Melepas aku

Dia sehat je, nape?

Hari ni aku penat berbasikal satu UKM, berpeluh bagai. Tapi masih rilek, masih cool. tak hensem la tak cool ni.
then aku melepak dengan kawan2 perempuan aku kat gerai air kat tapak pesta hari keluarga kolej aku.
"aku nak tunjuk kau gambar ni. comel tak?"

aku pon keluarkan la gambar aku mase aku darjah6, wajah yang agak2 skema dengan spek mata yang besar masa tu dari dompet putih aku.

"haha, kelakar gila dowh muke khai masa kecik, skema giler"

"aku nak tunjuk gambar lesen aku lak, mase abis spm"

mmg oldskool gila wallet aku. maklumla, dah bertahun2 aku guna.

Tup, terjatuh 1 gambar poskad dari dompet aku. gambar perempuan. da lama aku cari gambar ni,puas aku cari. gambar si pemberi dompet putih aku nih.
aku ingat da hilang. rupanya ada di sebalik lesen P kete moto aku tu.

**************************************************************

"khai, awek ea.."

Serius bukan awek, kawan je kot. tapi dialah antara kawan perempuan yang paling best penah aku ada. dulu aku nak sangat jadi bf dia. tapi apakan daya, wajah tak cukup kacak.
tak dinafikan la, aku rindu gila nak contact dia.
aku pusingkan gambar tu. "0123456789" tertera no fon dia.
aku punya handset selalu rosak, so banyak no2 yang hilang, jadi aku memang nak contact dia, cuma tak ada no je.

Apa lagi, dengan segera aku mesej dia. mana tau ada rezeki aku time ni.

"Assalamualaikum, tak jawab dosa. mati seksa"

"Wsalam, sape ni?"

"Cuba awak teka, sape ni. Awak kan terer teka2 ni"

"Sory, awak salah no"

**************************************************************

cis, begitu sekali dia merejek pengenalan aku. tapi aku tahu, dia bukan suka layan laki sangat. Nak kata alim sangat, tak juga. Otak gila2 je. Then, aku terus terang je.

"La, ni khai la. ingat lagi tak?"

"oh, si bangkhai, lama xdengar cerita. kenapa menyepi je? tibe2 mesej aku ni. ada masalah ke?"

"Tak de la, aku dengar satu cerita ni"

"cerita apa? pasal aku ke?"

"Aah, aku dengar cerita kau rindu aku, so aku mesej la kau."

"cis, bila pulak aku rindu kat kau. sengal je kau ni. mimpi apa kau mesej aku ni?"

"Aku terjumpa gambar kau, teringat kat kau, aku mesej la. sebelum aku lupa kat kau kan."

"Sengal. Lama tak lepak2 dengan kau khai. mana study sekarang?"

"UKM. kau? kau sehat? Bf sehat?"

Tu ayat biasa aku la tu, nak tanya dah ada boyfren ke belum, nampak sangat aku nak mengayat. tanya macam ni, baru bertapis sikit. kalau tak ada tu, ada can la aku ayat.
Tapi lama betul aku tunggu dia balas mesej tu. 30-40min ada kot. penat aku tunggu.

"Dia sehat je, nape?"

Segera aku letak fon dalam poket balik. dan sambung borak2 dengan geng2 yang ada kat situ.
hai, melepas aku. fullstop.

**************************************************************
Apa2pon aku agak happy dapat contact dengan dia.
**************************************************************


Sila Mengomen.