apa perasaan aku sekarang. bercampur2. mara ada, sedih ada. ini semua disebabkan seorang wanita.

************************************************************

Aku tahu aku tak sempurna, tak hensem, x kacak macam orang lain, (manis ada kot) tapi aku juga manusia yang mempunyai perasaan. terasa ingin disayangi dan menyayangi.
kenapa kau harus buat aku macam ni? berdosa sangat ke aku ni? hina sangat ke?
aku tahu kau cantik, memang ramai giler minat kau. tak dinafikan. tapi adakah kerana kau cantik, kau buat aku macamni?
adakah kau terasa diri kau hebat?

Dah lama aku tunggu tuk bersama kau. rupanya kau bagi harapan palsu je kat aku.
semasa menunggu kau, dah ada macam2 perempuan mintak tuk bersama aku, aku tolak. ada lagi, aku tolak lagi.
semata2 menunggu cinta palsu kau. yang aku tak pasti, samar2 macam angin masa awal tahun.
semata2 untuk kau.
last2, ape aku dapat? haprak. tak dapat apa2. habuk pon aku tak dapat.

************************************************************

Aku masih ingat macam mana aku kenal kau tak lama dulu. masih tergiang2 kat fikiran aku lagi, sampai sekarang.
first time aku terpandang kau, hati aku berdegup laju bak vibrate w850 aku.
"adakah bidadari yang aku nampak ni?"
muka kau nampak baik, lembut mata aku pandang. aku tak pernah nampak wanita seindah kau.
sempurna tuk aku. tiada yang lain. walaupun kau tidak membalas pandangan aku, terlihat kau tersenyum pun dah buat aku sangat gembira time tu.
Tapi sekarang aku sedar, kau bukan seperti yang aku sangka dulu. wanita yang sentiasa aku puja dan sanjung.
betul kata orang, dont judge the book by its cover. yang selama ni aku hanya tahu luaran kau yang cantik, tapi hakikatnya kau mainkan perasaan suci aku ni. yang aku sucikan hanya untuk kau.
susah sangat ke nak balas cinta suci aku ni?

**********************************************************

Aku tahu, mungkin aku ada keluar dengan perempuan lain sebelum ni. tapi kitaorang hanya kawan! tak lebih dari tu.
aku risau kalau kau ternampak dan salah faham. aku try call, kau tak angkat. aku mesej kau tak balas. aku cuba cari facebook kau, tak ada. nampak sangat hati kau dah berubah. mungkin ke kau ternampak aku bersama kawan aku tu, telah buat kau salah faham?

Akhirnya, hari ni aku tau kau sudah bersama orang lain.
kenapa HAN YE SEUL? why? why?

 

Setelah aku membuang masa aku selama beberapa minggu melihat kau, akhirnya pada episod 10 kau memilih Kang jin. mengapa? aku tak layak ke tuk kau sampai kau pilih dia?
kau tahu kan yang mak kau dan bapak kang jin tu saling menyintai. kenapa kau berdegil dan memilih kang jin?
come on, nanti bergaduh pula korang anak beranak. atau tu yang korang nak?

Gambar nie bukti kecurangan kau.
Sudah la han ye seul, sekarang dah terbukti kau menyukai orang lain.
semestinya aku tak cukup sempurna tuk kau. semoga kau bahagia disamping Kang Jin oppa kesayangan kau tu.
tak pe, aku masih memiliki sung yu ri, yang mungkin menyintai aku, lebih dari aku menyintai kau.
selamat tinggal, Han Ye Seul ku~
**********************************************************

cerita ni best gila beb, nak nangis aku tengok. aku rekemen yang minat korea macam aku nie tengok la ye. sangat best.
Thumb up!
**********************************************************


Sila Mengomen.