Lagu-laguan - Penting dan perlu ke dalam blog?

"oetoriya oetiriya"
Tula lagu yang aku akan dengar masa jenjalan blog kak rucci. sebab tu lagu favorite aku. CnBlue - im loner.
biasa la, kita letak lagu tu memang nak orang lain dengar betul tak. mana tau orang puji kita ni pandai pilih dan dengar lagu kan.
tapi persoalan nya, penting dan perlu ke lelaguan nie kita letak kat blog?

perlu lagu blog
Perkara ni memang da dibangkitkan oleh otai2 blog dah,
aku cuma nak bagi pendapat aku la pulak sebagai insan yang bernama blogger.
so, ini la pendapat suci, murni aku tentang hal ni.

Kenapa kita letak lagu?
untuk bagi orang tahu kita suka lagu apa.
- nawaitu ok, nak bagi orang dengar lagu2 terkini yang anda suka. biasa la lagu ni, hari ni dengar lagu best, sok ada lagi lagu yang best nak anda dengar. jadi, hari2 anda tuka lagu kat blog.
- reaksi en.khai : " lagu2 jiwang memang aku layan"
terasa blog lagi menarik dengan alunan muzik2.
- orang2 yang macam ni rasa letak muzik lagi best mungkin sebab dia pikir kalau tak ada lagu macam sunyi je blog tu. so dia letak lagu. baru nampak cool and best je.
- reaksi en.khai : "kalau 4tahun lagu sama je malas jugak aku nak dengar"

perlu lagu blog
kesalahan tatabahsa betul dia nie. kejap saya kejap kau.

orang lain ada dia pon nak ada.
- hal yang ni tahu la ambe nak cakap apa, ikut orang je.
- reaksi khai : "aku tahu la bf ko letak lagu ni, ko pon ikut jgk?"

Masalah yang akan dihadapi.
lagu tu lagu yang kita tak suka langsung nak dengar.
- auduyai, ni masalah yang kritikal ni, macam aku nie, memang ada sesetengah lagu aku tak suka dengar, rimas, dan menyampah. apa yang aku buat kalau bukak blog orang yang ada lagu tu? aku teros tutup la.

tak ada button pause/stop.
- ok la, kalau benci sangat pon kat lagu tu, aku akan cuba cari button pause/stop tuk bentikan lagu tu. tapi ada jugak yang tak ada pause/stop button ni. "hidden player" pon ada. yang nie lagi la tak nampak button dia. haram.

*contoh xada pause/stop button.

menyusahkan blogger yang suka buat blogwalking.
- blogwalking nie memang 1 step nak nek kan trafik, dan selalunya blogger2 nie akan bukak banyak tab semasa blogwalking. cuba korang bayangkan, kalau 1 blog lagu melayu, 1 blog lagu korea, 1 blog lagu japan, dan korang bukak di tap yang sama.. korang bayangkan la apa yang korang dengar time tu. (bende nie selalu jadi kat aku). dan aku nie da la selalu dengar lagu yang ada dalam komputer aku je.

Langkah mengatasi.
empunya blog.
-jangan letak muzik yang tak ada pause/stop button.
-janganla wat autoplay.
-letak lagu sedap2 sahaja.

yang datang blog.
-korang tahan jela telinga tu dan dengar jela.
-berterus terang kat diaorang lagu tu xsedap. sok mesti dia tuka lagu lain.
-bak kata cik pika shuhada : kau gi silent je la korang punya lappy tuh, xyah dengar apa2.
Inilah pandangan aku tentang perkara nie. aku kadang2 suka dengar lagu, tapi kadang2 serabut jugak sebenarnya letak lagu dalam blog nie.. pening kepala.
kadang2 tgh malam aku gi blogwalking, tibe2 lagu tu kuat, terkjut aku, kesian rumate aku yang baru tido tu.
tapi, ada pengecualian jugak. contohnya kalau blog2 personal tu, sukahati dia la nak letak ke x. dia je nak dengar. kalau blog2 yang ada "read more" tu jgn la gatai2 nak letak...

ok, itu sahaja pandangan aku,
sudah!





--------------------------------------------------------------
aku xkisah pon asalkan lagu tu best, korang?
---------------------------------------------------------------


Sila Mengomen.